Bab 16

BAB 16

HABIS saja kelas Doktor Musa, lantas aku mengemas alat tulisku dan keluar dari kelas, melangkah ke makmal kajian yang biasa Luqman berada. Aku berlari anak untuk cepat sampai ke sana memandangkan dari kelas aku ke makmal itu memakan masa 10 minit. Agak jauh juga, kerana kedudukkan makmal itu berada di hujung peta lokasi kolej.

"Prof. Luqman, saya dah sam...," suara dan langkah aku langsung terhenti saat ternampak satu susuk tubuh yang tak pernah aku nampak sebelum ni duduk di bangku bersebelahan dengan bangku yang selalu aku duduk.

"Alyna ke?" soal si gerangan yang tak pernah aku lihat itu. Perlahan aku menganggukkan kepala bagi menjawab soalannya itu.

"Prof, pergi tandas. Jap lagi dia datang."

Aku melabuhkan punggung di bangku itu dan menganggukkan kepala.

"Awak pelajar baru ke?" soal aku dengan senyuman kecil terukir di bibir.

Dia menggelengkan kepala dan matanya masih dipakukan pada buku yang sedang dibaca. Aku hanya mengherotkan sedikit bibir dan membetulkan posisi kedudukkanku. Orang dah tak nak berbual dengan kita. Buat apa nak ajak berbual-bual. Baik aku baca nota sains yang Luqman bagi, lagi bagus.

"Hai Alyna dan Firdan," sapa Luqman sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam makmal sambil menyarungkan kot putih ke tubuh. Aku hanya tersenyum sambil anak mata memandang ke arahnya manakala lelaki bernama Firdan itu hanya menganggukkan kepala dan matanya masih terpaku pada tulisan di dalam buku notanya itu.

"Baiklah, Alyna, ni anak murid saya yang baru. Dia merupakan pelajar kolej ni tetapi disebabkan baru-baru ini dia gagal dalam latihan industri, dia kena ulang semula semester dan saya yang akan mengajarnya."

Aku menganggukkan kepala sambil mulutku berbentuk 'o'.

"Nama dia Firdan Shahmi, kiranya dia senior kamu."

Aku hanya melorekkan senyuman dan dia pula hanya mengerling ke arah aku sekilas. Nampak sangat lagaknya seperti sombong.

"Baiklah Alyna, hari ini saya nak awak buat beberapa set latihan yang saya dah cetakkan tadi manakala Firdan, awak salin semula nota yang saya berikan tadi."

Serentak aku dan dia menganggukkan kepala.

Sebaik saja Luqman memberikan tiga set latihan itu, dengan bersemangatnya aku buat dengan menggunakan ilmu yang sudan diturunkan oleh Luqman pada aku beberapa hari yang lepas.

"Alyna..."

Aku segera mendongakkan kepala tatkala terdengar nama aku dipanggil.

"Ya saya?"

"Mak dengan ayah kau kerja apa?" soalnya. Aku rasa soalan dia tu tak ada kena mengena dengan topik pembelajaran kami.

"Erm. Ayah saya Doktor, ibu pula Professor."

Dia sekadar menganggukkan kepala.

"Aku sebenarnya tak faham apa maksud ni, kau boleh terangkan?" Dia menarik kerusinya, duduk dengan jarak yang agak dekat dengan aku. Aku hanya berlagak biasa dan terus mengambil sebatang pen, terus menerangkan topik yang dia tidak faham itu dengan ilmu yang diturunkan oleh Luqman.

*****

"TAHNIAH, Alyna. Kali ni Alyna dapat skor ketiga-tiga set kertas latihan yang saya bagi ini dengan markah 85% dan ke atas."

Secara refleks aku melonjak kegembiraan tatkala anak mataku memandang ke arah peratus yang tertulis pada setiap kertas latihan itu.

"Terima kasih! Terima kasih, Prof!"

Firdan di sebelah hanya memandang aku tanpa riak. Seolah-olah tiada perasaan.

"Kalau macam tu, lepas ni awak boleh berusaha lagi untuk skor lebih cemerlang. Saya kagum dengan awak. Sikap bersungguh-sungguh awak sangat luar biasa. Teruskan macam ni lepas ni, ya!"

Aku laju menganggukkan kepala dengan senyuman yang lebar tak lekang pada bibir.

"Firdan, esok kelas macam biasa. Saya akan buat ujian dekat awak untuk topik yang awak buat nota tadi. Baca, ya."

Firdan sekadar menganggukkan kepala, mengucapkan terima kasih dengan suara yang perlahan kemudian melangkah keluar dari makmal.

