Home Novel Cinta AKU vs AKU
Episod 45

          “Zeel, Roza panggil,” beritahu Yuyu.

          Zeel angguk. “Okey, awak duduk lasini. Mesti penat layan Roza dari tadi.” Zeel pandang Roza yang masih duduk dimeja perbincangan, di sudut yang agak jauh dari situ. Dia cepat-cepat bangun.Yuyu dipandang.

          Yuyu terpaku seketika.

          Najmi pandang Kayla. Berharap Kaylafaham niat Zeel mahu dekatkan mereka.

          Yuyu mengangguk perlahan. Dia pun dahpenat beri pendapat kepada Roza tadi. Biar Zeel pula yang uruskan bakalisterinya itu.

          “Apa masalah kawan awak tu?” tanyaNajmi setelah Kaylanya duduk.

          “Sikit,” jawab Yuyu.

          Najmi angguk faham.

          “Ada masa pulak teman kan Zeel. Harini tak kerja ke?” tanya Yuyu sambil mencapai mineral cawan yang sedia ada atasmeja kaca depan mereka itu. Nak berbual pasal apa dengan Najmi? Dia pun taktahu. Dua minggu kebelakangan ni Najmi langsung tak hubungi dia. Dia ingatNajmi sibuk bekerja? Sebenarnya dia nak sangat tahu ke mana Najmi menghilang.

          Najmi memerhati. Boleh dia tolongcucukkan penyedut tu? Dia nak layan Kayla seistimewa yang boleh.

          “Najmi,” Yuyu pandang Najmi yangkelihatan masih terpegun memerhatinya. Mineral cawan yang tinggal sedikitdiletak atas meja semula.

          “Ye...” Najmi tersedar dari lamunan.

“Harini awak tak kerja?” tanya Yuyu sekali lagi.

“Tak.Cuti,” beritahu Najmi.

          Yuyu mengangguk perlahan.

“Selainmodel, apa kerja awak?” Dulu Najmi tanya dia. Sekarang giliran dia pula.

          “Em... kerja biasa-biasa je. Saya taksehebat Zeel.” Najmi merendah diri.

          “Ooo... Kerja sebagai apa tu?” Yuyutetap mahu tahu.

          “Despatch,”jawab Najmi pantas. Entah mana datang idea tu.

          Despatch?!Yuyu tak percaya. Dari penilaiannya, dia yakin Najmi tipu. Despatch dengan kasut berharga hampir 500? Jam tangan mencecahharga 10 ribu? Mengarut! Dia yang jadi model sambilan pun tak mampu pakai semuatu. ‘Hantar dadah ke?’ tanya hati Yuyu.

          “Kenapa?” Najmi tak sedap hatidipandang pelik. ‘Kayla ni jenis perempuan yang pentingkan duit ke? Kalau diatak ada kerja yang bagus, Kayla tak suka?’ Hatinya tertanya sendiri.

          Di sebalik niqab Yuyu tersenyum.

“Takada apa. Cuma saya rasa awak bergurau.” Yuyu tak nak Najmi kecil hati.

          Kening Najmi terangkat. Yuyu takpercaya dia despatch je? Belum sempatNajmi betulkan pembohongannya Roza panggil Yuyu semula.

          Yuyu bangun dari duduk. Najmidipandang seketika sebelum berlalu mendapatkan Roza.

          Najmi tersandar di kerusi dan mengeluhsendiri. Sangkanya dengan merendah diri Kayla suka. 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.