Bab 52

BAB 52

HARI ini aku dan Luqman menghadiri kursus di Pusat Makmal Negara, awal-awal pagi lagi kami sudah bertolak ke sana memandangkan perjalanan untuk ke sana mengambil masa selama dua jam. Aku melemparkan pandangan aku ke luar tingkap kereta dan sesekali mengerling ke arah Luqman yang sedang fokus dengan pemanduannya.

"Sayang... nanti kita berlainan dewan kursus kan?"

Aku menoleh ke arahnya sekali gus menganggukkan kepala.

"Ya, berlainan. Kenapa?" soal aku kembali.

"Abang punya kursus dewan dekat tingkat 3 dan sayang punya dekat tingkat 1. Abang risau sebenarnya. Sayang tolong jaga diri, ya. Sayang dah sarat tu, sepatutnya abang kena ada bersama sayang. Apa-apa jadi, abang ada..."

Alahai, saya betul-betul terharu dengan suami tercinta saya ni. Dia punya risau sampai fikir macam tu sekali.

"Abang... Aly okeylah. Abang jangan risau okey. Kita kursus bukan lama pun. Tiga jam je...," jawab aku cuba menyedapkan hatinya.

"Tiga jam pun abang nak menanggung rindu tu. Masya-Allah... terseksa rasanya. Abang ingat kursus ni semua sama je. Ada kategori-kategori pulak. Leceh betul...," rungut Luqman.

Aku tertawa kecil sambil menggelengkan kepala.

"Abang ni tak baik merungut... nak buat macam mana. Mestilah ada kategori. Abang dah lama berpengalaman dalam bidang tu dan Aly ni pulak baru terkedek-kedek nak jadi doktor. Abang ni pun lah..."

Luqman ketawa mendengar bebelan aku. Betullah apa aku cakap, aku ni jadi doktor belum sampai setahun lagi mestilah kena ambil kursus yang paling bawah, tak akan aku nak ikut dia yang dah sememangnya professional.

"Yelah yelah... jangan marah sayangku. Nanti habis je terus tunggu abang dekat lobi dewan tu, ya. Jangan nak pergi mana-mana."

"Ya, baik. Abang jangan risau okey. Aly dengan twins okey je. Tumpukan perhatian nanti. Apa-apa boleh share dengan Aly."

Terangguk-angguk kepala Luqman mengiyakan kata-kata aku.

*****

TEPAT jam 1 petang, kursus aku telah pun tamat. Tadi Luqman ada menghantar perbualan di aplikasi WhatsApp memberitahu aku yang kursusnya masih belum tamat. Lagi 30 minit katanya. Mungkin pengendali tu menambahkan masa untuk kursus dia. Jadi aku mengambil keputusan untuk duduk di sebuah kafe yang sememangnya terletak di dalam dewan itu.

Aku mengambil tempat duduk di tepi tingkap memandangkan meja yang lain sudah dipenuhi orang. Sementara menunggu pelayan mengambil pesanan, aku melemparkan pandangan ke luar tingkap sambil menongkat dagu.

"Oi! Aku dah cakapkan! Tak ada tu, tak adalah! Kau ingat ni mamak ke nak mengemis makanan?"

Terkejut aku terdengar seorang pekerja di situ mengherdik seorang lelaki yang berpakaian compang-camping dan keadaannya sangat tidak terurus. Timbul rasa simpati aku terhadapnya. Mesti dia lapar dan tak ada duit nak makan.

"Aku lapar... sikit pun tak apalah..."

Berkerut dahi aku mendengar suara lelaki itu. Suara dia sepertinya sangat aku kenal. Tubuhnya yang membelakangi aku membuatkan aku sukar untuk ketahui siapakah gerangan itu.

"Aku cakap tu tak ada, tak adalah!"

Semua pelanggan di dalam kafe itu terkejut melihat pekerja itu mengheret tubuh lelaki itu keluar dari kafe melalui pintu belakang. Aku terus bangun tetapi seseorang menarik tangan aku dari belakang membuatkan langkah aku terhenti dan aku menoleh ke belakang.

"Abang? Dah habis?"

"Dah, diaorang dah habis. Tak sampai 30 minit. Sayang nak pergi mana?"

"Tak tadi tu... ada pengemis mintak makanan dekat pekerja tu tapi pekerja tu kasar sangat. Aly kesian."

