Home Novel Cinta JUJUR SAJA SAYANG
DUBAI

"Penerbangan Emirates Airlines pesawat MH4501 ke Dubai, sekarang sedia untuk berlepas melalui pintu C37, terima kasih." 

Pengumuman itu menghentikan perasaan mengantuk aku sejak sekian lama. Tetapi ada satu rasa yang wujud dan sudah pastinya aku tidak dapat elakkan, iaitu Hanna. Walaupun hati terlalu berat untuk melangkah pergi meninggalkan Malaysia, namun kerana patahnya hati aku turutkan jua. Biarkan aku sendiri merawat luka ini. Dan andainya nanti, aku berubah fikiran pasti aku akan mencarinya lagi. 

"Maafkan abang, sayang... abang pergi dahulu," bisikku.

Aku dibantu oleh kakitangan bertugas yang telah bersedia untuk menolak kerusi rodaku masuk ke dalam pesawat. Perjalanan yang akan memakan masa selama 18 jam ini sudah pasti sedikit memenatkan. Tambahan pula semasa di Dubai itu nanti, terpaksa menunggu tiga jam lagi sebelum menaiki pesawat seterusnya. Kerana Kota Paris, aku turutkan juga rasa hati ini. 

"Tuan Cairil, ini boarding pass dan passport. Seat Business Class Tuan Cairil di sini ya... ," pramugari itu mempersilakan aku. Manis senyumannya.

"Eh, boleh berbahasa Malaysia?" soalku - sedikit merasa bangga.

"Ya, boleh sikit-sikit... ," balasnya. "Tapi Tuan Cairil tak nampak macam orang Malaysia," tambahnya lagi. 

"Bapa saya berasal dari Perancis, manakala ibu saya Malaysia," jelasku lalu melemparkan senyuman padanya.

"Perancis?" soalnya lagi. 

"Ya Perancis... Oh, sorry... France maksud saya," aku berandaian yang dia tidak memahaminya. Mungkin sahaja kosa kata Bahasa Malaysia masih kurang. 

"Baiklah Tuan Cairil, welcome onboard to our Emirates Airlines. Nama saya Hanna, ketua pramugari Business Class. Jika Tuan Cairil perlukan apa-apa bantuan nanti, maklumkan sahaja kepada pramugari-pramugari yang bertugas ya... ," jelasnya dengan panjang lebar dan berlalu pergi.

"Hanna?" aku tergamam. 

Nama itu benar-benar mengingatkan aku pada seseorang yang kini berada di Cameron Highland, Doktor Hanna Nadia. Lalu satu persatu kenangan manis yang pernah aku nikmati bersama Hanna bermain-main di kotak fikiran. Tersenyum aku sendirian bercampur air mata ketika itu lalu kulontarkan pandangan ke luar jendela. Jauh dan semakin jauh terawang-awangan mengimbau kembali kisah antara aku dan dia. 

----------

HAI! BERMINAT DENGAN PENULISAN SAYA? BERILAH SOKONGAN ANDA DENGAN MENINGGALKAN KOMEN DI BAWAH. TERIMA KASIH!

----------


Previous: TERBANG
Next: KHIANAT

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.