Home Novel Cinta AKU vs AKU
Episod 40

HAMPIRdua minggu tak muncul di situ akhirnya Roza menjelma juga. Datang bersama kadjemputan perkahwinannya. Dia bukan sekadar datang nak hantar kad undangan tapijuga nak meminta kebenaran Puan Anum supaya Yuyu teman dia hantar kad kepadakawan-kawan yang lain pula.

PuanAnum tersenyum nipis. Akhirnya Roza bertemu jodoh dan dia tumpang gembira.Semoga lelaki yang jadi suami Roza nanti akan jaga Roza baik-baik. Lepas ni mungkinjuga Roza tak ada banyak masa lagi nak teman Yuyu ke sana sini. Maknanya kalaulepas ini Yuyu masih cari helah nak keluar dan pulang lewat, dia dah boleh tekayang sebenarnya Yuyu keluar jumpa seseorang. Seseorang yang istimewa. Cintaakan buat kekasih jadi resah kalau tak dapat bertentang mata. Yuyu pasti tertangkap.

          “Naknya lepas ni giliran Yuyu la pulak,”kata Puan Anum. Sengaja nak tengok reaksi Yuyu.

          Roza pandang Yuyu. ‘Nasib kau la Yu.Kalau lambat lagi kau bagi Najmi peluang, lama lagi la kau kena hadapa curigaumi ni. Aku pun tak boleh nak tolong,’ bisiknya dalam hati.

Yuyubuat tak dengar. Sepuluh pun kad jemputan kahwin sampai ke rumah tu, itu jugalahyang akan didengarnya. Dia dah mula lali.

          “Umi tak harap Yuyu cari lelakikaya-raya. Yang sederhana pun umi terima. Pentingnya dia baik, bukan kaki pukuldan boleh bimbing Yuyu ke jalan yang benar,” tekan Puan Anum. Buat masa ni diatak kawal siapa pilihan Yuyu.

          “Yu, umi dah bagi green light. Cepat la keluarkan borang calon menantu,” sakat Roza.

          “Ish! Jangan mengarutlah!” marah Yuyu.Namun hatinya lega juga dengar kata-kata Puan Anum. Lepas ni bolehlah dia dan Najmipergi lebih jauh sikit. Kebelakangan ni dia gembira kawan dengan Najmi. Hati selaluada rasa nak lebih dekat dan dekat lagi. Tanpa sedar Yuyu ukir senyum.

          “Kau senyum-senyum tu kenapa? Dah rasanak kahwin jugak ke?” tegur Roza.

Yuyugigit bibir bawah. Betul ke dia senyum sendiri? Roza ni kan...

 “Kahwin awal tu bagus. Boleh elak benda-bendatak sepatutnya jadi.”

          “Nak berlagak la pulak... Aku doa kautak jadi kahwin nanti baru padan muka!” balas Yuyu.

          “Ish, Yuyu!” tegur Puan Anum.

“Betulla cakap Roza tu,” sokong Puan Anum kemudian. Dia pun nampak Yuyu senyummeleret tadi. Betullah tu, agaknyaYuyu dah ada teman lelaki?

          “Itu pendapat dia, umi. Yuyu lain... Kalaukahwin awal setakat alasan nak elak hal yang bukan-bukan jadi, elok jangankahwin. Kalau nak kahwin awal, siapkan la diri dengan ilmu rumah tangga dulu.Masa tu ramai yang tak sempat pun nak datingsebab ada kelas dengan ustaz atau ustazah, benda tak baik pun tak jadi,” hujahYuyu sengaja sindir Roza. Kalau setakat dengar ceramah untuk dapatkan sijilkursus kahwin aje dia pun boleh. Dia tak suka bertopengkan agama demi mencapaisesuatu hajat. Dalam hidup apa saja perlukan langkah awal. Kalau dah rajinsangat nak ada pasangan, rajin jugalah pergi belajar bab tanggungjawab dalamperkahwinan, bukan kahwin dulu belajar kemudian. Itu memperjudikan nasibperkahwinan namanya.

          “Pandai sangat bercakap ni, kamu dahbuat semua tu? Esok-esok kalau jatuh cinta sampai mabuk laut tak ingat apa yangkamu cakap tu, siap!” Bebel Puan Anum.

          Roza pandang Yuyu dan tersengih. Padanmuka!

          “Yuyu ni umi, walaupun sibuk sangatdan kadang-kadang kena buat kerja lebih waktu, selalu je buka buku agama.Dengar ceramah agama kat youtube tutengah-tengah malam. Ambil tahu juga la peranan isteri dan ibu dari sudutagama,” jawab Yuyu tak nak kalah. Sebenarnya tak lah selalu, sesekali aje diabuat semua tu. Tapi dalam bab mendalami tanggungjawab dan peranan suami isteridalam sebuah perkahwinan menurut Islam dia serius.

Previous: Episod 39
Next: Episod 41

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.