Home Novel Cinta JUJUR SAJA SAYANG
DHYA

Datin Karmila mencapai telefon bimbitnya. Dia kelihatan mundar mandir seperti cacing kepanasan. Seperti juga ada sesuatu perkara yang masih belum diselesaikan.

Sesekali dia memerhati telefonnya itu dan berulangkali dia mengomel sendirian. Dia cuba untuk menghubungi seseorang. Belum sempat Datin Karmila menekan butang dail, anak kesayangannya Dhya, pulang.

"Mama! I miss you a lot!" jerit Dhya sambil berlari ke arah Datin Karmila dengan menggepangkan tangannya.

Datin Karmila sedikit terkejut kerana kepulangan anak tunggalnya itu dari Jepun di luar pengetahuannya. Dhya sebenarnya telah menyambung pelajaran di Tokyo dalam jurusan perubatan selama lima tahun. Masih berbaki empat tahun lagi untuk dia menamatkan ijazahnya. Dan kepulangannya kali ini adalah tidak dijangka sama sekali oleh Datin Karmila.

"Mama bermimpi ke apa ni? Tiba-tiba ada depan mata!" sapa Datin Karmila.

"Mama, ni Dhya la... takkan hantu pulak petang-petang ni," balas Dhya pula sambil memeluk dan mencium pipi Datin Karmila.

"Mama sihat?" tambah Dhya lagi.

"Mama baik je, hati mama je tak baik... ," balas Datin Karmila dengan sedikit jelingan. Dihempas badannya ke sofa seperti menagihkan perhatian anaknya itu.

"Tell me... what's wrong with you mama?" Dhya cuba memujuk Datin Karmila. Dia melentokkan kepalanya ke bahu Datin Karmila pula.

"Hmm... Hanna," balas Datin Karmila.

"Hanna? Kenapa dengan dia?" tanya Dhya pula dengan bersungguh sungguh.

"Hanna dan Cairil dah kembali bersama," jelas Datin Karmila.

"Bukan ke mereka dah bercerai?" tanya Dhya lagi.

"Hanna yang cari Cairil! sekarang ni Hanna dah bertukar pula di hospital tempat Cairil warded hari tu," tambah Datin Karmila.

"Mama, perkara kecil je tu. Nak Dhya settle kan ke?" Dhya bangun lantas mencapai beg tangannya. Dia mengambil pula kunci kereta Datin Karmila dan terus keluar. Datin Karmila hanya memerhatikan sahaja tingkah Dhya tanpa sebarang persoalan kerana dia tahu kemana Dhya akan pergi.

Datin Karmila mendapatkan semula telefon bimbitnya. Dia mendail dan mula bercakap dengan seseorang. Nampaknya perbualan Datin Karmila agak perlahan dan terancang. Adakah dia sedang merencanakan sesuatu?

"Okay, tepat jam 8 malam aku nak jumpa kau di Brinchang. Restoren biasa. Jangan lambat." Datin Karmila menamatkan perbualannya.

...

"Makanlah karipap tu, Dhya. Macam tak biasa pulak Dhya ni tau. Tambah lagi air teh tu... ." Datin Khalsom mempelawa anak buahnya itu.

Dhya kelihatan tersipu malu ketika duduk di meja makan bertentang dengan aku. Sebelahnya pula Datin Khalsom. Dia menghirup perlahan air teh itu, karipap yang masih panas juga belum disentuhnya. Aku hanya memerhatikan saja tingkahlakunya yang sedikit janggal. Datin Khalsom ternyata mesra dengannya. Seperti sudah mengenalinya dan mempunyai perhubungan yang cukup rapat.

"Kenal tak siapa di depan Cairil ni?" Datin Khalsom bersuara. Agak pelik soalannya itu. Mungkin juga dia sengaja mahu aku memulakan perbualan seterusnya.

"Dhya anak maklong kan? Anak Datin Karmila?" aku membuka mulut buat pertama kalinya. Sejak dari awal Dhya datang sehinggalah ke meja makan, aku hanya mendiamkan diri. Datin Khalsom tersenyum dengan soalanku tadi sambil memandang tepat ke arah Dhya.

"Alah abang Cairil ni, tak ingatlah tu kan... ? Siapalah kita orang tu nak ingat-ingatkan. Kan makngah?" Dhya seakan memperli aku pula. Dia memandang mama dan merapatkan bahunya ke bahu Datin Khalsom.

"Abang Cairil kau memang macam tu... Datin Khalsom membalas. 
"Err... lama ke cuti kali ni?" Tambahnya lagi.

"Sebulan je. Dhya balik ni pun sebab nak tengok Abang Cairil." Jawab Dhya pula.

