Home Novel Cinta AKU vs AKU
Episod 01

KLIK

Klik

Klik...

      

LIMAjam berlalu. Hembusan nafas lega kedengaran. Selesai juga kerja mereka. Kru danjurugambar kelihatan puas hati. Letih jangan cakaplah. Rasa macam dah bekerja duahari tanpa henti tapi semuanya berbaloi. Mereka punya model yang profesional.Model yang dari tadi telah menetapkan jadual tanpa rehat. Dia ada alasansendiri.


Tulangbelakang direnggangkan. Siap salin pakaian Yuyu mendapatkan Roza, kawan yangselalu setia menemani ke mana saja.


“Akuharap ni yang terakhir, tapi...” Mata Yuyu melirik segenap sudut studiofotografi.


“Takada pilihan... memang aku arwah la lepas ni!” Walau suka dengan kerjaya modeldia tersekat antara hidup dan mati. Masalah tu Roza aje yang tahu, orang laintakkan faham.


          Roza yang tadi duduk tersandar sambilmenatap majalah kini merenung Yuyu. Dulu setiap kali terima kontrak tawaran Yuyubukan main teruja. Kontrak model katalog aje pun. Gigih kawannya tu berlatihberaksi depan cermin sebab tak nak kekok bila berdiri depan kamera. Tak fikir punapa yang dibuat tu bakal mengundang masalah. Selagi boleh beralasan naklepaskan diri dicipta saja. Itu masa remajalah, sekarang dah dewasa dah insafsikit agaknya. Itu yang risau memanjang aje bila terima tawaran. Takut tertangkap.


          “Jom balik,” ajak Yuyu. 24 helaikoleksi jubah rekaan Sophie digayakan dari awal pagi tadi. Memang terasa sangatdiri macam penyangkut baju.


Dulukali pertama diberi peluang, dia memang dah janji pada diri nak kekalkan imejsebagai model pakaian Muslimah aje. Lebih selamat. Tak sangka dalam diam adapengarah iklan beri perhatian pada bakatnya. Itu semua sebab Sophie yang memujuk.Roza pula jadi nasi tambah. Dia terjebak dan kontrak ditandatangani. Di masadepan padah pula bakal menunggu.


“Kayla,”panggil Sophie.


Yuyuberpaling. Kayla. Itu nama samarannya dalam dunia model.


“Untukyou,” ujar Sophie yang sudah tercegatdi hadapan Yuyu. Sampul surat berisi duit diserahkan.


          “Thanks,”hampir saja Yuyu terlupa ambil upah penat lelah dia jadi penyangkut bajubergerak tadi.


“Janganrisau, bayaran you tak pernah kurang,”sejak mereka kenal setahun lalu Sophie senang bekerja dengan Yuyu. Dia yang gemarmemilih pakaian Muslimah sebagai koleksi utama suka melihat Yuyu mengayakansemua rekaannya.


Yuyumengangguk percaya. Segaris senyum dihadiahkan buat Sophie. Permintaan jubahrekaan Sophie semakin mendapat tempat di hati penggemar pakaian Muslimah danpasti Sophie tak ada masalah untuk membayarnya. Siapalah sangka pemilik jenama‘Sophie Nurr’ sebenarnya seorang gadis berbangsa Cina.


          “Jaga diri baik-baik. Jangan lupa new job minggu depan,” pesan Sophie.


Yuyumengangguk. Dia dah nak pergi. Rakan yang lain dilambai sebelum menuruni anaktangga studio fotografi.


Rozaikut sama.


          “Tak sabar nak tungu minggu depan.Teruja kot.” Roza terlebih gembira.


          Langkah Yuyu longlai. Pengalamanbaharu yang menyeksakan!  


Merekamasuk ke kereta. Roza menghidupkan enjin kereta.


          Yuyu tersandar sebaik mengenakan talipinggang.


          “Kalau boleh batalkan kontrak tu akubuat,” keluh Yuyu.


          “Kau gila!” bantah Roza. Tak pasalkena bayar saman nanti.

Previous: Sinopsis
Next: Episod 02

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.