TAZKIRAH
MAULIDUR
RASUL 1435H/ 2014 M
OLEH USTAZ ABDUL RAHMAN SAAD
16
JANUARI 2013
SURAU
TAMAN MUTIARA NAGA, KEPALA BATAS, KEDAH
Nabi Muhammadصلى الله
عليه وآله وسلمadalah manusia secara lahiriah serupa
macam kita. Tapi secara batiniah pula Nabi adalah manusia pilihan Allah yang
diangkat menjadi Rasul, penghulu segala Nabi dan Rasul, Khatamil Anbiya’.
Bezanya
Nabi dengan kita, Nabi tidak menyusahkan sesiapa. Dari dalam kandungan lagi
Nabi berbeza dengan kita manusia. Kita manusia biasa menyusahkan semua orang.
Semasa kita di dalam kandungan Mak kita merasa susah bertambah susah sepanjang
masa mengandung, “Wahnan ‘ala Wahnin … susah semakin susah.
Nabi
lahir dalam keadaan suci, kita manusia biasa lahir bersama najis, dengan
darahnya dan lain-lain. Apabila Nabi lahir sahaja, Nabi menggembirakan semua
orang yang ada. Abdul Mutalib, datuk Nabi cukup seronok. Abdul Mutalib
menamakan cucunya sebagai “Muhammad” yang bermaksud “Yang terpuji”.
Abdul
Mutalib memecah tradisi kaum Quraisy dan bangsa Arab ketika itu dengan
menamakan cucunya sebagai Muhammad, kerana belum ada lagi bayi yang dinamakan
Muhammad ketika itu. Nabi sendiri pernah bersabda dengan maksudnya “Aku hairan
walaupun manusia mengejiku tapi mereka memujiku.” Ini kerana orang-orang kafir
Quraisy menghina, mencaci Nabi tapi tetapi tetap menyebut “Yang Terpuji”,
disebabkan nama Muhammad itu.
Nabi
dilahirkan di kalangan manusia biasa sama macam kita. Nabi tidak dilahirkan
dari kalangan Malaikat. Kerana Allah hendak memberitahu bahawa tiada alasan
bagi manusia untuk TIDAK mengikut ajaran Nabi Muhammadصلى الله عليه وآله وسلم.
Jika kita
memberi alasan tidak datang solat jamaah di masjid atau surau.
“Sakit
lutut.” Allah menjawab “Hambaku Ayyub lebih teruk menderita sakitnya, tetap
patuh padaKu”
“Aku
bekerja mencari nafkah dengan makan gaji.” Allah menjawab “Nabi Yusuf menjadi
hamba kepada Raja Abdul Aziz, masih tetap mentaati suruhanku.”
Sebut
sahaja Nabi dan Rasul mana? Semua Allah telah menjelaskan di dalam Al-Quran.
Jika Nabi dilantik di kalangan Malaikat, manusia dapat memberi alasan dengan
berbagai alasan seperti “Nabi dari Malaikat yang tidak sibuk, tidak makan,
tidak minum dan tidak berkahwin. Dapatlah beramal ibadat.”
Abdullah,
seorang anak Abdul Mutalib yang paling tampan dan cerdik adalah bapa kepada
Nabi Muhammadصلى الله عليه وآله وسلم. Abdullah wafat
ketika Nabi masih di dalam kandungan lagi. Aminah, ibu Nabi wafat ketika Nabi
berusia 6 tahun, kemudian Abdul Mutalib wafat ketika Nbai berusia 8 tahun.
Semua ini Allah hendak tunjukkan kepada kita bahawa Nabi tidak sempat mendapat
didikan yang sempurna dari ayah, ibu dan datuknya, tapi Nabi mempunyai peribadi
yang cukup hebat. Jauh beza dengan kita yang kebanyakkan ada ayah, ada ibu dan
ada datuk.
Nabi juga
adalah seorang ‘Ummi’ iaitu buta huruf, tidak boleh membaca dan tidak boleh
menulis. Tapi Nbai dianugerahkan oleh Allah sifat ‘Fatonah’, iaitu bijak sana.
Suatu hari Nabi menyelesaikan masalah perbalahan di antara Abdullah Az-Zubair
dan Hatim. Abdullah Az-Zubair merupakan anak saudara Nabi dari Asma’ bt Abdu
Bakar mengusahakan kebun kurma. Manakala Hatim seorang pemilik kebun yang lain
mengusahakan kebun berdekatan. Perbalahan timbul apabila bekalan air hujan
hendak disalurkan, mereka berebut air untuk kebun mereka. Kedua-duanya berjumpa
Nabi.
Berkata
Hatim kepada Nabi “Ya Rasulullah, aku memerlukan air untuk kebun kurma lebih
dahulu daripada Abdullah.”
“Aku juga
amat memerlukan air untuk kebun kurma,” Abdullah Az-Zubair juga meminta air
hujan dibekalkan kepadanya terlebih dahulu.
Dengan
sifat bijaksana Nabi membuat keputusan “Air hujan ini perlu diperolehi oleh
Abdullah terlebih dahulu, kemudian Hatim.”
