Bab 42

BAB 42

"LUQMAN Rafhael Bin Luth Redzza.."

Ayah dan Luqman berjabat tangan. Aku hanya memerhati dari ekoran mata dengan perasaan gugup. Sebentar lagi aku akan menjadi isteri yang sah kepada seorang professor bernama Luqman Rafhael. Aku sendiri seperti tidak percaya yang aku akan menjadi seorang isteri. Satu tanggungjawab besar yang harus aku galas tidak lama lagi. Hanya tunggu Luqman lafazkan dan saksi mengesahkan perkahwinan kami.

"Ya saya," jawab Luqman tenang. Aku pula yang tidak senang duduk. Tangan pun sudah kesejukkan. Ibu di sebelah menggenggam tangan aku erat.

"Aku nikahkan dikau dengan puteriku, Nur Alyna Binti Amsyar dengan mas kahwin sebanyak RM3000 tunai."

"Aku terima nikahnya, Nur Alyna Binti Amsyar dengan mas kahwin sebanyak RM3000 tunai..." Dalam satu nafas, Luqman mengungkapkan ayat itu. Aku tersenyum, hati aku tersentuh saat mendengar Luqman melafazkan ayat itu.

"Sah..."

"Alhamdullilah..."

Semua menadahkan tangan untuk berdoa. Air mata aku jatuh setitis saat diri aku sudah pun menjadi isteri kepada Luqman. Perasaan gembira yang tak terhingga menyebabkan air mata tidak dapat ditahan lagi. Kebahagiaan yang selama ini aku impikan sudah pun aku rasai walaupun baru beberapa minit menjadi isterinya.

"Sayang..."

Aku tersenyum malu lalu menghulurkan jariku. Luqman menyarungkan cincin permata pada jari manisku kemudian dia mengucup dahiku lama. Giliran aku pula mengucup tangannya.

"Abang sayangkan sayang untuk selamanya...," bisik Luqman betul-betul pada telingaku. Aku tersentuh mendengar kata-katanya itu.

Jurugambar mula mengambil gambar detik-detik kegembiraan aku dan Luqman bersama ahli keluarga. Luqman tak lepas-lepas merangkul pinggang aku. Sedikit pun tak kasi aku berjauhan dengannya. Sikap Luqman yang sangat prihatin membuatkan aku terharu. Siapa yang tidak suka saat orang yang kita sayang terlalu ambil berat mengenai kita?

"Sayang...," bisik Luqman. Aku mendongakkan kepala memandangnya.

"I love you...," ucapnya sambil tersenyum sehingga matanya menjadi sepet. Aku tertawa kecil lalu menjengketkan kaki untuk separas dengan telingannya.

"I love you too...," balas aku dengan nada berbisik.

*****

MALAM sudah pun berlarutan, jarum jam menunjukkan pukul 9 malam. Semua tetamu sudah pun bersurai. Aku meminta diri untuk membersihkan diri di bilik manakala ayah dan ibu masih lagi berbual-bual dengan Luqman. Tangan aku menyambar tuala yang tergantung di tempat penyangkut lalu membawa langkah masuk ke dalam kamar mandi.

Krekk...

Aku terdengar bunyi pintu terbuka saat aku sedang memakai pijama. Segera aku berdiri di meja solek dan menyikat rambut. Dari ekoran mata aku ternampak susuk tubuh Luqman sedang menghampiri aku. Pinggang aku dirangkul dari belakang dan meletakkan dagu di atas kepala aku. Aku tersenyum dan aku nampak dia turut tersenyum dari pantulan cermin meja solek.

"Wanginya... tunggu abang ya?"

Aku tersenyum lalu menganggukkan kepala. Dia mengucup pipi aku sebelum masuk ke dalam kamar mandi. Aku merapikan diri aku sebelum merebahkan diri di atas katil.

Telefon bimbit Luqman yang terletak di atas tilam aku capai lalu dibelek. Saja aku mahu melihat reaksinya. Mana tahu dia ada simpan apa-apa rahsia dari aku. Lagipun jarang sangat aku tengok dia ni telefon bimbit. Mana tidaknya, asyik sibuk dengan kerja saja lagi-lagi kalau mengkaji. Langsung tak sentuh telefon bimbit kecuali panggilan atau mesej dari aku.

"Sayang... buat apa tu? Buat spotcheck ke?" soalnya sebaik saja keluar dari bilik air dengan hanya bertuala. Terkejut aku melihat tubuhnya yang terdedah itu. Sengaja mencari nahas dia ni. Laju aku mengalihkan pandangan ke telefon bimbitnya semula.

"Saja je... tak pernah tengok telefon bimbit abang ni...," jawab aku dengan nada perlahan. Masih malu dengannya. Lagi-lagi tunjuk badannya yang sasa itu. Memang saja buat pipi aku ni terasa panas.

Aku mengerling ke arahnya yang sedang menarik sehelai seluar panjang dari dalam laci almari kemudian dipakai. Tiada tanda-tanda dia mahu mengambil baju untuk dipakai bagi menutup tubuh sasanya itu.

