Home Novel Cinta AKU vs AKU
Episod 17

“Diaambilkan air kotak, lepas tu selamba je pegang tangan aku. Terkejut aku,”cerita Yuyu mengenangkan apa yang berlaku di studio siang tadi.

          “Hah?!” Dah ada lelaki memikat Yuyu?Satu perkembangan baru. Roza tersenyum dalam hati.

          “Tau la dia banyak tolong aku sudahkanshooting tadi. Tapi tak payah la nakmenggatal,” adu Yuyu kecewa.

          “Oh, no! Kau ni...” tiba-tiba saja Roza menepuk kuat paha Yuyu. Geramdengan sikap jual mahal tak bertempat Yuyu.

          “Apa ni? Sakit la!” Marah Yuyuperlahan. Paha yang perit digosok-gosok. Sawan apa kawannya ni main pukul-pukulorang pula.

          “Kau ni lembab. Dia pegang tangan kausikit aje, kan? Mungkin juga dia tak sengaja. Tak payah la berkira. Kalau kauasyik macam ni aje bilanya nak ada boyfriend?”marah Roza.

          “Ah! Sikit tak sikit aku tetap taksuka lelaki sentuh aku ikut suka hati dia orang,” balas Yuyu masih denganpendiriannya. Lelaki jenis mudah sentuh perempuan yang tak apa-apa ikatan sahdengan mereka langsung tidak boleh dipercayai!

          Roza mengeluh. “Humm... Tak tahu laaku nak tolong kau ni macam mana. Nak bagi ustaz tak nak. Cerewet sangat!”

          “Bukan cerewet. Aku nak yangberkualiti,” balas Yuyu.

          “Lawak. Kau ingat manusia ni produk?”Roza ketawa kecil. “Kadang-kadang sikap suka menipu hati sendiri tu yang buatbanyak kali kau terlepas lelaki baik. Sebaik-baik manusia tetap ada sisihitamnya juga!” tekan Roza mengingatkan Yuyu.

“Nakcari barang baru dalam plastik konon. Pergi cari kat kilang anak patung la,”ejek Roza.

          Yuyu terdiam. Dia cerewet sangat ke?Wajah model lelaki yang namanya sudah terlupa dari ingatan menyapa memori.Tertarik ke dia pada lelaki tu? Sebelum lelaki tu ambil kesempatan deganmemegang tangannya, memang dia tertarik hati. Sebab tu dia tak berani mahumenatap mata lelaki itu lama-lama. Hatinya berdebar. Dia rasa tak selesa denganperasaan pelik tu.

“Roza,kalau tiba-tiba aku tersuka kat model lelaki tu macam mana?” Yuyu sekadarbertanya tanpa niat. Dia mahu tahu pendapat jujur Roza saja.

          Roza tergelak kecil sambil matanyamemandang bintang-bintang silikon yang cantik menghiasi siling bilik Yuyu.“Serius ke?”

          “Kan aku sebut perkataan KALAU.Maknanya tak serius la,” jawab Yuyu sedikit geram. Roza ni tak faham bahasa keapa?

          “Emm, kalau kau betul-betul TER-sukadia... tak payah la nak jual mahal sangat. Mula-mula buka la ruang sikit.Berkawan. Tengok perangai dan hati dia macam mana? kalau okey pergi jauh sikit,jadi kawan baik pula. Jangan la asal tengok handsomedan bergaya aje kau jatuh cinta. Silap hari bulan masuk dalam lubang. Kalauputus cinta dan kecewa boleh diubat lagi, kalau jadi bukan-bukan? Susah lajawabnya,” jawab Roza panjang. Mungkin model lelaki itu permulaan untuk Yuyumengorak langkah mencari pasangan serasi.

          Yuyu pantas mencebik. “Belum masa laaku layan cinta-cinta ni.” Dia takut menyimpan harapan dan risau pilihannyananti tidak direstui Puan Anum. Ada banyak perkara dalam hidupnya tidak bolehditentukan sesuka hati.

          “Ala main cinta aje, bukan apa. Kalauikut pengalaman aku sebelum bertunang, dah empat kali aku bercinta dan putus.Kau kena benarkan hati kau bermain cinta dulu. Biasa je kalau putus cinta tusakit. Tapi terus la bangun sampai jumpa jodoh kau,” nasihat Roza. Mungkin diajenis yang tak memberi perasaan sepenuhnya kepada kekasih, jadi bila putuscinta dia tak rasa teruk dan boleh bangun lagi. Rugi aje sayang kekasihlebih-lebih bila hubungan tak kesampaian kecewa panjang. Dia lebih sayangkandiri sendiri.

          “Aku tak nak berkali-kali jatuh cinta.Aku nak cinta pertama dan terakhir,” kata Yuyu. Masalahnya rasa bercinta pundia tak tahu, dia cakap aje.

          Roza tersengih. “Aku takut yangpertama pun kau tak berjaya nak mulakan.”

          Yuyu buat muka kerek. Apa punya kawanni mendoakan yang tak patut buat dirinya.

“Takkanla nasib aku macam tu punya malang.” Dia bingkas bangun dari baring danberjalan mendapatkan suis lampu. Lampu di padam. Tidur lebih baik dari fikirkanbenda belum jadi!

Previous: Episod 16
Next: Episod 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.