Home Novel Cinta AKU vs AKU
Episod 02

“Akutakut,” adu Yuyu. Niqab ditanggalkan. Itulah dia dengan dua identiti berbeza.Dia gadis biasa. Bukan jenis berniqab dan berjubah sepanjang masa. Ada masagila-gila dan bercakap ikut mahu hati sendiri. Tapi Kayla, gadis ciptaannya itulemah-lembut. Kalau bercakap cukup perlahan dan sopan. Entah macam mana secarasemula jadi dia boleh mainkan dua watak. Skizofrenia ke apa?

          “Takut?” Yuyu di toleh sekilas. Nampaksangat muka gelisah tu. Roza senyum mengejek.

          “Takut masalah jadi lagi teruk. Kaulahpandai-pandai desak aku terima kontrak tu.”

          “Ada peluang pergi jauh kenapa naktolak?”

          “Peluang, peluang jugak. Sampai kitaasyik menipu je... Aku takut tersangkut!”

“Takkantersangkut la. Aku kan ada.” Roza berlagak bagai pelindung. Jangan peduli...Apa-apa jadi nanti dialah adiwira buat Yuyu.

“Akuni dah mula dicurigai. Kalau nanti tertangkap, mati laaa...”

          “Rileks la... Bukan kita tak biasahadap. Nanti pandai la aku nak cari akal. Dah banyak kali kita terlepas.Selamat aje... Esok kalau buat lagi pun kita masih selamat. Jangan risau!” selambabetul Roza menutur kata macam semua dalam kawalannya. Ingat dia pemilik takdirke?!

          “Sebab dah banyak kali la kenaberhenti sekejap! Kalau buat sekali lagi mungkin kita terperangkap!” ketenanganhati Yuyu makin hilang.

          “Dah tu kau nak berterus-terang? Kauingat dengan pencapaian kau hari ni akan jadi kebangaan? Kau akan dipuji-puji?Memang tak la kan?”

Yuyumengeluh lagi. Mana dia berani berterus-terang.

          “Kita bertindak la ikut keadaan.Lagipun kau bukan buat kerja jahat. TUHAN mesti tolong,” pujuk Roza.

          Terkelip-kelip Yuyu dengar kata-kataRoza. Memang dia tak buat kerja jahat. Tapi menipu tu perbuatan jahat! MimpilahTUHAN nak tolong! Masalah hanya selesai bila dia tinggalkan semua tu.

“Dahla, penat! Biar dulu hal tu,” balas Yuyu. Otak dia dah penat nak fikir. Baikmereka diam.

          “Karang kau sumbat benda lain dalamkepala tu pulak?”

“Manaada fikir apa,” balas Yuyu mendatar.

“Kekau fikir Oropel pulak?” teka Roza.

          “Eh, tak la.”   

          “Mana la tahu... tiba-tiba fikiranmelayang ingatkan orang kat sana.”

“Siapa?”dahi Yuyu berkerut. Sejak dia tinggalkan syarikat tu tak ada siapa pun yangmencuit memorinya untuk diingati. Pandai-pandai saja Roza berandaian.

 “Ash. Sebelum ni kau orang kan rapat.”

“Ash?”

Rozaangguk.

          “Hahaha... yang tu kelakar. Kita orangrapat sebab hal kerja je. Rasa aman pulak bila aku bukan kuli dia lagi,” Yuyu takkanbiarkan Ash mempergunakan kelebihan dirinya sesuka hati.

“Sekarangaku dah tak ada dalam Oropel. Pandai-pandai Ash la nak naikkan nama danprestasi kerja sendiri. Aku nak cari tempat yang tahu hargai semua penat lelahaku,” ujar Yuyu sedikit keras. Rasa sakit hati pada Ash boleh padamkan resahnyapada masalah lain.

“Kauberdendam dengan dia ke?”

“Tak...aku sakit hati je! Semua idea aku dia guna pakai. Sekali pun dia tak pernahterima kasih. Lelaki teruk macam tu memang tak la aku nak kenang.”

“Tapi...pernah tak kau fikir yang Ash tu mungkin ‘dia’ yang kau cari dalam hidup kauselama ni?”

          “Aku mana pernah mencari. Akumenunggu,” balas Yuyu.

          “Nak jadi penanti Agung?” ejek Roza.

Last sekali kerepot dan tua?” Rozatersengih dan geleng kepala.

          “Tak la sampai mereput. Cinta tudatang dengan banyak cara. Nanti adalah tu calon jodoh aku,” balas Yuyu tak nakkalah.

          “Harap-harap macam tu la.”

Ashmemang tak pandai betul pikat hati perempuan. Ada ke guna taktik penindasanuntuk mendekati Yuyu. Roza geleng perlahan.

Previous: Episod 01
Next: Episod 03

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.