Home Novel Cinta JUJUR SAJA SAYANG
JOANNA

Sementara menunggu penerbangan seterusnya ke Chales De Gaulle, Paris yang masih berbaki kira-kira dua jam setengah; aku meluangkan sedikit masa dengan merehatkan diri di kafe yang berdekatan. Kopi pekat itu dihirup, cukup manis rasanya walaupun di hujung-hujung ada sedikit pahit. Bagi penggemar kopi tegar seperti aku, sudah tentu rasa yang sedikit pekat tetap menjadi pilihan di waktu-waktu santai sebegini.

Sedang leka membelek-belek majalah TIMEStiba-tiba aku telah disapa oleh seseorang. Lalu dia melabuhkan punggungnya di kerusi yang terbiar kosong di hadapanku.

"Hai Tuan Cairil, boleh saya duduk sini?"

Aku terkejut kerana Hanna menegurku. 

"Eh, Joanna... duduklah, silakan. Dah habis duty ke?" soalku.

"Sudah, tadi last sector Kuala Lumpur Dubai," balasnya. 

"Sorry if I disturbing you," sambung Joanna lagi.

"It's okay... kebetulan saya seorang saja. At least, I have someone to talk with," aku menidakkan kata-katanya itu.

Joanna yang berada di hadapan aku adalah seorang gadis yang sangat berlainan sekali karakternya. Jauh sekali persis Hanna Nadia. Alangkah indah jika Hanna Nadia itu hadir di depan mataku. Ya, aku terlalu merindukannya.

"Tuan Cairil... are you okay? kenapa tengok Joanna macam tu?" dia melambai-lambaikan tangannya.

"Perlukah aku berterus terang? ya, aku harus jujur."

Hari itu dan saat itu, aku meluahkan segala-galanya pada Joanna. Tidak pernah terlintas dibenak, aku akan melepaskan rasa itu pada seseorang yang asing dalam hidupku sendiri. Mungkin kerana namanya mengingatkan aku kepada Doktor Hanna Nadia yang telah kutinggalkan. 

"Maaf, kalau saya terluahkan apa yang saya rasa sekarang... , harap awak tak meluat dengan cerita saya ni." 

Tersipu-sipu malu aku dibuatnya. Manakan tidak, dia mendengarnya dengan penuh khusyuk. Seolah-olah dia adalah seorang teman yang sedia menadah telinga untuk mendengar setiap keluh kesah dari sahabatnya.

"Jangan risau, Tuan Cairil. Saya seorang pendengar setia. Kalau saya boleh tolong, yes! why not?

Jawapannya itu membuatkan hatiku sedikit lega. 

"Order lah minuman, Hanna, eh! Joanna," aku tersasul. 

"Hanna tu nama ketika bertugas, tapi kalau Tuan Cairil nak panggil Hanna pun tak apa."

Aku mengabaikan saranannya itu.

"Eh, kita berbual bagai nak rak... tapi apa nama penuh awak, Joanna?" 

Aku tergelak saat baru teringat untuk bertanyakan namanya yang sebenar.

"Joannah Robson," dia memperkenalkan dirinya lalu mencapai buku menu yang berada disebelah meja itu. 

"Wow, sedap nama tu... Joannah Robson."

Dia tersenyum.

Hampir satu jam setengah aku dan Joannah meluangkan masa bersama di kafe itu. Berbual-bual tentang kehidupan masing-masing yang tidak diselindungkan lagi. Dia seorang gadis yang berterus-terang. Aku menjadi lebih selesa untuk terus berkawan dengannya. Ya, hanya kawan kerana hatiku masih tetap milik Doktor Hanna Nadia. 

Satu pesanan dari aplikasi whatsapp telah kuterima.

"Salam Tuan Cairil, maaf menganggu. Ni Pak Ayub... tadi saya dapat panggilan dari datin. Dia sekarang ditahan di balai polis. Pak Ayub tak bawa kereta tadi, datin yang nak driving sendiri. Katanya nak ke Kuala Lumpur. Atas urusan apa, itu Pak Ayub kurang pasti. Lagipun hari ni, angin datin lain macam. Jadi Pak Ayub tak beranilah nak bertanya apa-apa. Cuma Pak Ayub nak bagitahu yang datin ditangkap atas kesalahan memiliki senjata api. Ada sekatan jalanraya di Ringlet tadi, bila diperiksa pihak polis terjumpa senjata api tu dalam beg tangannya. Jadi, datin minta Tuan Cairil menjaminnya dan sediakan peguam sekali. Datin Karmila dan Dhya enggan membantu, tuan. Terima kasih."

