Home Novel Cinta AKU vs AKU
Episod 22

SEPANJANGperjalanan pulang Yuyu hanya merenung jalan. Setiap kali selesai satu fotografidia fikirkan Puan Anum. Sampai bila nak macam tu? Dia tak tenang.

“ZA...minggu depan ada satu lagi fotografi. Alasan apa pulak nak guna?” Adoi...segala saraf kepala Yuyu terasa sakit.

          “Itu la masalahnya. Masa kau dahberhenti kerja ni la banyak pulak tawaran yang datang,” keluh Roza.

          “Photoshoot akan datang kat Melaka. Kau kena dapatkan kerja lain cepat la.” Rozatak fikir ada cara lain boleh selamatkan keadaan. Selama Yuyu bekerja dandiam-diam menjadi model sambilan Puan Anum tak pernah pun curiga.

          “Cakap senang la.”

          “Memang pun,” setuju Roza. Dalam masaseminggu mana Yuyu nak dapat kerja. Kalau dapat pun takkan baru kerja dah nakcuti.

Untukseketika mereka senyap melayan fikiran sendiri.

“Yu...”Roza bersuara semula. “Ingat tak Hola Megazine?”

“Kenapa?”

“Kautak nak cuba syarikat tu? Dari hari tu aku macam boleh rasa yang dia orangperlukan kau,” kata Roza. Sebenarnya tak macam tu. Dia cuma rasa syarikat besaritu pasti ada ruang untuk Yuyu.

          Yuyu terkekeh. Roza dah jadi nujumpula. Kalaulah Roza tahu, dulu dia pernah hantar resume ke sana. Tapi Hola Magazine tak pernah pandang pun.

          “Cuba la... Bukan dia orang nampak kaupun. Balik nanti aku tolong hantarkan resumekau. Guna e-mel aje, kan? bukan kena pergi peti pos atau hadap muka pegawai HRHola Magezine pun,” desak Roza. Kalau tak usaha masakan mereka tahu apa jawapanHola Magazine nanti.

 

 

 

ERICyang memerhati perbualan mesra antara Najmi dan Yuyu tadi menghampiri kawannyaitu. Dia bukan sengaja nak intai mereka makan tengah hari, hanya kebetulan ada beberapaperkara perlu diselesaikan dengan pemilik Flora Kafe. Jadi sewaktu berbualdengan pemilik kafe itu dia mencuri pandang.

          “Macam mana?” sapa Eric dan bahu Najmiditepuk perlahan.

          “Aku lupa nak mintak nombor telefondia.” Najmi terkilan.

          “Kau ni... dah ada peluang tak pandai nakhargai,” keluh Eric.

“Buatpenat je kau datang sini. Nak pikat perempuan pun lembab!” ejeknya pula.

          Najmi garu belakang kepala. Seronoksangat berbual tadi sampai terlupa tujuannya. “Tak apa la. Lain kali boleh cubalagi.” Pandang saja mata Kayla habis semua yang dirancang dalam fikiran terbangmelayang.

          Eric tersenyum sebelah bibir.

“Adasatu lagi jalan... cari IG dia,” suruh Eric sambil menayang telefon pintar ditangannya ke udara. Dia tersenyum lagi sebelum melihat skrin telefon pintar itudan menyentuhnya.

“Kayla...”sebut Eric. Sekejap saja dia sudah menemukan IG gadis itu. “Yang ini... dia.” Eric tunjuk skrin telefonpintarnya kepada Najmi.

          “Kayla Syakila,” baca Najmi. Nama sajadah buat hatinya berbunga. Nampak gaya terpaksalah dia pun buat akaun Instagram. Leceh! Kalau ada nombortelefon bukan ke mudah. Mereka boleh berbalas mesej di aplikasi WhatsApp atau Telegram.

Previous: Episod 21
Next: Episod 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.