Home Novel Cinta JUJUR SAJA SAYANG
BOHONG

Telefon bimbit Datin Karmila berdering.

"Ada apa telefon I pagi-pagi buta ni? tunggulah siang, esok," Datin Karmila masih terkebil-kebil sambil menggosok matanya. Jam di dinding dipandangnya, pukul 3.00 pagi!.

"Wak Karjo dah mati, kena tembak!" ujar Datin Khalsom.

"Mati dah orang tua tu?" balas Datin Karmila seakan tiada rasa simpati.

"Orang you ke yang bunuh Wak Karjo?" tanya Datin Khalsom.

"Eh, you dah hilang akal apa! Kenapa pulak I mesti bunuh dia? Dia bukan berguna pun pada aku."

Datin Karmila cuba mengawal situasi. Dia gusar jika rahsianya itu bocor lalu diketahui Datin Khalsom. Walaupun tujuan mereka berdua sama iaitu untuk membolot harta peninggalan yang diwarisi Cairil tetapi cara mereka berbeza. Kerana sikap tamak, Datin Karmila tergamak mengupah bodyguard nya untuk menamatkan riwayat Wak Karjo. Baginya, orang tua itu akan menyukarkan tugas mereka untuk membolot harta pusaka dengan cepat.

"I bukan apa, hairan. Wak Karjo bukan ada musuh pun," jelas Datin Khalsom.

"Eh, sudahlah! I mengantuk." 

Datin Karmila mematikan telefon bimbitnya. Hilang rasa tidurnya walaupun mata masih mengantuk. 

"Sekarang satu dah mampus!" getusnya. 

Datin Karmila bangun dari tempat tidurnya. Lalu menuju ke bilik Dhya.

"Dhya, bangun!" berulangkali dikejut anak daranya itu.

"Apa ni mama... ," rengek Dhya yang masih separuh sedar.

"Mama kata bangun!" kali ini Datin Karmila bertegas.

"Ya, ada apa?" Dhya bangun juga akhirnya sambil menghentak-hentakkan kakinya ke atas tilam.

"Kau kemana malam tadi?"

"Keluar... makan. Kenapa?" Dhya kehairanan.

"Dengan siapa?" Datin Karmila agak teruja.

"Sendiri... . Mama ni kenapa kejutkan Dhya semata-mata nak tanya benda ni saja ke?"

"Wak Karjo dah mati."

"Apa? mati? Siapa yang bunuh?"

"Orang mama, lepas ni senanglah kerja kita," Datin Karmila ketawa berdekah-dekah.

"Mama! mama sedar tak apa yang mama dah buat?" balas Dhya.

Datin Karmila mempertahankan tindakannya itu kerana demi masa depan mereka. Lalu dibantah Dhya. 

"Sejahat-jahat Dhya, tak sampai hati nak menamatkan nyawa orang lain tau tak mama!"

"Sejak bila anak mama ni jadi baik?" sindir Datin Karmila.

Dhya menarik selimut itu lalu menyambung tidurnya kembali. 



----------

HAI! BERMINAT DENGAN PENULISAN SAYA? BERILAH SOKONGAN ANDA DENGAN MENINGGALKAN KOMEN DI BAWAH. TERIMA KASIH!

----------

Previous: CULIK
Next: SIASAT

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.