Catatan
Penulis
Catatan
sebuah perjalanan mengunjungi dua tanah haram (Haramain) iaitu Madinah dan
Makkah. Perjalanan ini adalah sebahagian daripada perjalanan mengerjakan umrah.
Umrah yang amat istimewa kerana disertai oleh seluruh ahli keluarga. Istimewanya
perjalanan umrah ini kerana turut disertai oleh “anak syurga”, seorang anak
kami yang menghidapi autisma. Autisma adalah sejenis ketidakupayaan
pembelajaran dan kelainan upaya.
Sesungguhnya
perjalanan ini juga turut mencatatkan sedikit sirah seperti hijrah Rasulullah
dan Perang Uhud. Selain daripada itu juga terdapat sebahagian dari sejarah
Masjidil Nabawi dan tempat-tempat utama di Makkah, yang diungkapkan ketika
perjalanan ibadat umrah. Catatan ini disokong oleh berbagai sumber rujukan yang
berkaitan, seperti kitab-kitab tafsir, berita-berita akhbar, siaran TV, buku-buku
yang ditulis oleh sejarahwan terdahulu, serta sumber-sumber resmi dari Kerajaan
Arab Saudi.
Semoga
catatan ini dapat membantu mereka yang hendak mengetahui perjalanan umrah
secara berkeluarga atau secara individu, dalam kembara menuju rahmat Allah di
dua tanah suci.
Segala
watak-watak yang ditampilkan adalah watak-watak sebenar dari sekumpulan Jemaah
umrah yang dipimpin oleh mutawif-mutawif dari Tiram Travel Sdn. Bhd pada 12 Mei
hingga 25 Mei 2013. Semoga catatan kecil ini bermanafaat untuk semua.
Hamba
Faqir
Fendi
Ameen
Taman Mutiara Naga/Putrajaya
15 Muharram 1434 Hijrah