Home Novel Cinta AKU vs AKU
Episod 44

Zeelrenung Najmi. Dia cakap A, Najmi pergi M. Susah!

          “Lagi satu, aku kena kenalkan Kaylakat mama aku sebelum dia kenalkan akau calon pilihan dia. Aku tak nak kahwinpaksa bro.”

          “Dahsyat juga mama kau tu... lepaspaksa kau berhenti kerja dan kerja dengan dia, sekarang nak kau kahwin dengancalon pilihan dia pulak?”

          “Paksa tu belum lagi. Tapi mungkinterjadi.” Kalaulah Zeel ada di tempatnya, mesti Zeel tahu macam mana kusutnyakehidupan dia kebelakangan ini. Hanya Kayla yang buat dia rasa tenang.

          “Kalau kau pilih Kayla, mama kau okeyke?” Zeel terfikir soal penerimaan Puan Sarimah pula. Biasanya ibu-ibu yangsuka mencarikan anak jodoh ni tak suka dengan pilihan anak mereka.

          “Mama aku tu tak la teruk sangat.Lagipun aku rasa dia okey. Kayla tu kan sopan. Sesuai la dengan aku yang handsome ni,” sempat saja Najmi pujidiri.

          “Blah la... Tak habis-habis nakperasan!” Zeel rasa nak muntah.

Najmiketawa.

“Kaucakap nak sedapkan hati sendiri je. Mama kau lain. Mama kau nak perempuan bijak.Macam mana kalau Kayla tu sekolah setakat SPM pun tak lepas? Cantik, anggun,bergaya dan sopan tapi sebenarnya tak capai impian mama kau. Kau rasa mama kauterima ke?” Zeel nak Najmi fikir semua tu.

Najmitelan liur. Zeel buat dia mati akal.

          “Kau jangan main-main Mi. Nanti dah kaubagi Kayla tu harapan, tau-tau mama kau tak setuju. Mahu terjun lombong Kaylananti,” tambah Zeel sengaja takutkan Najmi.

          Najmi pandang Zeel. Tak mungkinlahKayla tak lulus SPM. Dia percaya Kayla tu bijak dan luar biasa.

“Kaylakan kawan Roza, takkan kau tak tahu latar belakang dia?” termakan juga Najmi dengankata-kata Zeel.

          Zeel geleng. Kayla dia tak kenal!Kalau Yuyu dia tahu.

          “Kalau aku cakap Kayla tu dengan Rozasama je dua kali lima, kau percaya?”

          Najmi garu ketawa.

          “Tak mungkin la Zeel. Bakal bini kautu gila-gila. Kayla tu sopan.”

Serampula Zeel rasa. Najmi sukakan Kayla tanpa tahu siapa gadis tu sebenarnya. Zeelpicit dahi sendiri. Tak tahu apa bakal jadi nanti.

 

 

 

SEMENJAKZeel minta dia pura-pura jual mahal dengan Kayla memang Najmi buat. Tapi perancanganmanusia selalu tak mampu melangkaui takdir. Buktinya hari tu. Najmi gagal tahandiri dari ikut Zeel ke butik pengantin. Dari jauh Najmi duduk di sebelah Zeeldan perhatikan Kayla yang sedang menemani Roza berbincang dengan tukang jahit.Zeel dan Roza ada seisi fitting bajupengantin.

          “Perempuan kalau buat sesuatuberkaitan pakaian atau solekan memang lama,” omel Zeel mula bosan. Hampir 20minit dia selesai mencuba pakaian pengantin tapi Roza tak habis lagi. Masih nakprotes tukang jahit butik tu.

          Najmi senyum sebelah bibir.

“Biasala tu. Kahwin kan hari besar orang perempuan, semuanya dia nak nampak perfect. Kau bagi can je la. Sebab lepasjadi bini kau nanti ada banyak lagi pengorbanan yang Roza kena buat untukbahagiakan kau. Contohnya beranak.” Najmi cuba memahami.

          Zeel garu belakang kepala. Kenapa tadidia tak datang lambat, biar Yuyu aje teman Roza berbincang sampai selesai.Semua ni salah  Najmi. Tahu aje Yuyu adasama tak menyempat nak ke situ! Nak jumpa Kayla konon.

Katmana Kayla tu sekarang? Tu... kat sana, teman Roza dari tadi. Nasib baik diasempat beritahu Roza tentang Najmi, kalau tak entah apa jadi pada ‘Kayla’ tuagaknya. Jadi ‘kayu.’. Zeel tunjuk muka bosan.  

“ sini tu,” bisik Najmi gembira. Matanya dari tadi tak boleh lepaskansetiap gerak-geri Kayla. Macamlah Kayla ke butik tu sebab dia.

Previous: Episod 43
Next: Episod 45

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.