"Ya
Allah Ya Tuhanku! Sesungguhnya catatan perjalanan ini bukanlah untuk
menunjuk-nunjuk, jauh sekali dari perasaan riak. Apa yang dicatat dan
dipaparkan di sini diharap menjadi panduan dan pedoman mengenai perjalanan
ibadat Umrah dan Ziarah, mengalami dan menghayati kebesaranMu Ya Allah, sebagai
tetamuMu. Kami pohon kepadaMu Ya Allah, engkau jadikan hasil catatan ini
diterima oleh khalayak ramai. Agar dengannya dapat menjadi sedikit sebanyak
pedoman dan panduan".
Aku
masih tercari-cari pakej umrah yang sesuai dan kena dengan kosnya. Banyak laman
sesawang syarikat penyedia perjalanan umrahtelah dilawati, banyak pakej yang
ditawarkan. Isteriku juga turut sama-sama mencari pakej yang sesuai dengan masa
dan kos yang ditawarkan.
Setelah
bertahun bermukim di Queensland[1],
kami sekeluarga berazam untuk mengunjungi rumah Allah. Telah banyak cerita yang
didengari, dari cerita jenaka, sedih dan pengajaran melalui akhbar dan majalah
termasuk ruangan “Iktibar dari tanah suci” dalam majalah Mastika.
Kami
berazam untuk bersujud di depan Baitullah atau Kaabah[2],
melakukan tawaf dan menyerahkan seluruh jiwa raga ke hadrat Allah. Itulah juga impian
bagi semua muslimin di muka bumi ini.
Aku
pernah terbaca pengalaman Munir Ramli yang telah dicatitkan dalam buku “Mutiara
di Pintu Kaabah”. Beliau telah mengembara ke Mesir dan mengerjakan haji buat kali
ke-dua ketika berusia 23 tahun. Beliau juga adalah seorang pengembara muda yang
menjelajah Kota Damascus, Syria seorang diri setelah tersasar dari tujuan asalnya
ke benua Eropah.