"Sayang... daripada tatap telefon bimbit tu baik sayang tengok abang lagi baik," ujarnya sambil menarik perlahan telefon bimbitnya dan diletakkan di atas meja lampu di sebelahnya. Aku menelan air liur payah. Kenapa perangai dia malam ni lain macam? Lunak sangat suara itu, bulu roma aku pun merinding tak pasal-pasal macam nampak hantu.

"Sayang... kenapa ni? Muka resah je? Ada masalah ke?"

"Masalahnya abanglah...," gumam aku perlahan tanpa dia dengar. Tak pasti dia dengar atau tidak sebab jarak aku dengan dia tak adalah jauh mana pun. Dekat sangat. Terasa lemas pula aku.

Dia mengiring menghadap aku sambil menongkat kepalanya. Aku masih menundukkan pandangan ke bawah, nak pandang mana pun aku tak tahu. Aku tunduk bawah nampak tubuh badannya itu dengan dekat.

"Sayang... malu dengan abang lagi ke?" soalnya sambil mendongakkan daguku. Aku tersengih malu lalu menjatuhkan pandangan.

"Janganlah malu. Abang kan dah jadi suami sayang..." Dahi aku dikucupnya lembut. Aku menghelakan nafas cuba mencari kekuatan. Mudah sangat aku ni cair dengan godaannya. Tak tahu pula aku dia ni pakar dalam godaan. Ingatkan professor pakar dalam dunia sains saja.

"Abang ni janganlah buat Aly malu... eii..." Aku menolak lembut dadanya. Dia ketawa lalu memegang tangan aku. Dikucupnya beberapa kali membuatkan perasaan malu aku semakin menggunung.

"Abang sangat sayangkan, sayang. Seluruh jiwa dan raga abang..." Dia memeluk tubuh aku dan jarak kami sangat dekat, sedikit pun tiada jurang. Perlahan-lahan tangan aku merangkul pinggangnya. Dia tersenyum memandang aku kemudian dahi aku sekali lagi dikucup.

"Abang kita cuti berapa lama?"

"Selama-lamanya sayang...."

Membulat mata aku mendengarnya. Dia ni orang tanya serius, dia main-main pulak.

"Kenapa selama-selamanya, abang dah tak nak kerja?" Sengaja aku menyoalnya.

"Abang nak sentiasa bersama dengan sayang. Selamanya. Sedikit pun abang tak berpisah dengan sayang. Kalau kerja, kena berpisah walaupun sekejap. Nanti abang rindu sampai demam berminggu-minggu macam mana? Abang tak nak susahkan sayang abang..."

Ya Allah, jawapan dia tu. Memang sengaja buat aku rasa nak tampar-tampar saja. Asal manja sangat ni. Sabar sajalah. Mengada-ngada betul tampaknya.

"Abang ni orang tanya betul-betul dia boleh berjiwang pulak. Sejak bila pandai berjiwang ni, huh?"

"Sejak abang mengenali sayang. Jadi, salah sayang kerana menarik abang ke dunia percintaan ini. Lebih-lebih lagi sayang insan yang abang cintai."

Aku tertawa kecil. Pandai betul dia ni menjawab, setiap jawapan ada unsur romantiknya itu. Aku jugalah yang disalahkannya....

"Yelah sayang... kita cuti dua minggu. Dalam masa dua minggu ni abang nak habiskan masa abang dengan sayang. Tak nak buat kerja! Semua abang dah uruskan. Lusa kita akan pergi honeymoon dekat Jepun. Lepas tu tadi ayah dan ibu ada beritahu abang yang mereka nak ajak kita bercuti sekali dekat Pulau Bora-bora..."

Membulat mata aku mendengarnya. Dua-dua tempat tu adalah tempat idaman aku selama ini. Dari dulu lagi ayah pernah janji nak bawak aku bercuti di Pulau Bora-bora, ketika itu aku masih lagi bersekolah. Tak sangka, ayah akan tunaikannya! Seronoknya!

"Hah! Beranganlah tu! Tak sabar nak pergi honeymoon dengan abang?" Tangannya mencuit lembut hidung aku. Aku tersengih memandangnya.

"Mestilah tak sabar. Abang nak bawak Aly pergi Jepun, tempat melancong idaman Aly tau selama ni..."

"Ye ke? Abang tak salah pilihlah ni nampaknya..."

Aku tersenyum sambil menganggukkan kepala.

"Abang tak nak tidur?" soal aku sambil berbaring di atas lengannya. Tangannya pula ligat membelai rambut aku.

"Awal lagi nak tidur... Kan hari ni hari pertama kita sebagai suami isteri...." Dia mendekatkan wajahnya di tepi pipiku. Terasa nafasnya menampar-nampar wajahku.

Erk. Aku lupa. Alamak, cuaknya...

"Err... oh... ya..." Terketar-ketar aku mahu mengeluarkan suara. Dia tertawa kecil lalu memeluk tubuh aku erat.

"Abang sayangkan sayang, ingat tu sampai bila-bila...," bisiknya.

Aku tergamam seketika sebelum menganggukkan kepala.

"Aly pun sayangkan abang sangat-sangat...," balas aku perlahan.


Previous: Bab 41
Next: Bab 43

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.