“Aku yang
lebih memerlukan air terlebih dahulu. Ya Rasulullah, Abdullah mendapat bekalan
air dahulu, keputusan Tuan berpihak kepadanya
kerana Abdullah anak saudara Tuan,” Hatim masih tidak berpuashati dengan
keputusan Nabi.
Nabi
menjawab “Bukankah kebunmu berada di hilir, sedangkan kebun Abdullah berada di
hulu? Tentulah air hujan akan mengalir dari hulu ke hilir.”
Mendengar
jawapan dari Nabi, Hatim pun tidak ada alasan lagi untuk berbalah. Inilah
sebahagian dari kisah kebijaksanaan Nabi Muhammad Shallahu 'alaihi wasallam,
walaupun baginda seorang ‘Ummi’.
Tuan/Puan
kita kena sayang kepada Nabi kita. Jika kita sayang Nabi, dalam hadith Nabi
bersabda “Aku akan menyayangi mereka lebih daripada mereka menyayangi diri
mereka sendiri.”
Kita sayang
diri kita. Tapi kadang-kadang kita tidak tahu tindakan kita merugikan diri
sendiri. Kita hanya fikir keutamaan dunia sahaja, tapi bila kita cinta dan
sayang Rasulullah kita akan mendapat syafaat (pertolongan) sampai di akhirat.
Contoh, ada yang main nombor berfikir untuk cepat kaya cara senang. Tapi
perbuatan itu adalah judi dan judi adalah haram, dosa yang dibuat akan
ditanggung hingga akhirat. Beza Tuan/Puan jika kita sayang Nabi kita akan
terhindar daripada perbuatan yang merosakkan.
Rasulullah
juga berjaya mendidik sahabat-sahabat dengan berkesan. Ramai sahabat mengikut
amalan baginda. Kita?. Kita hanya mengikut amalan baginda hanya di dalam solat.
Ini kerana kita menurut amalan Nabi. “Nabi Muhammadصلى الله عليه وآله وسلم bersabda
(maksudnya): “Sembahyanglah kamu seperti mana kamu melihat aku (Rasulullahصلى الله
عليه وآله وسلم) sembahyang.” Tapi dalam amalan kehidupan
seharian, ada kita ikut cara Nabi?
Saidina
Umar Al-Khatab seorang Khalifah penuh dengan sifat rendah dirinya, begitu juga
dengan Khalifah-khalifah yang lain. Umar ketika membuka Al-Quds (Baitul
Muqaddis) hanya menunggang unta bersama khadamnya. Umar tidak pergi ke Kota
Al-Quds bersama ketumbukan tenteranya, untuk mengambil kunci kota, setelah
Empayar Rom Timur (byzantine) ditewaskan dalam perang enam hari, Perang Yarmuk.
Hanya kota Al-Quds masih dipertahankan oleh tentera Rom di bawah pimpinan Patriarch
Sophronius. Patriarch Sophronius, meminta Panglima Abu Ubaidah Al-Jarrah supaya
Umar sendiri hadir untuk diserahkan kunci kota itu.
Umar
hanya datang bersama khadamnya. Mereka bergilir-gilir menunggang seekor unta
dan Umar berpakaian yang bertampal di sana sini. Umar tidak menunjukkan
kemegahan sebagai seorang Khalifah Islam yang telah berjaya mengalahkan tentera
Rom, di mana seramai 70 ribu tentera telah ditewaskan oleh 41 ribu tentera
Islam di bawah pimpinan Panglima Khalid ibnu Walid.
Apabila sampai di pintu kota mengejutkan semua
yang ada, tentera Rom dan tentera Islam yang berkawal. Ketika sampai di pintu
kota, giliran hambanya yang menunggang unta itu, manakala Umar yang memegang
tali unta tersebut. Maka tercengang dan takjublah Patriarch Sophronius lalu
membuat pengakuan, membenarkan apa yang dicatatkan dalam Injil:
“Sesungguhnya orang yang akan aku serahkan
kunci kota al Quds, seterusnya menguasai Baitul Maqdis memiliki tiga tanda.
Petanda-petanda tersebut jelas disebutkan di dalam kitab Injil kami.
“Pertama, orang itu akan berjalan manakala khadamnya
menunggang kenderaan miliknya. Kedua, orang itu datang dalam keadaan kedua-dua
kakinya diselaputi debu-debu tanah (lumpur). Ketiga, orang itu datang dalam
keadaan bajunya penuh dengan tampalan.
Setelah Sophronius melihat tanda-tanda tersebut ada
pada Khalifah Umar al Khattab, kemudian dia meminta izin kepada Umar untuk
mengira berapakah tampalan yang ada pada baju yang dipakainya. Ada 17 jahitan
yang menampal pada baju Umar, dengan perasaan penuh debaran dan ta’ajub Sophronius
berkata, "Inilah tanda yang ketiga, ya Tuhan. Tidak diberikan kunci-kunci
Kota al Quds ini kecuali kepada seorang pemimpin yang memiliki tiga tanda
keagungan di mana tanda-tanda inilah yang paling unggul dalam lembaran sejarah
dan tidak ternilai harganya (seperti yang disebut di dalam Injil), (1)
Khadamnya yang menunggang kenderaan. (2) Calitan debu-debu tanah. dan (3)
Tampalan pada baju".
Dicatat dan diringkaskan oleh : Fendi Ameen