Bab 54

BAB 54

"SAYANG...."

"Sayang... where are you?"

"Sayang, hey! Where are you? Are you want to play hide and seek with me, huh dear?"

Aku menahan gelak di saat Luqman melangkah masuk ke dalam bilik tidur kami. Sengaja aku bersembunyi di sebalik dinding almari yang berhampiran dengan bilik mandi.

"Sayang, jangan main sorok-sorok nanti abang tak dapat cari. Abang rindu sayang ni..." Intonasi Luqman berubah menjadi sayu. Alahai, kesian pulak aku mendengarnya. Perlahan-lahan aku mendekatinya dari tepi.

"Ala ala ala.... sedihnya tak dapat cari kita, ya?" Pinggang aku terus dirangkulnya erat, dahiku dikucup lama. Nampak gaya macam tak nak lepas.

"Abang, babies are kicking. Senak ni. Diaorang jeles ni, papa diaorang manja sangat dengan mama...," ujar aku sambil ketawa kecil. Kalau si kembar dah mula menendang, habislah memang terasa senak dibuatnya. Kadang-kadang sampai aku termuntah secara tiba-tiba.

Tangan Luqman mengusap lembut perutku yang sudah memboyot itu. Mengandung kembar memang besar perut dari yang biasa. Sudahlah ini kali pertama kehamilan aku, macam-macam pengalaman yang aku dapat sejak aku mengandung. Dengan adanya Luqman di sisi aku, membuatkan aku tidak mengalami alahan dan kesakitan ni seorang diri. Dia selalu menemani aku walau letih macam mana sekalipun.

"Anak kembar papa ni tak sabar nak keluar, ya? Mama dengan papa tengah tunggu hari je ni, nak sambut Adam dengan Arissa. Papa excited sangat..."

Aku tertawa kecil mendengar perbualan Luqman bersama anak kembarnya.

"Dua-dua aktif ni. Nanti dah keluar, makin kuruslah papa macam ni..."

"Aik? Mama tak kurus ke?" Cebik aku.

"Mama tak yah kurus. Sedap peluk macam bantal air."

Aku memuncungkan bibirku sedepa. Sampai hati dia cakap aku macam bantal air.

"Alamak, papa salah cakap ke? Mulut mama muncung sedepa. Mama minta kiss nampaknya ni..."

Membulat mata aku mendengar perkataan 'kiss' itu. Perlahan aku menampar lengannya. Luqman ketawa suka.

"Esok majlis perkahwinan Andra dengan Firdan. Sayang dah pilih baju apa kita nak pakai?"

Aku tersenyum sambil mengangguk.

"Dah siap dah... ada dalam almari tu cuma belum gosok je. Ibu ikut tau esok lepas tu ibu cakap, dia suruh kita tinggal sana teman dia. Bosan sorang-sorang. Aunty Nadhia nak kena balik Austria, semester dia dah nak bermula tak lama lagi."

Terangguk-angguk kepala Luqman. Tangannya tak lepas-lepas mengusap perutku. Sehari memang tak sah kalau dia tak usap. Katanya setiap kali dia usap, sepertinya dia dapat sentuhan dari anak kembarnya itu.

"Sekejap lagi kita pergi jumpa ayah dengan Yazid, lepas tu kita pergi beli barang-barang untuk Adam dengan Arissa, okey sayang?"

Laju aku menganggukkan kepala. Sungguh aku rindukan ayah. Tak sabar mahu berjumpa dengan ayah sebentar lagi. Dapatlah aku meluangkan masa dengan ayah sekejap sebelum aku bersalin.

"Aly nak masak untuk ayahlah. Abang boleh tolong tak?"

"Boleh sayang. Sayang nak masak apa?"

Aku mengusap dagu aku perlahan sambil merenung dinding. Memikirkan masakan apa yang aku mahu masak untuk ayah.

"Ayam masak sambal hijau, sayur kangkung goreng belacan dan tempe berlada. Okey tak? Tu masakan kegemaran ayah."

Aku nampak Luqman menelan air liurnya. Pecah tawa aku melihat reaksi wajah Luqman begitu.

"Abang terasa ke abang lapar sekarang ni?"

Dia tersengih sambil menganggukkan kepala.

"Sayanglah. Lapar abang dengar nama-nama masakan yang sayang nak masak tu... Jomlah masak cepat, abang nak makan!"

Tertawa besar aku. Laju saja dia bangun lalu memeluk pinggang aku, menuruni anak tangga bersama-sama.

*****

KERETA diberhentikan di dalam petak kosong yang berhampiran dengan balai polis. Serentak kami keluar dari perut kereta dan melangkah masuk bersama-sama. Tangan aku digenggam erat oleh Luqman.