"Alyna, nanti balik. Abang nak bawak Alyna pergi satu tempat. Tunggu abang dekat tempat biasa, okey?" ujarnya dengan nada berbisik. Aku tertawa kecil lalu menganggukkan kepala.

"Baik, Professor Luqman!" sahut aku sambil tangan dibuat gaya tabik seperti askar. Luqman ketawa melihat telatah aku.

Segera aku keluar dari makmal dan kembali ke kelas untuk menyertai kelas yang seterusnya.

*****

LUQMAN menghentikan keretanya di hadapan sebuah bangunan yang agak besar kelihatan seperti pusat membeli-belah. Ramai juga orang yang sedang berlegar sekitar situ. Aku keluar dari perut kereta dan melangkah beriringan dengan Luqman masuk ke dalam bangunan itu.

"Fuh! Wah!" Teruja aku melihat suasana bangunan itu yang didesainkan seperti suasana di dalam akuarium. Banyak lukisan yang dilukis pada dinding dengan penuh kesenian.

Luqman terus menapak ke sebuah kaunter, membeli tiket untuk kami masuk ke dalam untuk nampak lebih jelas. Dari jauh aku nampak pelbagai spesies ikan yang sedang berenang-renang di dalam akuarium.

"Alyna, sini, pakai gelang tiket ni," panggil Luqman lalu memakaikan gelang tiket itu pada pergelangan kiri tanganku. Aku tersenyum penuh keterujaan lalu melangkah masuk, mengekori Luqman dari tepi.

"Uish! Ikan apa ni?" Terkejut aku melihat sekumpulan ikan yang berwarna seperti hijau lumut cair. Matanya pula agak hitam kekelabuan. Luqman tersenyum lalu menghampiri kekaca akuarium itu.

"Okey, memandangkan Alyna tanya ni ikan apa, mari sini abang terangkan. Jangan lupa catat, ilmu ni mungkin juga boleh disoal dalam peperiksaan nanti."

Laju aku mengeluarkan telefon bimbit lalu membuka aplikasi nota untuk dicatatkan apa yang disampaikan oleh Luqman.

"Ni nama dia, ikan Pirana. Biasanya kalau tengok dalam filem, ikan Pirana makan manusia dan spesies ikan ni gemar akan darah sama seperti jerung."

Aku menganggukkan kepala sambil menaip pada papan kekunci iPhone.

"Wujud ke ikan Pirana makan manusia?"

Luqman menganggukkan kepalanya.

"Ya, memang wujud. Ini kerana ikan Pirana merupakan sejenis ikan omnivor yang tinggal berkumpulan di Laut Merah dan sungai-sungai di Amerika Selatan."

Aku menganggukkan kepala. Baru aku tahu. Seram pula dengar ikan boleh makan orang ya. Luar biasa!

"Ikan ini mempunyai banyak yang sangat tajam yang digunakan untuk memakan mangsa. Ikan ini juga mempunyai deria bau yang sangat kuat seperti . Ikan Pirana memburu bersama dan memakan hasil buruan mereka bersama," tambah Luqman lagi.

"Walaupun mereka kecil, mereka sangat ganas. Mereka cuma mengambil kurang daripada satu minit untuk menghabiskan seekor anak yang baru hendak belajar terbang."

Ternganga aku mendengarnya, sangat pantas ikan Pirana ini. Sangat berbahaya!

"Ikan Pirana mempunyai warna seperti ikan kembung iaitu warna hitam-kelabu."

Mata aku teralih pada ikan-ikan Pirana yang sedang diberikan makan oleh pekerja di situ. Sungguh pantas mereka mendapatkan makanan itu, lebih-lebih lagi dalam kumpulan.

"Serrasalmidae merupakan antara jenis ikan pirana yang dikatakan amat agresif, dan ikan ini berwarna merah di bahagian perut dan berwarna perak di bahagian badan. Ikan ini mempunyai gigi yang tajam dan juga rahang yang kuat. Ikan ini boleh membesar maksimum sehingga 60 sentimeter dan mencari makanan secara berkumpulan."

Aku mengemamkan bibir sambil menganggukkan kepala. Sangat menyeramkan juga ikan Pirana ini. Selalu aku tengok dalam filem pun, sangat mengerikan.

"Mari kita pergi ke bahagian ikan yang lain. Macam-macam spesies ikan yang ada di sini, yang Alyna tak pernah tahu, akan Alyna tahu sebentar lagi. Abang akan terangkan mana yang mampu."

Aku tersenyum lalu menyambut huluran tangannya lalu berjalan bersama-sama.

Seronok mempelajari pelbagai spesies ikan yang ada di muka bumi ini.


Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.