Home Novel Cinta AKU vs AKU
Episod 18

FLORAKafe, Jalan Ampang mula kelihatan sibuk dengan kru produksi yang sedangberusaha menyiapkan tugas memasang peralatan fotografi. Sebuah syarikat pakaianMuslimah telah menyewa bahagian menarik kafe itu sebagai sudut rakaman.Model-model yang mengayakan busana mereka akan beraksi sebentar lagi. Jam 9.00pagi begitu tidak sesak dengan orang ramai, sesi penggambaran mungkin menjadimudah. Mungkin juga sebelum jam 12.00 tengah hari nanti penggambaran dirancang akanselesai.

          “Hai,” sapa Najmi. Sarah tak salahmemberi maklumat. Eric memang akan menjalankan fotografi di situ.

          Eric angkat muka dari menatap kertastugasan hari itu. Kehadiran Najmi berdekatan mejanya mencuri tumpuan. Najmiyang masih tersenyum dipandang.

“Hei,”balas Eric seakan boleh menduga tujuan Najmi muncul di situ. Mereka bertukarsalam sebelum mempelawa Najmi untuk duduk.

“Dahsarapan?” tanya Eric. “Kalau belum, silakan,” tangan dihalakan ke pintu kafe.Hari itu syarikat yang mengupah mereka telah meminta pihak kafe menyediakansarapan pagi buat kru dan model yang terlibat. Semua itu perlu dibayar mahaldan logik juga kalau harga busana yang bakal dijual syarikat itu nanti mencecahratusan ringgit. Semua tu kerana mahu menampung kos iklan yang agak besar.Meminta pemilik kafe menutup pintu kafe itu separuh hari juga memerlukan kosyang besar. Eric tersenyum dalam hati. Hanya mereka terlibat saja faham kenapaharga pakaian yang menggunakan khidmat model seperti itu lebih mahal dandikatakan tak masuk akal.

          Najmi tak jawab. Dia pandang kawasansekeliling.

“Diadah datang?”

          Eric menggeleng.

“Belum.Mungkin sekejap lagi.” Dia yang dimaksudkan Najmi itu pasti tidak lain adalah Kayla.Eric sudah berusaha merisik nombor telefon gadis itu daripada adiknya, tapiternyata tidak mendapat kerjasama. Biarpun berkali-kali sudah dinyatakan hanyamahu menyimpan nombor gadis itu sebagai kenalan saja. Sophie tetap tidak percaya.Jika Eric perlukan Kayla sebagai modelnya Sophie sendiri yang akan menghubungigadis itu. Bererti usaha Eric gagal.

          “Apa pendapat kau tentang dia?” tanyaNajmi ingin tahu. Eric dipandang.

          “Dia profesional,” jawab Eric kembalimenatap kertas di hadapannya. Dia menilai Kayla hanya dari sudut kerjaya. Tapidia tahu pertanyaan Najmi lebih kepada seorang jejaka yang mula jatuh cintakepada gadis idaman.

“Mukadia selalu sesuai untuk majalah yang nakkan model Muslimah,” tambah Eric. Diamerancang mahu mencadangkan nama Kayla kepada beberapa majalah fesyen. Manalahtahu mereka suka dan bersetuju mengambilnya sebagai model muka depan, tentunyadia yang menjadi orang tengah juga akan mendapat habuan. Dia pun kena pandaicari duit tepi juga. Jika tidak kehidupan mewahnya akan sedikit terjejas.

          “Yang tu aku dah tahu. Mungkin adayang lebih baik dari tu tentang dia yang kau tahu?” kata Najmi. “Mungkintentang latar belakang dia?” tetap saja dia berusaha mencari tahu tentangKayla.

          Eric merenung Najmi. Najmi memang takpandai sembunyikan rasa hati.

“Maaf,Naj. Selain dari hal kerja, aku tak pernah ambil tahu hal peribadi mana-manamodel yang bekerja dengan aku,” beritahu Eric jujur. Tugasnya hanya mengambiltahu apa yang bakal berlaku di hadapan kamera, siapa model-modelnya di belakangkamera bukan lagi urusan dia.

Previous: Episod 17
Next: Episod 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.