Bab 60

BAB 60

"SUPRISE!"

Saat topeng mata ditarik oleh Luqman, aku dikejutkan dengan kejutan yang tak pernah aku sangka. Patutlah beria-ria Luqman menyuruh aku menutup mata menggunakan topeng mata tadi. Terharu aku melihat hasil kejutan mereka.

"Selamat hari lahir, Dr. Alyna!" ucap Isha dan Andra serentak diikuti dengan yang lain.

"Happy birthday, mama!"

Terkedek-kedek Adam dan Arissa berlari ke arah aku. Tubuh mereka aku peluk erat sambil mengucup dahi dan pipi mereka berkali-kali. Mereka adalah nyawa aku yang sangat berharga. Tiada penggantinya.

"Happy birthday, my Queen of heart," bisik Luqman pada cuping telinga aku. Tangannya memeluk bahu aku erat. Hubungan aku dengannya sudah semakin membaik selepas perjumpaan aku dengan Marissa tempoh hari.

Meriah sungguh majlis sambutan hari kelahiran aku malam ini. Sekiranya ayah ada pasti bertambah seronok lagi. Cerita mengenai ayah, ayah dipenjarakan selama 7 tahun 10 bulan kerana bersubahat manakala Yazid masih lagi menunggu arahan dan sekarang ini dia dipenjarakan. Sesekali kami datang melawat untuk bertanya khabar.

Aku tak pernah lupa untuk bercerita tentang ayah kepada Adam dan Arissa. Kerana ayahlah, aku berjaya menjadi seorang doktor walaupun tidak sehebat seperti suami tercinta aku ini.

Dari jauh aku memerhatikan Marissa yang sedang seronok bermain dengan Adam dan Arissa. Firdan pula sibuk melayan Fayyadh, anak lelakinya itu manakala Andra dan Isha berbual-bual sesama sendiri. Nazrif tidak dapat hadir malam ini kerana dia menghadiri kursus kedoktoran di luar kota. Ibu pula sibuk berbual-bual dengan kawan-kawan sekerjanya.

"My love...," panggil Luqman dari belakang. Laju saja tangannya merangkul pinggang aku.

"Hish abang ni... terkejut Aly. Nasib baik tak smackdown." Ketawa besar Luqman mendengar omelan aku.

"Eh, ketawa pulak dia. Nak ke kena smackdown?" gertak aku.

"Uish! Jangan sayang... nanti abang sakit, siapa yang susah? Sayang jugak yang susah. Siapa nak jaga twins malam-malam? Diaorang tu kuat meragam jugak walaupun dah besar. Seorang menangis, seorang lagi pun sengaja join menangis." Bebelan Luqman mengundang tawa dari aku. Ada saja jawapan dia ni...

"Abang... erm... Aly nak cerita dekat abanglah..."

"Apa dia?"

"Aly rindu dekat seseorang ni. Dia rapat sangat dengan Aly dulu tapi masa hari pertama Aly jumpa dengan dia. Dia annoyying sangat!" sakat aku.

Luqman sudah mengerutkan dahinya. Aku tak pasti dia berpura-pura atau betul-betul tak tahu siapa yang aku maksudkan tadi tu.

"Siapa? Jumpa dekat mana?"

"Dekat kolej dulu...."

"Firdan?"

"Jauh ke situ pulak. Firdan tak pernah annoyying okey!"

Luqman menggaru kepalanya yang entah gatal ke tidak tu. Muka dia memang blur habis-habisan. Terseksa aku menahan gelak saat melihat wajahnya yang berkerut seribu itu.

"Siapa sebenarnya ni?"

Akhirnya tawa aku pecah, tidak dapat aku tahan lagi.

"Eh, orang tanya dia gelak pulak."

"Dia professor... lepas tu kuat sindir orang!"

"Haa...."

Lama Luqman berfikir kemudian dia memandang wajah aku dengan wajah menjengkelkan.

