Bab 43

BAB 43

HARI ini sudah tiga hari aku bergelar isteri kepada Prof. Luqman Rafhael dan hari ini kami berdua akan berangkat ke Jepun selama 5 hari 4 malam. Tidak sabar rasanya mahu menjejakkan kaki ke negara itu. Selama ini aku hanya berangan mahu ke sana dan kini menjadi realiti! Salah satu impian aku sudah direalisasikan. Checked!

"Sayang!"

Aku menoleh ke arah pintu utama rumah ayah dan ibu. Kelihatan Luqman sedang melangkah mendekati aku sambil menyinsingkan lengan baju kemejanya. Dia tersenyum saat memandang aku.

"Semua dah periksa? Ada yang tertinggal?"

"Tak ada. Semua dah letak dalam beg bagasi tu. Lagi pun tak ada benda lain nak bawa selain baju dengan perkakas mandi," jawab aku sambil memeluk pinggangnya.

"Manja!"

Aku ketawa kecil saat dia mencuit hidungku. Pinggang aku dirangkul olehnya.

"Ibu, ayah... kami nak bertolak dah ni...," ujar aku setelah kami berada di hadapan meja makan.

"Baguslah. Hati-hati pergi sana. Jangan lupa oleh-oleh yang ibu pesan tu."

Kami tergelak serentak. Aku menganggukkan kepala.

"Mestilah Aly ingat. Untuk ibu dengan ayah jugak kan... kalau tak ingat salahkan abang Luqman ni, asyik nak berkepit dengan orang je tak kasi pergi mana-mana..."

Ayah mencebik manakala ibu ketawa kecil.

"Kalau macam tu mesti dapat cucu awal ni...," sakat ayah.

Aku dan Luqman saling berpandangan. Aku dengan reaksi wajah tidak percaya manakala Luqman sudah tersengih seperti kerang busuk.

"Ish, ayah ni! Sampai ke situ pulak..."

Ayah dan ibu ketawa.

"Mestilah. Ayah dah lama tak bau baby dalam rumah ni. Anak pun sorang je, dah kahwin. Apa salahnya bagi ayah dengan ibu cucu... ramai-ramai lagi bagus..."

Membulat mata aku mendengar permintaan ayah yang luar biasa tu. Bukan main ayah ni nak cucu ramai-ramai. Karang dia yang tak terlayan sebab ramai sangat.

"Eleh ayah ni...," usik aku. Ayah tertawa.

"Luqman, jaga anak ayah baik-baik. Apa-apa call ayah atau ibu..."

Luqman menganggukkan kepala lalu memeluk tubuh ayah manakala aku memeluk tubuh ibu kemudian mengucup tangan ayah. Kami melangkah beriringan sambil melambai ke arah ibu dan ayah.

*****

DI satu sudut bilik yang hanya diterangi dengan lampu siling yang malap, kelihatan seorang lelaki sedang duduk memeluk betis di hadapan sebuah meja komputer. Air matanya laju berjuraian. Teresak-esak dia menangis. Sesekali dia menggelengkan kepala. Dia tertekan akan sesuatu yang dia sendiri tidak dapat menerima hakikat yang sebenar bahawa gadis yang dia cintai sudah dimiliki orang lain.

Bingkai gambar dicapai dari atas meja komputer kemudian dia merenung lama ke arah wajah di dalam gambar tersebut. Tak lama itu tangannya naik mengusap wajah itu. Air mata tetap berjuraian tanpa henti. Terlalu sedih. Hati dia tidak boleh menerima kenyataan itu.

"Kenapa kau tak tunggu aku? Kenapa Alyna? Sayang..."

"Aku dah suruh kau tunggu! Kenapa kau tak tunggu! Kenapa?"

Dia bangun lalu menolak semua barang yang ada di atas meja komputer itu. Bingkai gambar tadi hampir saja mahu dibaling tetapi tidak jadi saat matanya sekali lagi terpaku pada wajah gadis yang tersenyum gembira itu.

