Home Novel Cinta AKU vs AKU
Episod 11

Najmihampiri Zeel. Kerusi malas jadi pilihannya dan duduk.

“Harini sorang model buat hati aku berdebar.” Entah kenapa Kayla asyik muncul dalamfikirannya.

          Zeel buat tak dengar. Selama merekaberkenalan, perempuan dan Najmi bagaikan tiada magnet. Najmi suka mengusik danpernah rapat dengan ramai perempuan tapi belum seorang pun yang benar-benarmampu buat Najmi jatuh hati. Bermakna dari zaman MRSM, beralih ke zamanUniversiti dan ke hari itu, hati Najmi masih lagi belum berjaya ditembusicinta. Emm... entah gadis yang macam mana Najmi mahu? Zeel tak tahu.

          “Kerja kau kat Hola macam mana?” MalasZeel nak berbual tentang model yang Najmi temui. Pastinya dari jenis yang menggadadan kurang bermaruah, tergedik-gedik menarik perhatian lelaki.

          Najmi mendepangkan tangan sebelumtersandar dan memandang siling. Sungguhlah dia tiada hati mahu memikirkan soalpekerjaan yang tidak difahami itu. Hampir dua minggu belajar tentangselok-belok tugas seorang ketua editor satu pun tak lekat di kepalanya.Sudahnya Sarah juga yang terpaksa menyelesaikan tugas yang perlu dipelajari danselesaikan tu.

          “Belum ada kemajuan,” jawab Najmihambar.

          Ketawa Zeel hampir saja tersembur.Kepala digeleng beberapa kali. “Aku tak fikir kau boleh maju kalau hati danfikiran kau tak seiring nak buat semua tu.”

          Najmi mencebik. “Entah la. Mama aku tuyang beria nak aku buat semua tu. Aku ni jurutera kimia, tiba-tiba dipaksa jadieditor majalah. Tak ke jauh sangat perginya tu?” keluh Najmi tidak puas hati.Mamanya asyik saja cakap, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Masalahnyasekarang dia memang tak mahu dan bererti juga jalan yang mungkin ada tulangsung tak boleh dilihat.

          “Sama aje kau jadi model tu. Kan bezadengan jurusan kerja kau sebelum ni,” kata Zeel sambil matanya tertancap dikaca TV. Perlawanan bola tahun bila yang ditonton itu pun dia tak pasti.

          “Model tu hobi, lain. Kerja tukerjaya, nak kena buat betul-betul. Kalau tak poket aku berlubang, tak adaduit,” balas Najmi sedikit sesak nafas. Manalah dia boleh paksa diri untuk sukaapa yang dipaksa ibunya itu. Lainlah Sarah dan ibu mereka. Perempuan. Memangsuka fesyen dan majalah yang dipenuhi berita-berita kecantikan. Dia? Memangminta maaflah. Tepu otaknya setiap kali melangkah masuk ke syarikat penerbitan tu.

          “Apa alasan yang mama kau guna sampaiberjaya seret kau masuk Hola?” Zeel pelik juga dengan sikap Puan Sarimah yangtiba-tiba saja memaksa Najmi.

          “Dia kata tak suka tengok aku taklekat kat rumah. Kadang-kadang bila tertekan dengan kerja, aku dah tak ada rupamacam anak dia. Macam Tarzan.” Najmi membayangkan dirinya yang kemas danbergaya keluar dari rumah tetapi balik ke rumah dengan keadaan tidak terurus. Itusemua gara-gara kusut menyelesaikan tugas kerjanya di makmal minyak. Dankadang-kadang tiga hari kemudian baru dia kembali ke rumah. Dengan pakaian yangsama tapi rupa berbeza. Dia rasa biasa saja tapi tidak pada mamanya.

          Kali ini ketawa Zeel tidak mampudisimpan. Ayat terakhir Najmi buat dia geli hati.

“Saintismemang la macam tu.” Zeel dah biasa dengan bidang kerja mereka.

“Akupun tak faham cara mama kau fikir, dia biarkan kau kejar cita-cita kau tapibila kau dah capai dia suruh kau lupakan pulak. Nasib kau la Mi jadi anakemak,” geleng Zeel.

          Najmi pejamkan mata. Bukan ke baguskalau Zeel saja yang jadi mamanya. Zeel selalu faham apa mahu hatinya dan sebabitu mereka jadi kawan baik. 

Previous: Episod 10
Next: Episod 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.