Home Novel Cinta JUJUR SAJA SAYANG
PISTOL

Restoren Taman Abang, Tanah Rata, Cameron Highland.

Hanna sudah menempah meja makan untuk candle light dinner pada malam itu. Dengan menu istimewa yang sudah tentu menjadi kegemaran aku satu masa dahulu. Mungkin aku banyak terlupakan banyak hal yang pernah terpahat dalam memori, namun sudah tentu masih belum terpadamkan oleh lewat waktu yang berlalu.

Seperti yang dijanjikan, Hanna telah tiba awal ke sana. Demi memastikan semua yang diatur pada malam itu menjadi ingatan yang tak terlupakan dari menu, susun atur meja kerusi, kek dan lilin juga semua diperiksanya. 

"Orite, semua dah okay." 

Sementara menantikan ketibaan aku, Hanna mengambil kesempatan untuk menghirup udara di luar restoren itu terlebih dahulu. Angin malam yang bertiup serta embun jantan yang sejuk memamah sehingga ketulangnya. Sedang asyik leka memerhatikan gelagat pengunjung restoren lain, tiba-tiba bola matanya mencuri tumpuan pada sepasang pelanggan yang duduk dihujung sebelah kiri restoren. 

Hanna menjadi tidak keruan kerana dia kenal benar mereka itu. Dia merasa gusar jika candle light dinner nya pada malam itu akan terbongkar.

Namun belum sempat dia melarikan diri, Datin Karmila sudah terlebih dahulu menyedari kehadiran Hanna di situ. Datin Karmila hanya tersenyum sinis. Manakala lelaki yang berada di hadapannya pula memandang tajam tepat ke arahnya.

Datin Karmila bingkas bangun dari tempat duduknya diekori oleh lelaki itu pula. Mereka berdua mendapatkan Hanna. 

"Kau jangan bikin kecoh di sini. Aku tak nak orang nampak," bisik Datin Karmila kepada lelaki tersebut. Dia hanya mengangguk tanda faham.

"Hai Hanna! Kecilnya dunia malam ni, jumpa lagi kita kat sini ye?" sapa Datin Karmila.

"Aku dah cakap siang tadi, aku tak nak tengok muka kau lagi di Cameron Highland ni. Tapi kenapa kau masih tak reti bahasa lagi ni!" gertaknya pula.

"Se benarnya mama... ," Hanna terkedu, lidahnya membatu.

"Jangan nak panggil aku mama! Aku bukan mama kau... aku ni Datin Karmila!" balasnya pula.

"Da da datin... maafkan saya," hanya itu yang mampu terpacul itu.

"Aku nak kau pergi dari sini sekarang!" ugut Datin Karmila lagi sambil mengacukan sepucuk pistol yang disorokkan di sebalik beg tangannya itu.

"Aku kata pergi... ," diulangnya ugutan tersebut pada Hanna.

"Tapi... ," Hanna membalas.

"Sebelum benda yang aku pegang ni bercakap, baik kau pergi sekarang!" potong Datin Karmila.

Hanna menjadi serba salah. Hendak dituruti arahan Datin Karmila atau menjerit sahaja meminta pertolongan?

"Kalau kau sayangkan Cairil dan sayangkan nyawa kau, aku nak kau jauhkan diri dari Cairil," tambah Datin Karmila lagi.

"Datin... tolonglah, jangan buat begini datin, kalau itu kemahuan datin... saya akan turuti tapi benarkan saya jumpa Cairil malam ni buat kali terakhir," rayu Hanna.

Datin Karmila menyimpan kembali pistol yang dipegangnya itu ke dalam beg tangan dan berlalu dari situ.

Dia memberhentikan langkahnya di sisi Hanna. 

"Kalau kau cuba ceritakan apa-apa pada Cairil, nahas kau! ingat, ni ingatan kali terakhir."

Hanna hanya mendiamkan diri. Tanpa disedari, hatinya mulai terusik oleh satu perasaan yang tak tergambarkan dengan kata-kata. Airmatanya deras bercucuran mengalir membasahi pipi. Rasa sakit itu sangat mendalam. Tapi benar, dia harus kuat walau ini kesudahannya.



----------

HAI! BERMINAT DENGAN PENULISAN SAYA? BERILAH SOKONGAN ANDA DENGAN MENINGGALKAN KOMEN DI BAWAH. TERIMA KASIH!

----------

Previous: DHYA
Next: LUAHAN

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.