Home Novel Cinta JUJUR SAJA SAYANG
SIASAT

Jam 5.30 pagi pihak forensik selesai menjalankan tugas mereka. Beberapa keping gambar diambil dan lokasi ditandakan. Menurut pihak polis lagi, pembunuhan itu sangat terancang. Kerana mereka masih gagal menemui sebarang bahan bukti pada mayat. Malahan, pembunuh itu juga berjaya tidak meninggalkan sebarang jejak yang boleh dikesan. 

Mayat Wak Karjo diangkat lalu dibawa menggunakan trak polis yang telah sedia menunggu. Fotografer dari beberapa akhbar utama negara juga tidak melepaskan peluang mendapatkan berita. Bertalu-talu soalan dilemparkan oleh mereka, tetapi aku hanya mampu menyerahkan kes ini kepada pihak polis untuk diuruskan sepenuhnya. Aku terlalu buntu. 

"Tuan Cairil, saya difahamkan sebelum kejadian... tuan bersama mangsa telah keluar bersama, betul ke?"

Tiba-tiba aku disapa oleh seorang wartawan dari akhbar Berita Malaya. Aku hanya mengiyakan sahaja. 

"Tuan Cairil kemana ya sewaktu dengan mangsa?" wartawan itu menyambung. 

"Saya keluar makan dengan... ," belum sempat aku menghabiskan jawapan balas itu, Inspektor Rashid memanggilku.

"Tuan Cairil, kemari sebentar."

"Ya Tuan Rashid, ada apa-apa yang boleh saya bantu?" 

Aku meninggalkan wartawan itu di situ lalu menuju ke arah Inspektor Rashid yang berdiri di lokasi pembunuhan tadi.

"Begini Tuan Cairil, esok kalau tuan ada masa mohon datang ke balai, boleh?"

Inspektor Rashid meletakkan tangannya di bahu aku. Lalu ditariknya aku ke satu sudut yang agak jauh dari orang ramai. 

"Oh, boleh tuan. Kalau tiada aral melintang, saya akan ke sana esok," balasku.

Inspektor Rashid berbisik ke telinga aku pula. 

"Saya syak ada sesuatu yang tak kena. Cara mangsa dibunuh sangat terancang. Hanya sebutir peluru sahaja, tepat mengenai jantung mangsa." 

Aku tercengang. 



----------

HAI! BERMINAT DENGAN PENULISAN SAYA? BERILAH SOKONGAN ANDA DENGAN MENINGGALKAN KOMEN DI BAWAH. TERIMA KASIH!

----------

Previous: BOHONG
Next: INTAI

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.