Home Novel Cinta AKU vs AKU
Episod 04

Kadang-kadanganak yang diberi kasih sayang dan dijaga rapi orang tuanya juga jadi di luarjangkaan. Percaya la Roza tu budak baik, mak cik dia dah berusaha besarkan diadengan baik. Lagi pun Roza tu anak yatim piatu, kita kena sayang dia macam anaksendiri. Jangan lukakan hati dia dengan curiga awak tu. Berdosa,” tegur EncikKhalid panjang.

          Puan Anum hembus nafas berat. Diacakap tak nak percaya! Tak apa... tengoklah nanti. Mesti ada perkara yang takdisukai sedang dilakukan dua orang gadis tu. Dia yakin! Mata dijeling ketingkat atas. ‘Awas la! Kalau tertangkap nanti,’ bisik Puan Anum dalam hati.

 

PANTAStangan Roza memulas tombol pintu bilik Yuyu. Yeay! Tak berkunci. Terus dia melangkah masuk. Entah Yuyu tengahbuat apa?

          Yuyu terkejut. Dia yang leka memandangcermin hampir saja tertepis kotak barang perhiasannya di atas meja solek.

“Hoi!Gila apa kau masuk bilik orang tak ketuk pintu dulu? Kalau aku baru nak sarungbaju kecik tadi macam mana?” marah Yuyu perlahan. Matanya galak memandang Roza.‘Jenis kawan tak makan saman!’ cemuh hatinya.

          Roza tergelak kecil.

“Kaula gila kalau tengah pakai baju kecik tak reti nak kunci pintu,” balasnyaselamba.

“Kautu dah kenapa? Macam orang tengah buat dosa sampai terperanjat macam tu?”Reaksi Yuyu mencurigakan.

Yuyutak jawab. Kotak berisi segala jenis pin tudung di tutup.

“Harini kau nampak terlebih cantik pulak,” puji Roza sambil mengambil tempat di tepikatil. Dia tersenyum membayangkan sesuatu yang besar bakal berlaku dalamkerjaya model Yuyu.

          “Kau tak payah nak buat senyum misterimacam tu. Aku tengah nervous ni,”tegur Yuyu. Mata dipejamkan dan nafas ditarik dalam-dalam sebelum menghembuskeluar. Memang hari tu lain. Macam ada sesuatu bakal berlaku. Sayangnya diabukan Nujum nak tilik nasib sendiri.

          Roza sengetkan mulut.

Nervous? Jangan nak buat aku ketawa la.Kau dah lalui semua ni sejak dari zaman kolej lagi.” Roza kian terbiasa menjadipengurus tak rasmi Yuyu.

          “Memang la bukan pertama kali. Tapikau kena ingat... dulu umi pernah tangkap aku dalam katalog baju.Berbulan-bulan dia suruh Abang Aid spyaku, walau masa tu aku cakap dah tak buat lagi.”

“Tuzaman kolej la. Kita muda lagi. Adat la kalau umi risau. Masa tu kalau kawan-kawancikgu dia tak sibuk tunjuk katalog baju yang ada muka kau tu, umi pun takkantau. Umi tu bukannya suka beli baju dari katalog.” Roza sedikit mencebik. Dulumereka lurus, sah-sah kantoi. Sekarang lain. Mereka dah dewasa dan pandai`makan`, pandai simpan. Dah tak sepahkan bekas makanan lagi.

“Akutakut wei... kali ni muka aku keluar TV. Majalah. Katalog baju memang umi taklayan tapi majalah dia layan. TV pun dia tengok. Macam mana kalau dia kenalmuka aku nanti?” kata Yuyu perlahan. Bimbang ada yang terdengar perbualanmereka.

          “Yu... berhenti la takutkan dirisendiri tu. Kau dalam wajah Kayla tak ada siapa pun yang akan tau...” Rozakalau tak rapat dengan Yuyu pun tak tahu siapa Kayla tu sebenarnya, ini pulakorang lain. Teknik mekap sekarang memang canggih sangat. Sampai berjaya tukarwajah seseorang jadi lain. Dulu Puan Anum dapat tangkap Yuyu sebabpenampilannya tak berubah, sekarang lain.

          Yuyu tetap resah.

“Taknak pergi boleh tak?” Dia buat muka sengal.

          “Yang tu betul punya gila! Kalau kenasaman nanti umi yang tak tau pun boleh tau. Kau nak ke macam tu? Bila umi tau,kali ni jangan mimpi dia maafkan kau.”

“Memangtak boleh nak patah belakang,” keluh Yuyu. Rasa lemah aje denyut nadinya.

“Dah,jangan risau. Kau bila bertukar jadi Kayla, ibarat pontianak bertukar jadibidadari. Jauh beza... Mana ada orang kenal lagi.”

“Apadia?! Kalau muka aku macam ni, aku nampak teruk ye?” Ada ke dia disamakandengan hantu. Sengal punya kawan!

Rozatayang gigi. “Aku bagi contoh aje. Lagipun tadi aku dah bagi tahu umi hari nikau ada interview. Pandai-pandai kaula nak ‘goreng’ apa kejap lagi.”

          “Hah!” Yuyu tepuk dahi. “Ish! Kau ni pandai-pandaila,” marahnya. Ini kawan bukan nak tolong selesaikan masalah. Tapi menambah!

          “Sekarang kau tak kerja. Tu je laalasan yang sesuai untuk kau keluar bila ada tawaran macam ni.”

          Yuyu tadah tangan ke atas. “Semogasemuanya baik-baik aje,” doanya.

Previous: Episod 03
Next: Episod 05

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.