"Sayang ni ada karang abang kiss dekat depan orang ramai jugak..."

Mengekeh aku mentertawakan dia. Dia terus menangkap aku yang baru saja mahu melarikan diri. Tubuh aku dipeluknya erat lalu ditariknya aku jauh sedikit dari orang ramai.

Chup!

Membulat mata aku saat Luqman menyentuh bibir aku. Terpinga-pinga aku dibuatnya. Sudahlah ada orang ramai. Mujur diaorang tak nampak, kalau nampak. Ada ke naya aku nak kena tebalkan muka aku ni.

"Abang... janganlah. Nanti orang nampaklah!" marah aku. Bibir aku muncungkan sedepa. Luqman sudah mengacah-acah mahu mengucup bibir aku lagi, segera aku melarikan diri darinya.

"Nur Alyna, tunggu balik nanti!" jerit Luqman. Aku sudah ketawa mengekek-kekek.

*****

TENGAHHARI ini, Luqman mengajak aku untuk melawat ayah di penjara manakala si kembar dijaga oleh ibu sementara kami ke sana. Aku hanya mengenakan blaus berwarna ungu cair dan dipadankan dengan kain kembang labuh berwarna putih krim. Rambut aku ikat ekor kuda dan memakai cekak rambut berwarna ungu. Kenapa ungu? Kerana ungu adalah warna kesukaan aku dan begitu juga denga Luqman. Kami sama-sama sukakan warna ungu.

"Sayang, dah siap ke? Dari jauh abang dah nampak purplelish ni!"

Aku tertawa kecil sambil menganggukkan kepala.

"Adam dengan Arissa tidur lagi?" soal aku sambil memaut lengannya lalu bersama-sama menuruni anak tangga.

"Tidur lagi. Abang check tadi, nyenyak lagi tidur tu. Harap-harap diaorang bangun tak adalah menangis. Kesian pulak ibu nanti."

"Itulah pasal. Diaorang tu mana boleh berenggang dengan Aly..."

"Eh... dengan abanglah!" ketawa Luqman.

Aku mencebikkan bibir lalu meloloskan diri masuk ke dalam perut kereta.

*****

"ALYNA..."

"Ayah... ayah sihat?" tanya aku dengan nada teruja. Sudah lama tak melawat ayah memandangkan masing-masing sibuk dengan tugas di hospital yang tak pernah sudah itu.

"Alhamdullilah sihat. Adam dengan Arissa macam mana? Sihat?"

Serentak aku dan Luqman menganggukkan kepala.

"Sihat saja, ayah. Banyak akal makin besar ni. Macam-macam ragam. Tak lama lagi hari kelahiran diaorang, genap yang ke-4 tahun."

Tersenyum ayah mendengar perkembangan cucu-cucunya. Ada lagi 3 tahun 10 bulan untuk ayah keluar dari penjara ini. Rasa tak sabar menunggu ayah keluar dari sini, banyak perancangan aku dan Luqman untuk meluangkan masa bersama dengan ayah nanti.

"Insya-Allah, lagi tiga tahun saja ayah akan keluar dari sini. Tak sabar ayah nak jumpa cucu-cucu ayah..."

"Insya-Allah ayah, Adam dengan Arissa pun tak sabar nak bermain dengan atoknya. Macam-macam permainan beli. Katanya tunggu atok balik, nak main sama-sama," ujar Luqman sambil tertawa kecil.

"Alhamdullilah, gembira tak terhingga ayah dengar cucu-cucu ayah cakap macam tu. Mereka ingat dekat ayah walaupun tak pernah bersemuka."

Aku dan Luqman menganggukkan kepala.

*****

SELEPAS selesai makan malam bersama-sama, aku membawa si kembar tidur di bilik mereka sendiri. Seperti biasa, sebelum tidur aku akan membaca buku cerita dan berzikir bersama-sama sehingga mereka tertidur. Luqman pula sedang menyiapkan tugasnya yang diemelkan oleh pihak atasan. Mungkin mengenai kajian barunya itu.

