Home Novel Cinta JUJUR SAJA SAYANG
TERAPI

Aku menurutkan sahaja katanya. Dia doktor, manakala aku hanyalah pesakitnya. Hanna sudah berada di hadapan mata, tiada apa lagi kerisauan yang berlegar di kepala. Aku pendamkan dahulu segenap rasa padanya. Apa yang penting kini, aku perlu menumpukan pada terapi yang dijalankan. 

"Awak!" tegur Hanna.

"Eh, maaf! saya tak perasan awak panggil saya tadi. Sejak akhir-akhir ni, saya kerap berkhayal," aku menjelaskan kepadanya.

"Dah berbuih mulut saya panggil. Awak ni, tak pernah berubah."

"Saya rindu aiskrim Vanilla awaklah," aku menyakatnya.

"Cairil... !" Hanna memanggil namaku lalu mencekak pinggangnya.

Baru kali ini aku dapat melihat wajahnya kembali ceria. Dia telah mulai tersenyum padaku. Sepasang lesung pipit pula menghiasi pipinya yang gebu itu. 

"Ha, kan cantik tu... manisnya senyuman awak, Hanna!" aku memuji.

Hanna tersipu malu lalu dicuba mengawal perasaannya itu lagi. Setiap kali tawa itu ditahan, setiap kali itulah dia berdekah-dekah memandang ke arah aku sambil menutup mulutnya dengan kedua-dua belah tangan.

"Okay, cukup-cukup... . Kita sambung balik terapi ni, saya nak tengok awak boleh jalan seperti dulu, boleh? Hanna menasihatiku.

Aku mengangguk lalu melemparkan sekuntum senyuman padanya. Anak matanya pula kurenung sedalam-dalamnya. Nasihatnya itu ingin melihat aku seperti dahulu lalu membuatkan semangatku seperti andang yang sedang bernyala-nyala. 

"Tapi dengan satu syarat! Kalau awak setuju, baru saya akan jadi seperti Tuan Cairil yang dulu," balasku.

"Apa dia? Kalau kena dengan gaya, apa salahnya saya katakan ya pada syarat awak tu," jawab Hanna.

"Saya nak kahwin dengan awak, Hanna!" 

Hanna mengalihkan pandangannya dariku. Walaupun ketika itu, dia membelakangkan aku namun kutahu hatinya sedang terusik dengan lamaranku tadi. Aku dapat lihat sesekali dia mengangkat tangan untuk mengelap air matanya. 

"Hanna... awak menangis?" soalku lalu menghampirinya.

Cepat-cepat dia berpaling ke arahku lalu menidakkannya. Aku tahu dia berbohong. Tapi, aku tidak mengambil hati kerana aku tidak berada di tempatnya saat itu. Maka kesengsaraan yang ditanggungnya selama ini, aku perlu selami.

"Mari kita sambung lagi fisioterapi ni, Cairil. Sekarang, cuba berpaut pada palang ni, saya nak awak tumpukan kekuatan tangan untuk menampung berat badan. Letak kaki ke bawah, luruskannya."

Aku menuruti arahan Hanna. Aku bertambah teruja untuk cepat pulih seperti sediakala. Dalam hatiku, bagaikan terbentangnya sebuah taman yang menghijau lalu dihiasi dengan pelbagai bunga-bungaan yang tumbuh mekar berwarna-warni. 

"Hah! tak tahanlah, Hanna. Saya nak duduk sekejap," aku mengeluh.

"Tak apa, boleh... . Jangan dipaksa, nanti kita ulang lagi," Hanna memberi kata-kata semangat.

"Lama lagi ke terapi kita hari ni, Hanna?" soalku.

Dia memandang ke arah jam yang dipakainya. 

"Lebih kurang satu jam lagi, kenapa?"

"Err... tak ada apa-apa, saja nak tahu," balasku.

Hampir lima minit setelahmerehatkan diri, aku bangun kembali berpaut ke palang yang terletak di tepi dinding itu. Dua orang jururawat turut membantu mengangkat aku untuk berdiri. 

"Okay, sekarang saya nak awak letakkan kaki awak tu perlahan-lahan. Cuba berjalan ke hadapan saya ni, selangkah demi selangkah," cadang Hanna.

"Saya tak kuat, Hanna!" aku mengalah.

"Awak boleh, Cairil! Jangan mudah berputus asa. Saya tahu awak boleh," jawab Hanna dengan nada yang sedikit tinggi.

"Saya bukan mengalah tapi... ," 

"Tapi apa? sebab saya belum menjawab lamaran awak ke, Cairil? Kalau awak kuat, Insya-Allah hati saya juga semakin kuat untuk hubungan kita lagi!" jawapan Hanna itu meluncur laju dari mulutnya. 

Aku terkejut. 

"Betul ke Hanna, dalam hati awak masih ada lagi cinta untuk saya? Jawab Hanna... tolonglah jawab."

"Ya, ada... ."

"Terima kasih, Hanna sebab menyinari di ruang yang gelap," aku tersenyum.

Tanpa tersedar, aku mampu berdiri untuk beberapa saat sebelum terjatuh ke atas lantai itu. Sedikit pun aku tidak berasa sakit kerana ianya bagaikan hilang terpadam oleh sebuah perasaan untuk kembali pulih. 

Hanna berlari mendapatkanku.

"Abang tak apa-apa ke? Err, maaf... maksud saya, Cairil," Hanna tersasul menyebut namaku.

"Abang?" aku tersenyum.

Masa selama dua jam itu seakan mencemburui aku. Mahu atau tidak, aku harus segera meninggalkan bilik terapi itu bagi memberi ruang kepada pesakit seterusnya. Hanna yang mengiringi aku ke muka pintu kelihatan suram.

"Awak sedih, Hanna?"

"Eh, tak lah! Saya... penat rasanya," Hanna berdalih.

"Betul?" ringkas aku menyoalnya kembali.

"Ya... awak jaga diri baik-baik tau. Kalau jatuh, bangun sendiri!" Hanna berseloroh.

"Alahai, klise nya!" jawabku lalu ketawakannya.

"Saya rindukan awak, Cairil," luah Hanna.

"Saya pun sama, rindukan awak sangat-sangat," balasku.

"Dah, awak balik dulu... saya kerja lagi ni. Err, jumpa lagi minggu depan ikut tarikh temujanji yang tertulis di dalam kad tu."

Hanna meminta izin untuk masuk kembali ke dalam bilik terapi itu. Lalu aku memanggilnya kembali.

"Hanna!"

Dia menoleh.

"Ya, ada apa Tuan Cairil... ? Awak takut saya lari lagi ke?"

"Eh, taklah! Saya tak fikir macam tu pun. Cuma... saya tak sabar nak tengok awak lagi, Hanna," jelasku.

"Ada-ada sajalah awak ni, Cairil. Kalau tak menyakat, memang tak sah tau tak," Hanna ketawa kecil.

Aku menyambut tawanya itu dengan kelat dihujungnya.

"Saya serius, Hanna," anak matanya kurenung.

"Ni telefon bimbit saya, tuliskan nombor awak," Hanna menghulurkan telefon bimbitnya itu kepadaku.

Bukan kepalang gembiranya aku saat itu. 

----------

HAI! BERMINAT DENGAN PENULISAN SAYA? BERILAH SOKONGAN ANDA DENGAN MENINGGALKAN KOMEN DI BAWAH. TERIMA KASIH!

----------


Previous: BERTEMU
Next: SAKIT

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.