Home Novel Cinta AKU vs AKU
Episod 32

STADTHUYSmerah, bangunan yang menjadi lambang sejarah penaklukan Belanda ke atas Melakabelum lepas dari pandangan mata Zeel. Lama juga dia tidak ke Melaka, kalaubukan kerana Najmi memaksa tak mahu dia mengambil cuti yang ada. Bukan Najmitak tahu dia perlu menyimpan cuti untuk hari perkahwinannya nanti.

          Sewaktu bersekolah di MRSM Terendakdulu, kerap juga mereka bersiar-siar di persekitaran Bandar Hilir. Kalaubangunan peninggalan Belanda itu bernyawa pasti bangunan itu akan beritahubetapa jemunya melihat mereka melepak di situ. Tapi dari dulu sampai sekarangZeel rasa bumi Melaka itu bagaikan kurang disirami hujan. Tengok sajalah hariitu suhu panasnya masih menggigit seperti waktu dulu. Mereka menaiki anaktangga menuju ke A Famosa pula.

          Sampai saja di atas bukit yangmenempatkan A Famosa Najmi menyiku Zeel. Walau penat menghitung anak tangga hinggake atas, sebaik terpandang apa yang dicari hatinya tersenyum riang.

“Tengok.Aku rasa tu dia orang,” kata Najmi dan memandang arah yang dimaksudkan.

          Zeel menoleh ke arah kru penggambaranyang sedang bekerja. Kelihatan juga beberapa orang model sedang beraksi dihadapan lensa kamera dua orang juru gambar. ‘Eh, tu bukan ke...?’ tanya hatiZeel sambil matanya tak melepaskan seorang gadis yang sedang duduk berbual.

          Najmi senyum puas hati. Untuk kaliseterusnya dia berjaya merisik khabar tempat dan waktu kerja Kayla. Meja dibawah payung besar dihampiri.

“Diacantik kan?” kata Najmi sambil matanya memerhatikan Kayla.

          Zeel rasa lain macam bila Najmi pujiRoza cantik.

          Kehadiran Zeel mengejutkan Roza. Macammana tunangnya boleh ada kat situ? Mulut yang ternganga Roza tutup dengantangan. Dia bangun dari duduk dan mendapatkan Zeel.

“Awakbuat apa kat sini?” tanya Roza setelah berdiri betul-betul di hadapan Zeel.

          “Teman kawan,” jawab Zeel yang  juga ingin bertanya perkara sama.

          “Kawan?” tanya Roza sebelum Najmiberpaling memandangnya. Mata Roza membulat.

“Najmi?”jarinya menuding Najmi. Dalam hati dia boleh teka kalau-kalau sebab yang membawaNajmi ke situ.

          “Kenal ke?” tanya Zeel bertambahkurang senang melihat Roza senyum simpul memandang Najmi. Lebih teruk dia takpernah tahu Roza dan Najmi juga saling kenal. Selama ini bukan main lagi diasorokkan kekasih sendiri daripada semua kawan-kawannya, alih-alih dunia ni jadisebesar tapak tangan aje. Hisy!

          Najmi dan Roza mengangguk serentak.Mereka saling berbalas senyuman. Sakit mata Zeel melihat kemesraan itu. Diacemburu? Mestilah! Roza bakal isterinya. Sejauh mana hubungan Najmi dan Roza?Dia kena tahu.

          “Mi, jangan nak menggada sangat. Rozani tunang aku,” beritahu Zeel perlahan. Kalau Roza tak pernah beritahu Najmitentang pertunangan mereka atau Roza mengaku masih belum berpunya, itu Rozapunya pasal. Yang dia tahu, dia ada hak mempertahankan ikatan pertunanganmereka.

          “Laa... ye ke? Kenapa tak beritahu akudulu lagi?” balas Najmi terkilan Zeel tak pernah menjemputnya pada haripertunangan mereka. Kalau tak lama dulu lagi dia dah kenal Kayla.

“Kalaudari dulu kau kenalkan kita orang mesti situasi hari berbeza,” kata Najmi.Sebenarnya dia dan Kayla tak lah jauh sangat. Terselindung di sebalik Zeel danRoza saja.

          “Kenapa pulak macam tu?” kata-kataNajmi buat Zeel pelik.

          “Sebab Roza dan dia dekat,” jawapNajmi. Dia curi pandang Kayla.

          Roza tersengih dengar jawapan Najmi.

          “Kau pun tak pernah beritahu aku kaukenal tunang aku,” protes Zeel curiga.

Previous: Episod 31
Next: Episod 33

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.