Home Novel Cinta AKU vs AKU
Episod 28

“Ma...Najmi takkan seronok bekerja dengan PA lelaki,” bantah Sarah.

          “Yang kita cari bakat, bukankeseronokan,” balas Puan Sarimah.

          “Yang mama nak pujuk untuk suka buatkerja kat sini tu Najmi, kena pandai main taktik juga ma,” balas Sarah.

          Puan Sarimah merenung Sarah seketika.

“Ikutsuka kamu. Mama tak kisah soal PA tu. Itu aje mama nak cakap. Tolong call Najmi dan sampaikan pesanan mamatadi.” Puan Sarimah tarik senyum sebelum mengambil beg tangannya di atas mejadan berlalu meninggalkan bangunan Hola Magazine. Senang rasa hatinya hari itu.Sarah pula yang rasa sesak nafas.

 

 

 

BIARPUNotak semakin tepu. Najmi tetap tiada pilihan. Tugasan yang diberikan Sarahmesti segera selesai. Dibantu oleh seorang editor senior gambar-gambar yangperlu disunting cuba dibuat sebaik mungkin. Setiap kali ada saja perkara baruyang perlu dipelajari. Melakukan pekerjaan yang tiada di hati bukanlah mudah,berkali-kali juga dia putus asa dan lepaskan tanggungjawab itu kepada editorsenior yang membantunya. Dia sedar editor itu juga ada tanggungjawab lain dankurang senang menyudahkan pekerjaannya. Tapi kalau terus mendera diri di situdia akan gila. Telefon pintarnya pula berbunyi. Najmi melepaskan keluhan. Skrindipandang. Sarah?

          “Hai, sibuk ke?” tanya Sarah setelahNajmi menjawab panggilan.

          “Tak la, aku tengah menyanyi,” jawabNajmi sambil memberi isyarat supaya Airis yang membantunya keluar dari bilikitu seketika.

          Sarah ketawa kecil. Dia tahu Najmi tertekan.Kerja-kerja menyunting gambar yang diberi tu tak lah susah mana.

          “Kau nak apa?” tanya Najmi tiada masanak layan kakaknya itu terlalu lama. Dia kena sudahkan kerjanya hari itu juga. Salahdia juga buat semua tu tertangguh. Leka sangat mencari maklumat mengenai Kaylatapi masih juga belum positif. Kerana Kayla dia mendaftar akaun IG, sudah juga menghantar mesej ke kotakpesanan tapi Kayla macam tak terima mesejnya aje.

          “Dah dua hari aku cari kau tapi kauhilang entah ke mana,” bebel Sarah. “Mama ada pesan untuk kau.”

          Najmi bersandar pada kerusinya. Diaboleh jangka apa yang Sarah nak sampaikan petang tu.

“Macamdah tahu aje apa yang kau nak cakap tu.”

          “Apa lagi? pasal calon wife kau la,” tak perlu berbelit-belitbercakap dengan Najmi. Adiknya itu bijak meneka.

          Najmi diam.

          “Mama kata dia jumpa sorang lagi calon,”beritahu Sarah.

          “Dan mama kata gadis tu sesuai untukaku, kan?”

‘Macamla mama tak ada kerja lain. Mungkin lepas ni mama patut terbitkan majalahmencari jodoh pulak. Biar mama yang uruskan, memang ramai pasangan bakal dapatjodoh yang serasi nanti,’ hati Najmi terbakar.

          “Ha’ah. Mama rancang nak ajak kau dandia makan malam kat rumah kita. Boleh kenal-kenal,” beritahu Sarah lagi.

          “Bila?” tanya Najmi. Dia wajibmengelak pertemuan tu. Buat apa beri harapan pada gadis yang tidak disukai.

          “Minggu depan. Pesan mama lagi, kaumesti ada!”

          Najmi hembus nafas.

“Tengokla macam mana nanti. Aku tak janji.”

          “Mi, jangan la macam tu. Sekali niikut la cakap mama. Mama bukan nak paksa kau kahwin pun,” pujuk Sarah.

          “Sekarang aku sibuk. Lain kali ajekita cakap pasal ni.” Najmi tamatkan panggilan. Dia ramas rambut sendiri.‘Kenapa la dengan mama ni? tak habis-habis!’ keluhnya dalam hati. Jam padaskrin komputer dilihat. Asar telah pun masuk waktu. Elok dia tunaikantanggungjawab lima waktu dahulu. Bilik itu segera ditinggalkan. Dia ke surau ditingkat sama dengan pejabatnya. Mengadu pada TUHAN dan memohon sedikit kelapanganfikiran adalah lebih baik berbanding termenung sendiri. 

Previous: Episod 27
Next: Episod 29

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.