Home Novel Cinta JUJUR SAJA SAYANG
RUNGKAI

Kereta itu melimpasi pondok pengawal lalu di parkir betul-betul di hadapanku. Sebaik pintu pemandu dibuka, high-heel berwarna merah hati itu telah mencuri pandangan. Langkahnya diatur perlahan menuju ke arahku.  Cermin mata hitam itu dibuka, lalu disimpan di dalam beg tangan yang dipegangnya. Dia melemparkan senyuman, tetapi aku tidak membalas walau sedikit pun. 

"Hai sayang... kenapa I call you tak jawab?" soal Dhya, manja sekali. Dia merapati pinggulnya sehingga terkena tanganku yang masih memegang roda. 

"I busy lah... , you buat apa kat sini?" aku menjawab dengan sedikit tegas tanpa memandang ke arah mukanya. Aku menjadi sedikit rimas dengan kehadirannya. Cukuplah apa yang telah terjadi semalam. Kerana Dhya yang menjadi punca segala-galanya. Hati aku bertambah sakit, apabila mengingati kembali saat-saat Hanna dibuli Dhya. 

"Sorry sayang... I cari you lah! I tanya mama you, dia kata you ke sini," 

Dhya mula menunjukkan sikap sebenarnya padaku. Mungkin dia tidak perasan atau sengaja mempamerkan 'sayangnya' itu padaku. Sumpah, aku merasa terlalu jelek! 

"Oh, jadi apa you nak sekarang? I ada hal... please!," aku membalas jawapannya itu dengan memintanya pergi dari situ. 

"I saja nak temankan you, sayang... lagipun, mama you yang suruh I datang sini," Dhya seakan memujukku. "Lagipun dah tengahari, I nak belanja you lunch kat Brinchang," ajaknya lagi.

Aku kusut. 

"You pergi dulu, I nak settle hal Wak Karjo. Nanti I ke sana," balasku ringkas. Aku terpaksa mengiyakan sahaja kerana sebetulnya perasaan marah itu masih membara jauh di sudut hati.

"Oke... janji tau! nanti I text you," Dhya riang dengan jawapan balasku itu lantas berlalu pergi meninggalkan aku sendirian. 

Dari kejauhan, Pak Ayub hanya memerhatikan aku dan Dhya. Tiada sebarang reaksi dari wajahnya - bersahaja. 

"Tuan Cairil! Kebetulan jumpa di sini pula, saya sebetulnya baru balik dari menyelesaikan satu kes di Tanah Rata tadi. Maaf kalau terlambat," Inspektor Rashid menegur aku sebaik turun dari kereta itu. 

Aku melemparkan senyuman padanya.

"Tuan Rashid, saya baru sampai juga actually... err, jomlah kita settle apa yang patut," aku membalas.

Inspektor Rashid meminta seorang pegawai bawahannya untuk membantu aku menolak kerusi roda sehingga ke dalam pejabatnya. Aku kehairanan. Dia seolah-olah telah lama mengenaliku.

...

Inspektor Rashid memeriksa fail yang baru diterimanya dari forensik. Sehelai demi sehelai laporan itu diperiksa. Dia memandang ke arah aku lalu meletakkan fail itu di atas meja. Aku hanya mendiamkan diri sambil menunggu sebarang persoalan darinya. Inspektor Rashid kemudiannya duduk lalu memasukkan sehelai kertas ke dalam mesin pencetak. Komputer dihidupkannya dan dia mula menaip sesuatu. Sesi bersoaljawab pun bermula, hampir mencecah dua jam lamanya. Telefon bimbitku pula tidak henti-henti berdering, sehinggakan aku terpaksa silent mode.

"Kalau Tuan Cairil ada hal penting, saya benarkan jawab call tu," cadang Inspektor Rashid. Mungkin dia juga kurang selesa kerana sesi itu sering terganggu dek panggilan dari Dhya.

"Oh, it's okay Tuan Rashid. Kita teruskan sahaja. Saya dah silent mode. Sorry... ," balasku sambil tersenyum malu.

Aku semakin geram terhadap Dhya. Susah benar untuk memahami situasi aku yang sedang sibuk menguruskan kes Wak Karjo. Cukuplah sekali aku membalas whatsappnya, sudah aku nyatakan yang urusan aku belum selesai. Masalah Dhya ialah mesejku hantar itu telah bluetick tetapi dia tetap juga called berpuluh-puluh kali.

"Bangang!" keluhku.

"Err... apa Tuan Cairil? Saya tak berapa dengar," tanya Inspektor Rashid kepadaku. 

Aku harap dia tidak mendengarnya.

"Eh... tak ada apa-apa Tuan Rashid, saya kata... tunang," entah kenapa aku terlintas untuk menyebut perkataan itu. Dalam hati aku ada debar, risau jikalau Tuan Rashid persoalkannya pula. Sedangkan aku, tunang pun tiada!

"Amboi Tuan Cairil... dah beristeri pun masih nak bertunang plak?" Inspektor Rashid berseloroh diikuti dengan ketawa terbahak-bahak. 