"Abang... banyak lagi kerjanya?" soal aku sambil melabuhkan punggung di sebelahnya. Dia terus mengucup pipi aku dan kembali menaip pada papan kekunci.

"Satu, dua.... okey! Siap!"

Terkejut aku dibuatnya. Dia terus menutup laptop dan menarik aku baring di atas lengannya. Rambut aku dibelai perlahan.

"Sayang... I love you..."

"I love you more, abang. More than everything!" balas aku sambil mencubit pipinya manja.

"Sayang sepatutnya berasa beruntung tau dapat berkahwin dengan abang...," ujarnya tiba-tiba.

"Kenapa pula?" soal aku kembali. Nak tahu juga apa jawapan dia.

"Sebab abangkan professor yang digilai ramai dulu masa kat kolej. Lupalah tu. Semua pandang abang tak lepas tau. Abang ada ramai secret admirer, tapi itulah dengan pelajar tu jugak yang abang berkenan."

Bibir aku muncungkan sedepa.

"Lawa sangat mulut tu, abang kiss karang. Tak pasal-pasal malam ni, Adam dengan Arissa dapat adik! Makin meriahlah rumah kita ni kan?"

Laju tangan aku menepuk-nepuk pipinya lembut kemudian dicubit sekuat hati.

"Aduh! Aduh! Sakitlah!"

"Padan muka, sakat orang lagi!" marah aku. Acah-acah saja.

"Alah, janganlah marah. Tapi, tak boleh ke abang nak request?" soalnya sambil mengangkat-angkat keningnya. Aku menjeling manja.

"Mengadalah abang ni. Cukup jelah dua orang. Sepasang dah."

"Dengkikan sayang ni. Abang merajuk sesaat!"

"Satu! Dah!"

Serentak aku dan Luqman ketawa. Dia memeluk tubuh aku erat. Beberapa kali dia mengucup dahiku. Aku hanya membiarkan dan tersenyum.

"Nur Alyna sentiasa menjadi permaisuri dalam hati abang. Nobody else. Only you..." bisiknya dengan nada lunak. Merinding bulu roma aku dibuatnya. Dia ni memang sengaja cari pasal.

"Abang ni... janganlah. Geli telinga Aly lah..."

"Say some love words for me!"

"Erm... tak nak!"

"Say it!"

Terkekek-kekek aku ketawa apabila Luqman rancak menggeletek pinggang dan perut aku.

"Okay, I will say it! Stop it first!" jerit aku perlahan.

"Okay, say it!" arah Luqman sambil menarik aku ke dalam dakapannya.

Aku menarik telinga Luqman perlahan dan mendekatkan bibir aku pada telinganya.

"I love you, my love, Mr. Professor. You always be my professor!" bisik aku.

Luqman memandang aku dengan pandangan penuh makna. Dia mengenyitkan mata lalu tangan menutup suis lampu. Serentak kami berdua merebahkan diri. Pipiku dielus lembut oleh Luqman.

"Mama! Papa!" Tersentak kami berdua mendengar jeritan dan tangisan si kembar dari luar bilik.

"Oh man...," keluh Luqman.

Mengekek aku ketawa. Si kembar tak akan pernah bagi kami peluang untuk bersama. Mesti mereka akan bangun dan mahu tidur sekatil dengan kami.

"Kesian abang... reda sajalah...," ejek aku saat memandang Luqman yang sudah mendukung Adam dan Arissa dengan wajah cemberutnya itu.

"Tukarlah ayat tadi tu, abang. You're always be my hero! Tolong tidurkan Adam dan Arissa, ya! Good night!" ucap aku dengan nada gembira lalu menarik selimut.

Aku tertawa kecil saat mendengar decitan Luqman.

Bahagianya hatiku ini! Angan-angan aku selama ini menjadi kenyataan!

-TAMAT-

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.