"Tak apa, sayang. Nanti kita kahwin okey. Alyna hanya milik aku. Amsyar... kita akan jumpa nanti. Aku nak tuntut hak aku balik! Kau tak boleh terlepas!" jerit dia sebaik saja berdiri di hadapan cermin.

"Firdan..."

Sebaris nama yang tersemat di dalam mindanya. Tangannya menyentuh wajahnya yang berparut-parut teruk. Kata yang mudah adalah cacat.

"Sebab kau! Muka aku jadi macam ni! Kau tunggu!" bentak dia.

Dia menumbuk cermin di hadapannya itu sehingga pecah. Tangannya yang berdarah langsung tidak dihiraukan. Jiwanya kosong langsung tidak ada rasa sakit.

*****

GITAR tong digantung pada bahunya kemudianjari-jemarinya mengambil posisi pada tali gitar itu. Dia meletakkan kakikirinya di atas batang pokok yang sudah ditebang, dijadikan bangku untuk duduk.Sikunya diletakkan di atas lutut kaki kirinya itu kemudian dia memandang akudengan senyuman manis. Malam ini adalah malam romantis aku dan dia. Sekarangaku berada di tepi pantai yang terkenal di negara Jepun iaitu Pantai YonahaMaehama, Pulau Miyako.

So here we stand in our secret place,
Where the sound of the crowd is so far away,
You take my hand, and it fees like home,
We both understand, it where we belong,
So do I say, do I say goodbye,


We both have our dreams we both want to fly,
So lets take tonight, to carry us through the lonely times,

I'll always look back as I walk away,
Memories will last for eternity,


And all of our tears will be lost in the rain,
When I found my way back to your arms again
But until that day, you know you are
The Queen of my heart

So lets take tonight, and never let go,
While we dance we kiss, like there's no tomorrow,
As the stars sparkle down, like a diamond ring,
I'll treasure this moment, till we meet again,

But no matter how far, away you may be ,
I'll just close my eyes, and your in my dreams,
And there you will be, until we will meet,

I'll always look back as I walk away,


This memory will last for eternity,
And all of our tears will be lost in the rain,

When I found my way back to your arms again,
But until that day, you know you are,
The Queen of my heart

I'll always look back as I walk away,
This memory will last for eternity,
And all of our tears will be lost in the rain,

When I found my way back to your arms again,
But until that day, you know you are,
The Queen of my heart, oh yeah, yes you are...

Aku tersenyum mendengar nyanyiannya yang lunak itu sambil menggoyangkan sedikit badan. Salah satu bakat terpendam Luqman yang baru aku tahu, menyanyi dan bermain gitar. Bibir aku tidak sudah-sudah menguntumkan senyuman lebar saat mendengar bait-bait lirik lagu yang dinyanyikan oleh Luqman.

"Sayang..."

Aku mendongak memandang wajahnya itu. Sungguh aku sayang lelaki yang berada di hadapan aku ini.

"You're Queen of my heart..."

Dahi dan pipi aku dikucup lembut kemudian bahu aku dipeluknya erat.

"Thank you, abang... I love you...," ucap aku sambil menyandarkan kepala pada dadanya.

"I love you more, sayang..."

Dia mengeluarkan telefon bimbitnya kemudian kami berswafoto bersama di tepi pantai itu.

"Abang gembira dapat memiliki sayang. Hanya abang yang sayang cinta sampai mati... dan cinta abang tak akan pernah mati untuk insan yang abang paling sayang..."

Aku tersenyum bahagia. Tubuhnya aku peluk erat manakala dia mengusap belakang aku perlahan dan lembut saja.

"Janji dengan abang... walau apa yang terjadi jangan pernah tinggalkan abang... abang tak boleh hidup tanpa cinta abang ni..."

"Dan abang pun janji dengan Aly, abang tak akan tinggalkan Aly..."

Serentak kami berdua memaut pada jari kelingking masing-masing sambil menguntumkan senyuman. Luqman melekapkan dahinya pada dahiku dan mengucup hidungku.

Aku tersenyum lebar.


Previous: Bab 42
Next: Bab 44

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.