Ramai jemaah yang membawa kanak-kanak istimewa ke Makkah mengerjakan umrah dan menziarahi Masjidil Nabawi. Ramai yang berharap supaya sesuatu yang terbaik untuk 'anak-anak istimewa' ini. Supaya mereka boleh menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain.
Kanak-kanak Autisme sebenarnya mereka berada dalam dunia yang terasing. Mereka tidak menyahut apabila dipanggil atau bercakap. Mereka cuba bercakap tetapi bahasa mereka tidak difahami. Untuk mendapatkan sesuatu mereka lebih banyak menggunakan tangan, contohnya untuk mendapatkan minuman mereka akan menarik tangan orang dewasa (ibu, ayah, kakak). Mereka juga payah untuk menitu gelagat orang lain.
Tapi di depan Baitullah, aku telah melihat satu keajaiban. Anakku mengangkat tangan ke arah Kaabah ketika jemaah dan kami beristilam iaitu mengangkat dan melambaikan tangan ke arah Kaabah sambil membaca doa.