Aku tersedak dengan jawapannya itu. Dari Jepun balik ke Cameron Highlands semata-mata kerana aku? Biar betul Dhya sanggup buat begitu? Atau hanya... pura-pura?

Dhya mengajak aku untuk bersiar-siar di laman rumah. Mahu menghirup udara segar di kaki Gunung Palas katanya, sambil menikmati pemandangan kehijauan pepohon teh yang sayup mata memandang luasnya.

Aku hanya turuti kemahuannya itu. Kerana aku juga pun begitu, punya keinginan yang sama. Datin Khalsom hanya tersenyum. Tetapi senyuman dari Datin Khalsom sememangnya tidak pernah jujur. Seperti menyimpan satu maksud yang tersirat dan sudah tentu sekali sukar diramalkan.

Dhya membantu aku menolak kerusi roda sehingga ke hujung laman. Dia memberhentikan aku disitu.

"Abang... cincin pertunangan yang abang hadiahkan tu masih lagi Dhya simpan," Dhya bersuara. Matanya mulai bergenang.

"Maaf Dhya, abang tak mengerti. Kita bertunang?" balasku pula penuh kehairanan.

"Ya, dulu... sebelum abang tinggalkan Dhya," balasnya lagi.

"Maafkan abang, Dhya. Sumpah! Abang tak berniat pun nak buat begitu, jika itu kebenarannya, Dhya!" 

Dhya memeluk kaki aku dengan erat sambil menangis teresak-esak. Disandarkan kepalanya di atas pehaku. 

"Abang, sudi tak kalau kita bertunang semula?" sayu permintaan Dhya.

"Tapi abang cacat, Dhya!" balasku pula.

"Kita ke luar negara... cuba rawatan pakar di sana nak tak, bang?" Dhya memberi cadangan.

"Bukan sikit belanjanya," kumatikan cadangannya itu.

"Duit boleh cari," balas Dhya lagi.

Aku mendiamkan diri memikirkan cadangan Dhya itu. Tapi macamana dengan Hanna?

Tiba-tiba telefon bimbit Cairil berdering.

"Err... hallo, Cairil. Malam ni awak free?" Hanna memulakan perbualan. 

"Kalau free... saya nak ajak awak keluar dinner nak tak? Saya tunggu awak di Restoren Taman Abang jam 8.30 malam." tambah Hanna lagi.

Aku teruja apabila mendapat panggilan dari Hanna. Senyuman aku yang menguntum segera mendapat perhatian Dhya yang ketika itu berada di sebelahku. Memang aku tidak dapat sembunyikan perasaan itu kerana hatiku sudah mula tertawan pada Hanna. Dan dalam masa yang sama Dhya hadir menuntut kasih antara dia dan aku untuk bersatu bersama. Tapi, hatiku pada Hanna!

"Siapa yang telefon tu?" tanya Dhya.

"Rahsia... ," balasku ringkas.

"Kenapa nak berahsia dengan Dhya pulak?" soalnya lagi.

"Kalau saya kata rahsia tu rahsialah! Kenapa awak perlu nak tahu?" aku mula rasa hilang sabar bila dipaksa-paksa begitu.

"Okay, sorry... ." 

Dhya meninggalkan aku sendirian di situ. Terasa hati, mungkin. Sengaja aku membiarkan Dhya pergi kerana aku tidak suka mengusutkan keadaan dan aku sebetulnya berasa amat malas untuk memujuk.

Aku memandang ke arah Wak Karjo yang kebetulan sedang memetik strawberi di tepi halaman rumah. 

"Wak, kemari sekejap!" laungku.

Wak Karjo meletakkan bakul kecil itu lantas berlari mendapatkan aku. 

"Ada apa Tuan Cairil?" sedikit tercungap-cungap nafasnya.

"Nanti jam 8.30 malam saya ada dinner, jadi wak tolong hantarkan saya ke Restoren Taman Abang, sepuluh minit awal, boleh?" 

"Baik tuan, pukul 8.15 malam wak sediakan mobilnya."

"Jangan lambat... dah, wak boleh sambung kerja wak tadi."

Wak Karjo mengangguk lalu beredar dari situ. Aku teringatkan Dhya. Adakah aku bersalah kerana meninggikan suara kepadanya tadi? Adakah salah aku juga untuk merahsiakan apa yang sepatutnya menjadi kerahsiaan peribadi aku?



----------

HAI! BERMINAT DENGAN PENULISAN SAYA? BERILAH SOKONGAN ANDA DENGAN MENINGGALKAN KOMEN DI BAWAH. TERIMA KASIH!

----------

Previous: SUNYI
Next: PISTOL

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.