Berkerut Luqman memandang ke arah tingkap cuba mencari gerangan pekerja dan lelaki yang dimaksudkan oleh aku tadi itu.

"Macam pernah nampak...," gumam Luqman.

"Suara dia Aly macam kenal. Familiar sangat...," beritahu aku.

Luqman memimpin tangan aku lalu kami keluar menggunakan pintu belakang itu. Dari jauh kami sudah nampak kelibat mereka berdua. Pekerja itu masih lagi memarahi pengemis itu. Sungguh biadap sekali kelakuannya. Tahulah orang tu mengemis tapi janganlah diherdik sebegitu. Dia pun ada perasaan.

"Ehm... encik?" Luqman menegur pekerja itu dari belakang. Aku statik berdiri di sebelah Luqman sambil memaut lengannya erat.

Aku tergamam disaat pekerja itu memalingkan tubuhnya ke belakang dan aku ternampak wajah si pengemis yang aku maksudkan tadi tu. Aku cuba untuk menyebut namanya tetapi seolah-olah terkunci. Luqman aku lihat masih kekal dengan reaksi wajah seriusnya itu.

"Tak perlu hina orang macam tu sekali. Kalau tak bagi, awak boleh suruh dia keluar elok-elok. Tak pun bagi lah sekeping roti, tak rugi pun. Malah mendatangkan rezeki dekat awak."

Pekerja itu terdiam seketika kemudian dia memandang ke arah wajah si pengemis itu. Tanpa ada rasa malu mahupun serba salah, dia terus berlalu masuk ke dalam kafe semula. Memang tak ada perasaan langsung.

"Yazid...," panggil Luqman sambil menghulurkan tangan ke arah lelaki itu. Aku pula berdiri di belakang. Tak berani mahu mendekat. Masih lagi trauma dengan kejadian lalu.

Yazid mendongak memandang Luqman, teragak-agak dia mahu menyambut huluran itu. Luqman membantu Yazid bangun. Anak mata aku tidak lepas memerhatikan mereka berdua. Aku harap Yazid tidak akan melakukan sesuatu yang luar kawalan. Sungguh aku takut, lagi-lagi aku tengah sarat ini.

"Yazid... kau kenapa? Apa jadi dekat kau?" soal Luqman dengan prihatin dan nada suaranya cukup perlahan dan lembut. Sikit pun dia tak marah.

Yazid diam membisu. Dia seolah-olah takut memandang kami berdua. Saat anak mata aku dan anak mata dia bertembung. Aku boleh nampak sinar cahaya ketakutan dari anak matanya itu. Adakah dia dah sedar akan kesilapannya?

"Luqman... aku minta maaf. Maafkan aku... aku takut, Luqman. Aku takut..." Tiba-tiba saja Yazid menangis teresak-esak. Serentak aku dengan Luqman terkejut, sempat Luqman mengerling ke arah aku sebelum dia memandang Yazid semula.

"Kau kenapa? Kau pergi mana?" soal Luqman lagi sambil memapah Yazid ke bangku berhampiran situ dan aku perlahan membawa langkah mengekori mereka.

"Aku dah tak ada hala tuju hidup. Aku..."

Aku perhati saja mereka berdua, Yazid menundukkan wajahnya dan menangis. Luqman yang duduk di sebelahnya cuba memujuknya.

"Tak ada siapa nak tolong aku. Aku lapar. Aku haus. Aku susah. Aku merempat. Tak ada tempat tinggal. Aku kena tipu dengan perempuan yang selama ni menjadi mangsa nafsu aku saja. Aku tak tahu dia sanggup buat aku macam tu. Aku...."

Aku terdiam mendengar luahan ceritanya. Entahlah, memang aku rasa kasihan dengan apa yang menimpa dirinya.

"Okey, Yazid. Sabar... macam ni lah. Aku bawak kau pergi makan dulu. Lepas tu aku nak kau cerita okey?" Sedaya-upaya Luqman memujuk Yazid. Aku tahu Luqman ada sebab untuk berbaik dengannya.

Yazid tidak membantah. Dia mengikut saja langkah Luqman.

"Aku tahu kau nak serahkan aku dekat polis kan lepas kau bawak aku pergi makan ni..." Yazid bersuara. Luqman tidak terkejut dan dia hanya berlagak seperti biasa. Bibirnya mengukirkan senyuman kecil.

Aku hanya mampu membisu. Tidak tahu mahu memberi respons apa.


Previous: Bab 51
Next: Bab 53

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.