Home Novel Cinta JUJUR SAJA SAYANG
SENDU

Makanan yang terhidang di atas meja itu, aku jamah. Tak tertelan rasanya. Air kopi panas itu pula kuhirup, mengalir laju di tekak tetapi tiada deria rasa dihujung lidah. Tawar, sehambar perasaan aku ketika itu.

Sesekali aku kerling Hanna lalu bertukar pandang ke arah Joanna. Rancak perbualan mereka, sehinggakan membuat aku mati akal untuk mencelah. Telingaku merah kepanasan apabila mendengar perbualan yang menyakitkan hati.

"Joanna, awak dengan Cairil dah lama bersama ke?" tiba-tiba soalan itu terpacul dari mulut Hanna.

Hanna menjeling lalu tersenyum padaku.

"Err, dah berapa lama ya Cairil?" Joanna bertanyakan pula padaku.

Aku yang masih tergamam, baru untuk memulakan kata tetapi telah dipotong oleh Joanna kembali.

"Rasanya dalam minggu lepas, macam tu."

Joanna memegang tanganku lalu mata Hanna kelihatan bergenang. Aku cepat-cepat menarik tanganku.

"Joanna! Stop!" aku mengherdiknya.

Aku kira perbuatannya itu sudah melampaui batas. Mataku, jengkel.

"Joanna, apa yang awak dah buat ni?"

"Cairil, calm down please," pujuk Joanna.

Hanna hanya memerhatikan kami berdua.

"As I told you before, we are mate but... ," aku bertegas.

"Tapi apa Cairil, atau awak malu nak mengaku Joanna teman istimewa? saya memahami... jangan risau okay," Hanna mencelah.

Joanna tercengang. Dia berasa hairan kerana Hanna akan berkata begitu.

"Wait, apa maksud awak Hanna?" Joanna bersuara pula.

"Jujur, dia ni bekas suami Hanna! Kami berpisah sebab terlampau banyak konflik yang datang dan pergi. Dan salah satunya macam sekarang ni."

Kata-kata Hanna itu membuatkan aku terkesima. Manakala Joanna pula terlopong kerana tidak disangkanya perkara sebegini akan terjadi.

Aku dapat rasakan ada kesedihan di dalam hati Hanna. Aku kesal kerana berbaik dengan Joanna. Seharusnya aku tidak terlalu rapat dengan sesiapa pun selagi hati masih ada untuk Hanna. Jika tidak, beginilah jadinya. Seolah-olah kumemberi harapan untuk hatiku diketuk sekali lagi oleh wanita yang lain.

"Maafkan saya, Hanna. Saya betul-betul tak tahu!" Joanna mengenggam jari Hanna.

"Hanna, apa yang dikatakan Joanna tadi, semua tak betul! Saya sikit pun tiada perasaan padanya," jelasku.

Hanna meletakkan sudu itu di atas pinggan lalu memandang ke arah luar kafeteria. Genang yang ada di matanya kini bertukar mengalir laju. Tidak tertahan kumelihatnya disakiti sekali lagi.

"Ahh! sama saja perangai seperti Dhya," getusku.

"It's okay, Joanna. Awak berdua duduklah dulu. Saya tak boleh lama, masa rehat dah nak habis," Hanna bingkas bangun lalu meninggalkan aku dan Joanna.

"Hanna, tunggu!" jeritku.

Aku mengejarnya tetapi tidak diendahkan. Langkahnya pula semakin laju. Dalam hatiku, ada kecewa. Rasa sakit itu teramat dalam mengoyak seluruh jiwa.

Aku mengalah lagi. Kerusi roda itu kuperlahankan kayuhan. Kubiarkan Hanna berlalu begitu sahaja. Bukan aku tidak mahu memujuk, tetapi kubiarkan sehingga reda bersarang dihatinya.

"Cairil," Joanna menegurku.

Aku tidak mengendahkannya. Lalu kubertindak meluru ke pintu utama. Aku nekad untuk pulang. Tidak perlu untuk aku memaafkannya lagi. Keterlanjuran katanya membuatkan aku terguris. Telah aku berpesan sebelum itu tetapi seakan tidak diendahkannya.

"Cairil, tunggu!" Joanna terus mengejarku.

Aku memberhentikan kayuhan ketika sampai di lobi.

"Ada apa lagi, Joanna!" bentakku.

"Saya tak tahu Hanna yang awak maksudkan selama ini adalah Doktor Hanna," jelas Joanna padaku.

"Apa saja alasan awak, pokok pangkalnya salah tetap salah."

"Teruk sangat ke saya ni, Cairil? tak cukup baik lagi ke saya dari pandangan mata awak?" Joanna persoal.

"Bukan soal baik atau apa, tapi sekarang ni hati saya bukan untuk awak, faham tak?"

"Tolonglah, Cairil! saya sayang awak sangat-sangat," rayunya.

"Maaf.... ! saya tak boleh. Awak nampak tak, kerana sikap sebegini, hati saya dah hancur," aku membalas.

Joanna menangis teresak-esak saat aku menolak cintanya. Aku keraskan hati untuk tidak memperdulikannya lagi. Sedangkan hatiku sendiri tidak terjaga, inikan pula mahu memujuk seseorang yang telah meretakkan hati dua insan yang kembali ingin bersama.

Teksi yang sedia menunggu itu kutahan. Lalu pemandu itu keluar dan segera membantuku memasuki ke dalam tempat duduk penumpang. Joanna ingin menaiki teksi yang sama tetapi dihalang olehku.

"Tolong tinggalkan saya bersendirian."

"Cairil... janganlah macam ni," pujuknya.

"Please! saya nak balik dan berehat."

Joanna yang baru meletakkan sebelah kaki dan punggungnya segera keluar. Aku lihat ada kekesalan diwajahnya itu. Aku dihantui rasa bersalah. Tetapi kerana ego, kutinggalkan dia di situ.

----------

HAI! BERMINAT DENGAN PENULISAN SAYA? BERILAH SOKONGAN ANDA DENGAN MENINGGALKAN KOMEN DI BAWAH. TERIMA KASIH!

----------


Previous: SAKIT
Next: KUNCI?

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.