Suatu
malam di Dataran Masjidil Haram.
Selepas
solat isya’ kami lepak di hadapan flyover di sebelah kanan pintu No.1 (King
Abdul Aziz). Berehat sebentar menunggu masa untuk melakukan tawaf sunat. Aku,
anakku dan Asyrif kami bertiga di kawasan itu. Beberapa orang jemaah datang
bersolat sunat di kawasan dataran di luar masjid itu.
Kebanyakkan
jemaah yang tidak sempat masuk ke masjid akan menggunakan ruang itu untuk
bersolat. Seorang jemaah bertanyakan sesuatu tapi kami hanya mendengar dan
mendengar kerana tidak faham bahasa Arab.
Tidak
memahami Bahasa Arab adalah satu kerugian yang amat sangat. Terutamanya ketika
berada di Masjidil Haram. Bahasa Arab juga turut dituturkan oleh majoriti
rakyat Afrika. Tidak tahu Berbahasa Arab menyekat komunikasi kita di tanah
haram.
Aku
sendiri berbual dengan petugas Masjidil Haram, terpaksa menggunakan sedikit Bahasa
Arab dan apabila dibalas jadi kelam kabut untuk menjawab. Hasratku untuk
bertanya tentang seorang Imam di Masjidil Haram yang bernama Muhammad tidak
kesampaian kerana kekurangan perbendaharaan kata Bahasa Arab.
Imam
itu pernah mengunjungi Australian
International Islamic College of Buranda selama beberapa minggu dan tinggal
di sana memimpin solat Tarawikh dan Tazkirah. Aku berada di sana ketika itu
menyiapkan tesis pada bulan Ramadhan tahun 2011 yang lalu. Imam itu berpesan
supaya mencarinya jika sampai di Makkah.
Kegagalan
berbahasa Arab menyebabkan aku tidak dapat bertanya tentang imam Masjid Kucing di
Makkah, yang pernah menjadi rakan berbuka puasa selama beberapa minggu di bumi
Australia.