Home Novel Cinta AKU vs AKU
Episod 12

“Adasatu lagi masalah baru mama aku timbulkan,” beritahu Najmi. Kalau dia bolehbantah pasti dibuat, tapi nampak gayanya dia hanya boleh melarikan diri saja.

          “Ada lagi?” Zeel pandang Najmi denganmuka tak percaya. Kesian betul kawannya itu dah besar begitu pun masih jugadikawal ibu.

          Najmi angguk.

          “Apa pulak tu?”

          “Kahwin.”

          “Kahwin?”

          Najmi sengetkan bibirnya dengan mukakurang senang. Agaknya bila umur seorang anak tu dah mencapai angka 30 tahundan masih belum bertemu jodoh memang merisaukan perasaan ibu bapa ke? Dia takfaham.

“Setakatni dah dua puluh orang perempuan yang mama aku kenenkan aku tolak.” wajah Kaylamelintasi fikiran Najmi lagi.

“Kalauperempuan tu model yang aku jumpa siang tadi, mesti aku tak tolak,” tanpa sedarNajmi mengucapkan kata-kata itu.

          “Kau ni betul-betul dah kena sampuk.Ni kali kedua kau cakap pasal model tu. Biasanya kau kalau cakap pasalperempuan sekali aje. Cuba cerita sikit.” Apa kehebatan gadis itu sampai Najmigagal melupakannya?

          “Aku tak tahu kenapa aku suka sangatmata dia. Mata dia cantik. Macam ada pelangi,” puji Najmi.

          “Sah! Kau ni dah kena sampuk. Sampukcinta. Eh, tapi kalau kau rasa dia okey, apa lagi? Pikat la cepat sebelum mamakau pulak buat pilihan,” suruh Zeel.

          Najmi mengeluh kecil. “Mama aku pilihperempuan yang sopan ala-ala gadis Melayu terakhir aje. Yang kurang bersolek dan pandai urus rumah tangga.Kalau macam Kayla tu, jelas-jelas dia tolak. Apa lagi model. Mama aku tu fahamsangat dah cara hidup model ni,” keluh Najmi. Kalau dia mahukan Kayla, dia kenatukar kerjaya Kayla tu dulu. Masalahnya sekarang dia saja yang suka.Entah-entah Kayla sudah ada yang punya. Pak Arab atau abang janggut manalahyang bertuah menawan hati Kayla agaknya. Najmi sedikit kecewa.

          “Kayla?” Zeel renung Najmi. Namaseorang model memang menarik.

          Najmi angguk. 

          “Kau ada nombor telefon dia? Kalau adamulakan langkah pertama. Ajak dia keluar,” suruh Zeel.

          “Sayangnya, aku hanya tahu nama dia je.Lain-lain tentang dia langsung tak ada,” sekali lagi Najmi rasa hampa.

          “Aiseyh kawan...” Zeel turut mengeluhhampa. Najmi ni lambat sangat bertindak. Dia menggeleng dan mengalih pandanganke permaidani yang terhampar atas lantai marmar. Untuk seketika mereka diammelayan fikiran.

          “Kau nak cuba cari dia tak?” Adasesuatu dalam fikiran Zeel.

          Najmi tegakkan badan. Zeel dipandang.

“Nakcari kat mana? JPN? Balai polis?” tanyanya dungu. Bukan mudah nak cari manusiatanpa sebarang punca. Orang hilang yang diketahui latar belakangnya tu punsukar ditemui.

          Zeel ketawa dan menggeleng. “Cari kat lamansosial. Facebook, Instagram, mungkin juga Twitter,” jawabnya. Bukan ke menjadikebiasaan model-model ada akaun sosial sendiri.

          Najmi kembali bersandar. “Aku takmainlah benda-benda macam tu,” beritahunya. Rimas terlalu ramai perempuan yangmahu menjadi kawannya. Ada macam-macam ragam dan kurang menyenangkan.

          “Kau tak main, mungkin Kayla main.Biasanya perempuankan suka kongsi hidup dia orang kat laman sosial. Cuba la kaucari,” kadang-kadang Zeel rasa Najmi ni dah semakin lembab. Agaknya kalau lebihlama berada di Hola Megazine, boleh hilang ingatan kawannya itu.

          “Kau ingat sikit ke perempuan namaKayla dalam laman sosial tu? Ramai la! Malas aku nak tengok muka sorang-sorangsampai jumpa Kayla yang aku cari tu,” tolak Najmi tak berminat. Lagipun dia dahminta tolong Eric untuk dapatkan nombor telefon Kayla. Tunggu sajalah.

          “Orang bagi kerja senang tak nak. Akupun tak boleh nak tolong dah. Daripada kau fikirkan Kayla tu sampai masuk dalammimpi kau nanti, elok kau minum kopi yang aku buat tu. Dah sejuk.” Zeelmencapai muknya. Malas mahu melayan Najmi lagi. ‘Kalau dah pandai jangan tanyapendapat orang lain lagi!’ bentak hatinya.

Previous: Episod 11
Next: Episod 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.