Home Novel Cinta JUJUR SAJA SAYANG
BERDUA

"Selamat pagi, Cairil," sapa Hanna. 

Kehadirannya pada pagi itu mengejutkan aku yang sedang bermenung jauh. Aku hanya membalas dengan senyuman. Langsir di jendela dibuka seluas-luasnya lalu cahaya sinar mentari itu menerjah ke dalam bilikku. 

"Kenapa awak tutup langsir tu, tadi? Jururawat bukakan pagi-pagi sebab nak biarkan tubuh kita dapat Vitamin D tau... ," Hanna bersuara lagi.

"Saya teringin nak keluar... , hirup udara segar dan merasa sendiri dari luar sana."

Aku tidak tahu, kenapa aku boleh berkata sebegitu. Mungkin kerana aku merasa terlalu sunyi hidup begini tanpa kehadiran sesiapa barangkali. 

"Oh... awak nak keluar?" tanya Hanna.

"Hmm... ya, saya dah bosan asyik terperap di dalam bilik ni. Balik-balik tengok jururawat, jarum dan telan ubat."

Hanna hanya ketawa kecil sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Fail pesakit yang terletak di hujung meja diperiksanya lalu mencatatkan sesuatu. Dalam pada itu, Hanna sempat menjeling ke arah aku. Kerlingannya itu penuh dengan teka-teki. Aku sedikit kehairanan. Ingin aku mengajukan pertanyaan kepadanya tetapi biarlah kupendamkan sahaja rasa itu.

Hanna menghampiri aku lalu memasang sphygmomanometer di pergelangan tanganku. Denyutan nadi turut diperiksa. Setelah selesai, jururawat yang turut bersama Hanna menanggalkannya kembali.

"Apa kata kalau lepas habis kerja sekejap lagi ni, saya bawa awak makan angin di luar tu. Tapi tak boleh jauh-jauhlah, di taman hospital ni saja... boleh?" pelawa Hanna.

"Wah, betul ke ni? rugi kalau saya tolak pelawaan awak tu, Doktor Hanna," aku berseloroh.

"Eh, apa yang tak betulnya... betullah!" 

"Terima kasih, Hanna... ." 

"Sama-sama."

Hanna tersenyum, menampakkan lesung pipitnya di sebalik pipi yang mungil itu. 

"Tengok nurse, pesakit saya ni dah kembali ceria," Hanna memberitahu jururawat yang berada di sebelahnya.

"Tapi awak pun tahukan, saya tak boleh berdiri apatah lagi berjalan. Awak tak malu ke nanti keluar dengan saya yang berkerusi roda ni?" aku mencelah.

"Ish awak ni, kenapa saya nak malu pulak? Jangan risau ye Cairil... ."

Aku tersenyum puas dengan jawapannya itu. Sebenarnya, aku telah mula merasa rindu pada Hanna semenjak kali pertama memandangnya.

"Awak berehatlah dulu, nanti saya datang ambil awak di sini."

"Baiklah, saya nak bersiap. Malulah keluar, kalau tak terurus macam ni," semangatku berkobar-kobar.

...

          Terasa lama benar, menunggu Hanna menyelesaikan tugasnya. Mahu saja aku mengikutnya ke hulu dan ke hilir. Walau sekalipun, dapat melihatnya dari jauh sudah cukup memadai. Selagi masih ternanti-nanti sebegini, hati aku menjadi tidak keruan. 

"Aku dah dilamun cinta? Ahh, merepek! dia mana nak pandang orang cacat macam aku ni. Sumpah mati hidup balik dia tak akan minat padaku. Dia layan aku mungkin sebab simpati. Dia doktor tapi aku?"

"Hai Cairil! maaf terlambat, ada pesakit baru masuk tadi," tegur Hanna. 

Aku tidak menyedari kehadirannya. Kelihatan Hanna sedikit mengah. Jam yang dipakai juga dilihatnya berulangkali.

"Oh tak apa, Hanna. Awak dah tunaikan janji untuk keluar ni pun, saya dah bersyukur sangat-sangat."

Tanpa melecehkan masa, Hanna membantu aku dengan menolak kerusi roda itu keluar dari bilik yang kuanggap penjara walaupun sebenarnya tidak. Dan, ketika itulah aku bagaikan bernyawa kembali. Terasa sangat bebas bagaikan seekor burung yang terlepas dari sangkarnya.



----------

HAI! BERMINAT DENGAN PENULISAN SAYA? BERILAH SOKONGAN ANDA DENGAN MENINGGALKAN KOMEN DI BAWAH. TERIMA KASIH!

----------

Previous: HANNA
Next: VANILLA

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.