"Sayang okey? Boleh?" soal dia dengan penuh prihatin.

Aku tersenyum sambil menganggukkan kepala. Luqman mengambil bekal makanan yang kami masak tadi dan kemudian diberikan kepada pegawai polis yang bertugas di situ untuk diberikan kepada ayah dan Yazid nanti.

"Prof. Luqman dan Dr. Alyna boleh masuk...," panggil salah seorang pegawai polis di situ, lantas kami berdua melangkah masuk ke dalam sebuah bilik untuk berjumpa dengan ayah. Dinding kaca memisahkan kami berdua, hanya dapat menatap wajah ayah dan mendengar suara ayah menerusi talian telefon.

Luqman mengangkat gagang telefon lalu dilekapkan telinganya sebaik saja ayah melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Aku di sebelah tersenyum lebar saat memandang wajah ayah walaupun sebenarnya hati aku sebak melihat wajah ayah yang sedikit pucat itu.

"Assalamualaikum ayah, ayah sihat?" soal aku sebaik saja Luqman habis berbual dengan ayah.

"Waalaikumussalam anak ayah. Alhamdullilah ayah sihat je. Alyna sihat? Cucu kembar ayah sihat?"

Sedaya upaya aku tidak mahu air mata aku bercucuran jatuh. Aku tak nak buat ayah sedih. Tapi terseksanya perasaan aku ini saat menahan rasa sebak ini.

"Alhamdullilah ayah, semuanya sihat. Aly tunggu hari saja nak bersalin tak lama lagi. Nanti Aly kirimkan gambar cucu kembar ayah dekat ayah, ya."

Ayah tersenyum lalu menganggukkan kepala.

"Ibu mana tak ikut?"

Aku menggelengkan kepala.

"Ibu temankan Aunty Nadhia ada urusan dekat luar negeri. Ibu cakap esok ibu datang. Ibu minta maaf sebab tak dapat jumpa ayah hari ni. Ibu kirim salam sayang dekat ayah..."

Aku tersenyum segaris.

"Tak apa. Ibu selalu melawat ayah..."

"Oh ya, ayah. Aly dengan Luq ada masakkan masakan kegemaran ayah. Nanti makan ya, untuk Yazid pun ada."

"Ye ke? Terima kasih anak ayah. Yazid kirim salam dekat korang..."

Serentak aku dan Luqman menjawab salam dari Yazid dengan mengulum senyuman.

"Ayah dan Yazid masih dalam perbicaraan. Kami hanya tunggu arahan apa hukuman yang bakal kami hadapi. Aly dan Luq doakan untuk kami, ya."

Aku menganggukkan kepala. Air mata aku sudah bertakung, laju tangan aku menyeka. Dengar saja perkataan 'hukuman' membuatkan diri aku dibelenggu dengan perasaan takut. Harapan aku hanya mahu ayah melihat cucu kembar dia. Dapat bermain bersama dan melihat mereka membesar bersama-sama.

"Insya-Allah ayah, semuanya akan berjalan dengan lancar. Peguam yang Luq lantik akan menjalankan tugas dia. Kami sentiasa mendoakan untuk ayah dan Yazid."

Terangguk-angguk kepala ayah mendengar setiap bait ayat dari mulut Luqman.

"Ayah, esok Firdan dengan Andra akan berkahwin. Firdan kirim salam dekat ayah dengan Yazid."

Ayah tersenyum lalu menganggukkan kepalanya.

"Syukurlah. Nanti beritahu dia, ayah ucapkan tahniah dan semoga berkekalan sehingga ke anak cucu."

"Prof. Luqman dan Dr. Alyna, masa perjumpaan sudah tamat, ya." Salah seorang pegawai polis mencelah perbualan kami. Aku menghelakan nafas panjang. Rasa tak puas berbual-bual dengan ayah.

"Baiklah ayah, Aly dengan Luq balik dulu ya. Ayah jaga diri. Aly sayang ayah sangat-sangat. I love you, ayah." ucap aku dengan nada suara sedikit bergetar.

"Ya sayang ayah. Ayah sayang Alyna lebih dari nyawa ayah sendiri. Luqman tolong jaga anak dan cucu-cucu ayah elok-elok..."

Luqman yang mendekatkan telinganya di gagang telefon, menganggukkan kepala sambil tersenyum.

Sebaik saja kami selesai berjumpa dengan ayah. Luqman membawa aku ke sebuah Pusat Membeli-belah untuk membeli barangan si kembar yang akan dilahirkan tak lama lagi. Tak sabar rasanya mahu melihat muka Luqman dan Alyna junior ni.


Previous: Bab 53
Next: Bab 55

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.