Home Novel Cinta AKU vs AKU
Episod 08

PENGGAMBARANselesai. Setelah menukar pakaian Yuyu duduk berhampiran meja yang dipenuhi alatsolek dan beberapa barang penggambaran. Leher digerakkan ke kiri dan kanan.Letih. Beg sandang dari atas meja diambil. Keluhan kecil dilepaskan. Roza masihjuga belum datang. Dia bangun dari duduk dan melangkah keluar dari studio.

          Hari kian petang. Biasa aje kerja yangdia buat tu ambil masa agak lama untuk diselesaikan. Nasib baik juga lakonannyadan Najmi tadi tak mengalami banyak masalah. Najmi memang seorang yang berpengalamandan banyak membantunya melakukan aksi seperti yang dimahukan Eric. Tiada adeganbersentuhan, hanya lirikan mata dan bahasa tubuh menjadi permainan.

          Yuyu mengeluh kecil. Telefon pintardikeluarkan dari beg sandang. Roza dihubungi. Seketika kemudian dia mengeluhlagi. Telefon pintar dipandang. Mungkin Roza dalam perjalanan ke situ, sebabitu panggilannya tidak dijawab.

          Najmi yang dah nak balik memerhatikanYuyu dari keretanya. Dia tersenyum sendiri. Perlahan-lahan Yuyu dihampiri.

“Hai,”sapa Najmi.

          Yuyu pandang Najmi. Tunduk hormatdiberikan.

          “Nak balik ke?”

          Yuyu mengangguk. Kalau dia senyum punbukan Najmi nampak.

          Najmi pandang kawasan sekeliling.Studio itu terletak di kawasan perkilangan. Petang-petang begitu sunyi dansepi. Ketika dia masuk ke kawasan itu tadi hanya dua orang pengawal keselamatanberketurunan Negro yang menjaga pintu pagar utama. Jelas sekali tempat itutidak selamat.

          “Nak saya tumpangkan?” tawar Najmi.

          Laju Yuyu menggeleng.

          “Cik Kayla tunggu seseorang?” riakmuka Najmi sedikit berubah hampa. Takkan gadis itu sudah ada yang punya.Setelah memasang niat mahu menawan hati Kayla janganlah dia terlewat.

          Belum sempat Yuyu menjawab hon keretayang dibunyikan Roza memeranjatkan mereka. Yuyu menoleh ke pintu keluar kawasanstudio itu. Kelihatannya Roza melambai. Yuyu pandang Najmi semula.

“Kawansaya,” beritahunya. “Saya balik dulu.” Yuyu berlari mendapatkan Roza.

          Najmi sekadar memerhatikan. Pantasbenar Kayla hilang dari pandangan. Dia pasti mengingati dan merindukan gadisitu. Najmi kembali ke keretanya dan bersandar di situ.

          “Hei, Naj...” laung Eric yang berlarimendapatkan kawannya itu.

          Najmi membiarkan Eric menghampirinya.

“Kawanbaik kau tertinggal.” Eric hulurkan telefon pitar kepada Najmi.

          Najmi menggeleng dengan sikappelupanya itu. Nasib baik dia belum balik lagi. Semua itu kerana kakaknyalah. Takhenti-henti menelefon. Huh!

          “Ric,” panggil Najmi ketika Eric mahumasuk ke dalam semula.

          Eric menoleh.

          “Kau ada nombor telefon Kayla?” taksegan Najmi bertanya.

          Eric tersenyum sebelah bibir sebelummenggeleng.

“Diamodel separuh masa. Aku dapat dia dari adik aku, mungkin nanti baru aku bolehtolong kau dapatkan nombor telefon dia,” beritahu Eric. Benar Kayla bukan dariagensi model jadi agak sukar untuk mendapatkan maklumat terperinci gadis itutermasuk nombor telefonnya. Sophie yang mencadangkan Kayla untuk mengisi slotpenggambaran kali itu lebih tahu bagaimana mahu menghubunginya.

          “Tolong, ya?” pinta Najmi mengharap.

          “Tak janji, tapi aku cuba,” jawab Ericsambil mengatur langkah masuk ke dalam studio semula.

          Najmi mengangguk. Asalkan ada harapandia tak mahu berputus asa.

Previous: Episod 07
Next: Episod 09

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.