Home Novel Cinta AKU vs AKU
Episod 42

“Akurasa macam nak suruh kau berhenti dan turun tepi jalan la,” balas Yuyu.

          “Biasa la dah orang tak suka kitatumpang kereta dia nak buat macam mana.” Roza pura-pura merajuk. Cermin pandangbelakang ditengok. Jalan lengang, boleh aje kalau dia nak berhentikan kereta dibahu jalan.

          Yuyu menjeling geram. Roza nak simpatidan buat dia tak sampai hati la tu!  

“Kaula suka cari pasal! Tak memasal nanti aku kena menjawab,” protes Yuyu geram.

          “Tadi aku tersasul je. Tapi aku dah cover balik kan.” Roza bela diri.

          “Banyak la kau punya cover,” ejek Yuyu.

          Roza tarik nafas. “Okey, aku salah! Sorry.”

Yuyuhembus nafas. “Please la lain kali jangan tersasul hal berkaitan Najmi,” pintaYuyu.

Rozamengangguk. “Okey.”

Yuyucuba senyum. Untuk sekali itu dia percaya Roza takkan ulang kesilapan yangsama.

“Tapikan Yu, bila cakap pasal Najmi. Kau tau tak dia ada hati kat kau?” tanya Roza.Kereta Yuyu masih juga dipandu menuju Damansara. Tak jadi berhenti.

          “Tak tau pulak aku?” balas Yuyu. Diadan Najmi hanya berbalas mesej biasa aje setiap kali ber-whatsapp.

          “Zeel yang bagitau aku.”

          “Zeel kongsi hati dengan Najmi?!”

          Roza angguk. “Dia orang kan kawan baik.”

          “Najmi cakap apa kat Zeel?” Janganlahsemua perbualan mereka Najmi kongsi denan Zeel. Malu...

          “Zeel cakap, Najmi suka kau masakorang sama-sama shooting iklan dulu.Lepas tu dia cari la jalan nak dekat kau. Nasib baik Najmi kenal orang yangkenal kau jugak. Jadi, dapat la dia jumpa kau lagi,” cerita Roza.

          “Orang yang kenal aku?” Dahi Yuyuberkerut. “Siapa?”

          “Eric.”

          “Eric?!”

RozaAngguk.

DahiYuyu berkerut. Patutlah Najmi tiba-tiba muncul masa dia buat fotografi di FloraKafe dulu. Di Melaka juga. O... Konspirasi rupanya.

          “Sebenarnya kat Melaka dulu aku sempatkeluar dengan Najmi,” beritahu Yuyu.

          “Aku tau...”

          “Kau tau?!” Yuyu pandang Roza.

          “Semuanya kau tau. Bukan masa tu akubalik bilik sebelum kau balik ke?”

          “Memang la kau balik bilik dulu. Akupun tak tau hari tu kau orang sempat dating.Aku tau lepas Zeel cerita je. Tu pun Najmi yang bagitau Zeel,” jelas Roza.

          “Adeh! Najmi tu tak reti nak simpancerita ke?” Yuyu malu.

          “Kan aku dah cakap tadi, dia orang tukawan baik. Mungkin jugak sebab Najmi teruja dapat keluar dengan kau. Diakongsi la cerita. Macam kita juga la.”

          Yuyu mengangguk setuju.

“Sebenarnyaaku pun tak tau, aku suka Najmi ke tak,” beritahu Yuyu.

          “Kau dah mula rindu kan dia?”

          Yuyu senyum.

          “Kalau da senyum-senyum macam tu akufaham la tu.” Roza ikut senyum.

          Yuyu tak membalas lagi. Dia masih nak berteka-teki dengan perasaan sendiri.

Previous: Episod 41
Next: Episod 43

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.