"Isteri tahu ke Tuan Cairil nak bertunang?" tambahnya lagi.

Aku terkejut. Sumpah, ketika itu aku tidak dapat membezakan antara berseloroh atau sebuah kenyataan yang benar terpacul dari mulutnya. Tetapi semahunya, aku cuba mengawal perasaan aku sendiri. Dalam fikiranku mula ligat memikirkan yang aku sebenarnya merupakan suami kepada seseorang.

"Siapakah wanita itu? dan di manakah dia sekarang?" getusku.

"Tuan Cairil, okay ke? Jauh termenung!"

"Err... saya okay tuan, cuma rindukan isteri... hahaha!" aku sedaya upaya mengorek rahsia dari Inspektor Rashid. Aku ingin benar mendengar satu nama yang bakal terpacul dari mulutnya itu. Tetapi, seakan berat benar untuknya menyebut nama itu.

"Amboi Tuan Cairil... isteri sendiri yang merawat tuan semasa di hospital. Malam tadi siap candle light dinner, masih rindu lagi? balas Inspektor Rashid.

"Maksud tuan... Hanna? Hanna tu isteri saya?" ketika itu, nyawaku seakan melayang apabila mengetahui bahawa dia adalah isteriku.

"Ya, Hanna... kenapa Tuan Cairil, terkejut semacam je?"

"Oh, hahaha... tak ada apa-apa, saya ingat tuan tak kenal Hanna," aku cuba berdolak dalih.

"Macamana pulak saya tak kenal, semasa wedding tuan dengan Hanna enam bulan lepas... tuan sendiri yang datang ke balai hantar kad jemputan," Inspektor Rashid meyakinkan aku.

Aku hanya mengiyakan sahaja walaupun sebenarnya dalam fikiranku kosong. Kesan kemalangan yang lalu telah menyebabkan aku melupakan segala-galanya.

"Patutlah kau betul-betul caring padaku, rupa-rupanya kau adalah isteriku. Tapi kenapa kau menolak cintaku, Hanna?" aku berbisik sendirian.

Inspektor Rashid mempersilakan aku untuk pulang. Dia membukakan pintu biliknya.

"Begini Tuan Cairil, kes ini masih berjalan. Kita akan maklumkan hasil siasatan dari semasa ke semasa kepada tuan," Inspektor Rashid berjabat tangan denganku lalu menghantar ke hadapan pintu lif.

"Baik tuan, jumpa lagi. Apa-apa hal... telefon sahaja saya,"

"Oh, kirim salam pada Hanna ya!"

"Insya-Allah, ya Hanna... ," aku memperlahankan suaraku tatkala menyebut namanya yang indah. Secantik juga orangnya, Hanna Nadia.

Aku meninggalkan balai polis itu dengan perasaan yang menggunung tinggi. Entah di mana harus aku memulakannya kembali. Aku perlu mencari jawapan yang dapat menghuraikan satu simpulan yang telah lama terikat mati. Tetapi sebelum aku temui jawapan sebenar, aku harus mengetahui soalannya terlebih dahulu. Sejujurnya, entah bagaimana untuk aku berhadapan dengan Hanna lagi. Perasaan itu telah berubah 360 darjah. Aku menjadi malu yang tidak mampu dihuraikan dengan kata-kata lagi. Bukan kerana dengan keadaan fizikal aku yang cacat begini tetapi malu tidak mengenali bahawa dia adalah isteriku sendiri.

Aku kecewa. Mama tiriku dan mereka yang berada di sekeliling, selama ini pandai sekali berpura-pura. Dan sekarang, aku sudah mulai mengerti mengapa Hanna menjauhkan diri. Pasti kerana harta peninggalan arwah bapaku yang menjadi rebutan antara mereka. Sehingga sanggup memecah belahkan hidup bahagia aku bersama Hanna. Aku yakin.

"Apa lagi yang mereka mahukan, kalau bukan harta... ," getusku.

Aku meminta Pak Ayub membelok ke perumahan elit itu. Terkial-kial dia memberikan signal. Silap aku juga kerana lambat memberitahunya. Nasib ketika itu, tiada kenderaan lain yang mengekori rapat. Jika tidak, entah apa pula yang akan terjadi.

"Berhenti di sini, Pak Ayub!" aku memerhatikan setiap penjuru rumah itu. Meliar mataku memandang dari bawah ke atas, ke kiri dan ke kanan. Dalam hati, penuh dengan harapan agar penglihatanku ini tertancap bayang Hanna. 

Ketika itu, lagu Bayang nyanyian Khai Bahar diputarkan DJ radio. Tanpa di sedari, airmataku mengalir. Ya! tanpa dipaksa.

"Sayangku Hanna, abang datang ni... keluarlah sayang," aku meminta Pak Ayub memperlahankan radio itu. Setiap bait lagunya benar-benar meruntun jiwa aku yang sedang kehilangan.



----------

HAI! BERMINAT DENGAN PENULISAN SAYA? BERILAH SOKONGAN ANDA DENGAN MENINGGALKAN KOMEN DI BAWAH. TERIMA KASIH!

----------




Previous: INTAI
Next: BALAH

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.