Home Novel Cinta AKU vs AKU
Episod 26

“Aid,kalau lapang kat kedai, tak banyak kerja, cuba perhatikan adik tu sikit. Manadia pergi? Dengan siapa selain Roza?” pinta Puan Anum ketika meletakkan dulangberisi menu petang mereka atas meja.

Zaidsekadar senyum.

PuanAnum duduk dan menuang teh panas ke dalam cawan.

“WalauYuyu tu dah besar, kita tetap kena pantau. Kena ingat juga ye, Yuyu tuperempuan. Kalau jadi benda yang bukan-bukan nanti menyesal pun tak guna.” PuanAnum mengingatkan.

“Astafirullahal azim... Doakan yang baik-baik dah la, Num.” Encik Khalid tak sukamemanjangkan benda yang tiada. Elok-elok Yuyu tidak buat perkara bukan-bukantapi disebabkan mulut Puan Anum yang berkali-kali membayangkan perkara buruk,sudahnya nanti jadi doa yang termakbul pula. Kata-kata seorang ibu itu bukanmain-main. Tidak ke isterinya itu tahu bahawa dirinya itu ibarat Malaikat kecilkepada anak-anak mereka.

“Jaga-jagadengan kata-kata awak Anum,” tegur Encik Khalid.

PuanAnum diam dan tarik muka lagi. Risau hatinya tiada siapa yang mahu memahami.Dia pula yang kelihatan seperti sengaja mahu perkara tidak diingini berlaku.Dia ibu yang mengandungkan Yuyu, masakan mahu melihat masa depan anaknya iturosak.

Zaidpandang uminya dan tersenyum.

“Umijangan risau. Nanti Aid tolong tengok kan adik tu.”  Dia tahu Puan Anum terasa hati dengan teguranEncik Khalid. Maka, dia cuba menceriakan hati Puan Anum.

PuanAnum pandang Zaid dan kembali senyum. Paling tidak masih ada juga yang mahumendengar cakapnya.

Previous: Episod 25
Next: Episod 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.