Home Novel Cinta AKU vs AKU
Episod 24

BUKUbertajuk TUHAN AJARI AKU di tutup, karya Anwar Nursi itu diletak Puan Anum keatas meja besi. Itu rutin dia dan Encik Khalid setiap petang. Bersantai dikawasan belakang rumah mereka sambil membaca bersama. Bahagian belakang rumahyang sedikit luas menjadi nyaman setelah diubahsuai. Puan Anum memandangsuaminya yang masih leka menatap halaman buku TUHAN Sedang Menguji Kita.

“Tadimacam bunyi kereta Yuyu. Dia dah balik ke?” tanya Puan Anum. Sewaktu diaberusaha menghabiskan bacaan tadi memang ada bunyi kereta masuk ke halamanrumah mereka.

          “Dah balik la tu. Kalau bukan Yuyutakkan orang lain nak letak kereta sampai dalam kawasan rumah kita,” balasEncik Khalid. Matanya masih belum mahu melepaskan buku tulisan Ustaz KazimElias. Buku itu bagus untuk dihayati.

          “Sekarang Yuyu tu memang pelik. Dulukalau balik dari mana-mana terus cari kita dulu sebelum naik ke bilik. Sekarangbalik aje terus memerap. Muka pun nampak letih tak bermaya,” omel Puan Anum.Semakin diperhatikan anak itu semakin macam ada yang tak kena.

          “Biasa la... Orang dah biasa bekerja,tiba-tiba tak ada kerja stress-lahtu,” jawab Encik Khalid mudah. Dia tak fikir ada sebab lain boleh buat Yuyukelihatan lain dari biasa.

          “Ish, abang ni... Saya tak fikir sebabkerja la Yuyu nampak lain. Mesti ada benda dia buat belakang kita,” sangkalPuan Anum.

          Encik Khalid menutup buku ditangannya. “Tak habis-habis nak fikir buruk,” bantahnya.

          Puan Anum tarik muka masam. Oranglelaki memang selalu begitu. Tanggungjawab memerhati dan membesarkan anak lepaspada isteri sepenuhnya. Kalau dia kata ada yang tak kena tu cubalah percaya.

          “Bukan saya nak buruk sangka. Tapicuba abang fikir, minggu ni aje dah lima kali dia bagi alasan pergi interview. Hasil tak nampak juga. Sayabimbang Yuyu dan Roza tu buang masa aje kat bandar tu.” Puan Anum cuba buatEncik Khalid faham apa yang tersirat di hatinya. Dia takkan puas hati selagiapa yang Yuyu dan Roza buat di luar sana tak jelas.

          Encik Khalid senyum tak sudah. Yangkena dengar telinga dia seorang saja pula tu.

“Num...cuba la awak tengok anak kita tu betul-betul. Muka penat cari kerja,” tak tahuapa lagi yang mahu dikata. Dia percayakan Yuyu.

“Cubafikir lagi. Sekarang ni nak cari kerja bukannya senang. Yuyu kena la usahasetiap hari,” tambah Encik Khalid dengan suara memujuk.

          Puan Anum herot bibir dan bersandar dikerusi. Naluri keibuannya tetap rasa ada yang lain Yuyu sembunyikan.

“Perempuanumur macam Yuyu tu dah ramai yang kahwin. Kalau susah sangat nak cari kerja,kita kahwinkan aje la, bang? Biar dia jadi suri rumah sepenuh masa,” cadangPuan Anum. Menjaga anak gadis sebesar itu bukannya perkara mudah. Selagitanggungjawab mencarikan Yuyu seorang suami yang baik belum selesai, selagiitulah hati mereka belum boleh lega.

          Encik Khalid pegang kepala seketikasebelum merenung Puan Anum. Habis satu topik beralih ke topik baru pulaisterinya ini. Dia menggeleng dan ketawa kecil.

“Awakni Num...” Dia ketawa lagi. “Mana la Yuyu tu nak kalau kita yang carikan diacalon,” geli pula hatinya degan cadangan Puan Anum. Tak adanya anak-anak zamansekarang nak dijodohkan. Encik Khalid lebih bersikap terbuka dan mahuanak-anaknya mencari kebahagiaan mereka sendiri.

          Puan Anum peluk tubuh. Dia diammembisu setelah semua yang dikata salah.

Previous: Episod 23
Next: Episod 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.