Home Novel Cinta AKU vs AKU
Episod 13

PERLAHAN-lahanpintu ruang tamu di tutup. Yuyu tak nak ada sesiapa sedar kehadiran Roza malamtu. Tapi niatnya tak kesampaian. Puan Anum tiba-tiba turun dari tingkat atas.Yuyu dan Roza saling berpandangan. Puan Anum merenung mereka.

          “Rasanya sekarang dah pukul 11.00malam, kan?” Sebelum turun ke tingkat bawah tadi sempat Puan Anum melihat jam.Pelik dia nampak Roza di rumahnya pada waktu itu. Dia bukan marah tapi tak sukaanak gadis seperti mereka berada di luar rumah atau di rumah orang lain selepasjam 10.00 malam.

          Roza kemam bibir. Otak memprosesalasan. Atau Puan Anum akan menghubungi mak ciknya pula.

“EsokZa nak teman Yuyu interview.”

“Ha’ah,umi,” laju Yuyu mengiakan walau itu alasan basi. “Roza tidur sini. Lagi punleceh la kalau esok Yuyu nak kena ambil dia kat rumah dan lepas tu terperangkapdalam jam lagi,” tambah Yuyu.

          Roza mengiakan kata-kata Yuyu dengananggukan. Tak sangka sekarang mereka dua kali lima sama saja. Betul kata orang,dalam sesetengah perkara kawan memang akan mempengaruhi sebahagian darikehidupan seseorang. Dan itu sedang berlaku antara dia dan Yuyu.

          Puan Anum masih merenung mereka. Tiadasebab nak curiga walau hatinya rasa tidak selesa. Dia mengangguk kecil. Cubamempercayai kata-kata mereka.

“Baikla. Dah lewat ni. Pergi la tidur,” jika terus bersama dua orang gadis tu diaakan rasa semakin pelik. Tapi memikirkan Yuyu memang sedang mencari pekerjaan elokdia tidak banyak kira.

          Roza mengurut dada. Lega.

          “Roza,” panggil Puan Anum ketikamereka mahu meniti anak tangga ke tingkat atas. “Kalau belum makan, lauk adalagi tu,” beritahunya. Manalah tahu Roza tak sempat makan kerana berulang-alikke situ setelah menghantar Yuyu pulang tadi.

          Roza senyum sambil menggeleng. Perutdipegang. “Dah kenyang,” tadi setelah sampai di rumah sendiri dia sempat makanmalam.

          Puan Anum mengangguk dan berlalu kedapur.

          Yuyu segera menyeret tangan Roza kebiliknya.

          “Aaaa...” Roza rebahkan dirinya ataskatil. Bilik Yuyu cukup selesa dirasakan kerana Yuyu suka menyegarkan suasanabilik itu dengan haruman.

          Yuyu duduk di sebelah Roza. 

“Lambatbetul kau datang. Pergi jumpa tunang kau lagi ke?” Dia benarkan Roza menggunakankeretanya petang tadi supaya Roza boleh kembali ke situ lebih cepat. Tapi Rozani... suka sangat cari pasal.

          Roza pandang Yuyu.

“Takada la. Kau ingat aku ni kemaruk sangat ke? Rindu dah habis aku curahkan siangtadi. Tak payah nak terbawa-bawa ke alam mimpi pulak. Kalau angau sangatmelayan perasaan pun bukannya mendatangkan untung, dosa lagi ada. Lain la kalauaku dan Zeel dah nikah. Berhabis waktu melayan rindu pun dapat pahala,” kataRoza berlagak suci.

          Yuyu mencebik. Kata-kata Roza menjengkelkan.Manalah dia tahu apa yang ada dalam hati dan fikiran Roza. Sepanjang hari dating kalau dah tak rindu kira okeylahtu. Orang kata mabuk cinta ni teruk. Kata P. Ramlee dalam Seniman Bujang Lapuksampai tak kenal botol kicap dan botol cuka. 

Previous: Episod 12
Next: Episod

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.