Mesej panjang lebar itu aku baca berulangkali. Aku terkejut. Terasa ketar seluruh tubuh. Walaupun dia hanyalah mama tiriku, namun aku juga manusia yang masih berfikiran waras dan mempunyai rasa simpati.

"Ya Allah... apakah ujian-Mu pada kali ini." aku mengurut-urut dada sambil beristighfar kepada-Nya.

"Kenapa Tuan Cairil?" tanya Joanna.

"Tak ada apa-apa, I need to go now, see you again," aku berdalih.

...

Pesawat Emirates Airlines ke Chales De Gaulle, Paris bersedia berlepas bila-bila masa sahaja lagi. Kapten pesawat hanya menunggu arahan dari menara kawalan trafik udara untuk memulakan take-off. Aku terpaksa menekan butang telefon bimbitku ke flight mode seperti yang diarahkan oleh ketua pramugari ketika memberi pengumuman sebentar tadi. Perjalanan selama tujuh jam ini membuatkan aku semakin tidak tenteram memikirkan senjata api yang ditemui oleh pihak polis itu.

"Apakah motif mama ada senjata api? pistol? jangan-jangan... argh, mengarutlah!" aku berteka-teki. 

Lalu kuteringatkan kes kematian Wak Karjo dua bulan yang lalu. 

"Adakah mama pembunuh?"

Pesawat mula bergerak laju untuk take-off dan meninggalkan bumi Dubai. Kutinggalkan juga Joanna, ketua pramugari Emirates Airlines di kafe itu tadi dengan saling bertukar-tukar nombor telefon. Kebetulan, dia akan ke Paris pada minggu hadapan. Jadi sempatlah aku berjumpa dengannya di sana nanti.

Usai menikmati hidangan yang disediakan, aku menghidupkan wi-fi untuk menghubungi Pak Ayub. Aplikasi whatsapp dibuka.

"Salam, Maaf baru sempat nak reply mesej Pak Ayub. Pesawat baru saja berlepas dari Dubai ni. Kalau datin atau pihak polis call, Pak Ayub bagitahu yang saya tak akan menjaminnya. Biar siasatan dijalankan sampai selesai. Muktamad. Satu lagi, jangan beri nombor baharu saya ni pada datin. Saya tak mahu diganggu. Saya bukan kejam sampai tak nak menjamin datin, tapi pistol tu pun polis jumpa dalam beg tangan dia. Harap Pak Ayub faham. Terima Kasih."

Butang send ditekan.

"Wak Karjo, semoga tenang di sana... amin," doaku.

Entah kenapa aku teringatkan dia. 

"Adakah kematian Wak Karjo ada kaitan dengan pistol tu? tapi, sewaktu tembakan dilepaskan, mama ada di biliknya," aku membuat kesimpulan.

Bulan lepas, Inspektor Rashid ada menghubungiku berkaitan kes Wak Karjo. Menurutnya, siasatan mendapati kematiannya diklasifikasikan sebagai mati dibunuh. Cuma senjata yang digunakan dan kelongsong peluru tidak ditemui di tempat kejadian. Lebih menyedihkan, dia ditembak dari jarak dekat iaitu kira-kira satu meter sahaja. Sudah pasti, Wak Karjo mengenali pembunuh itu berdasarkan beberapa fakta kes.

Selimut ditarik, kerusi pula diturunkan semaksima mungkin. Aku memerlukan rehat yang secukupnya. Tambahan pula, penerbangan masih jauh. Hati pula kegirangan untuk menghirup udara Kota Paris buat kali keduanya. 

----------

HAI! BERMINAT DENGAN PENULISAN SAYA? BERILAH SOKONGAN ANDA DENGAN MENINGGALKAN KOMEN DI BAWAH. TERIMA KASIH!

----------


Previous: KHIANAT
Next: PARIS

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.