Bab 33

BAB 33

"ALYNA..."

Aku memalingkan wajah ke arah Luqman yang baru saja melangkah masuk ke bilik latihan. Senyuman seikhlas hati dilemparkan ke arahnya. Dia laju saja membalas senyumanku.

"Mana Firdan?" soalnya sebaik saja melabuhkan punggung di atas bangku tinggi. Aku menggelengkan kepala sambil mata menjengah ke arah pintu masuk bilik.

"Biasanya dia dah datang, tak tahu kenapa hari ni lambat pula ataupun tak datang... dia tak ada WhatsApp abang ke?" tanya aku sambil menopang dagu memandang wajahnya yang sedang membelek telefon bimbit.

"Kejap abang nak check...," ujarnya.

Aku bermain-main dengan hujung fail kertas yang dibawa oleh Luqman tadi, sesekali aku mengerling ke arahnya yang begitu serius membelek telefon bimbitnya itu.

"Tak ada pulak dia WhatsApp abang, last seen dia pun petang semalam. Kiranya lama juga dia tak online," keluh dia.

"Erm. Ada masalah kecemasan kut. Nanti dia call abang lah tu."

Luqman sekadar menganggukkan kepala.

"Tak apalah, kita mulakan pembelajaran untuk topik hari ni. Malam ni jangan lupa macam biasa," ujarnya sambil mengenyit mata. Aku tertawa kecil sambil menganggukkan kepala.

"Baik cik abang sayang...," balas aku dengan ayat berbunga romantis.

"Wah! Semangat macam ni abang nak ajar baby abang ni..."

Aku mencebikkan bibir, tak habis-habis panggil aku 'baby'. Tak berkenan sungguh aku, kalau sayang ke honey sedap lagi didengar tapi kalau 'baby' aku rasa macam telinga aku berbulu pula.

"Abang, stop calling me baby. Aly tak suka...," ujar aku sambil tangan naik menyilang ke dada.

"Aik? Tak suka... biasa kalau perempuan panggil panggilan manja macam tu, bukan main tersenyum lebar sampai tak cukup bibir," balasnya.

Aku menggelengkan kepala.

"Tapi Aly tak suka. Berbulu Aly dengar..."

"Berbulu? Ya Allah, ye ke? Nak abang periksa tak mana tahu bulu tu dah lebat bahaya, nanti Aly tak boleh dengar ayat-ayat romantis dari abang, macam mana?" soalnya dengan riak wajah sengaja dibuat-buat terkejut.

PAP!

Laju tangan aku memukul lengannya. Dia mengaduh sakit sambil menggosok lengannya itu. Aku pula masih dengan wajah cemberut, memandang ke arahnya.

"Aduh... sakit... Kalau hari-hari dapat pukulan percuma macam ni mau tinggal tulang je lengan abang ni..."

"Eii! Abang ni kan! Ada je tau! Dah lah nak ajar ke tak ni?" soal aku penuh sebal. Seronok dia ketawakan aku.

"Alololo... okey okey... Kita belajar. Nanti moody tak boleh fokus pulak, ya." Dia masih lagi ketawa. Aku pula hanya menggelengkan kepala, membuntuti langkahnya yang sedang mengambil beberapa alatan untuk memulakan latihan untuk aku hari ni.

"Nanti cukup dua bulan Aly dah berlatih semua ni, abang akan bawa Aly untuk menghadapi suasana yang sebenar. Kalau ada pesakit yang perlu dirawat, abang akan bawak Aly sekali untuk Aly tengok macam mana abang rawat pesakit sebenar. Aly bersedia okey...."

Aku menganggukkan kepala. Agak gemuruh juga bila Luqman cakap macam tu. Rasa berdebar-debar pula. Aku harap semuanya berjalan dengan lancar. Dengan adanya Luqman yang sudi membantu aku untuk berjaya dalam program latihan industri aku ini.

"Aly..."

Lamunan aku terpadam dek terdengar Luqman memanggil aku. Segera aku memandang ke arahnya dengan kening terjungkit.

"Fikir apa? Jauh termenung? Aly ada masalah ke? Ceritalah...," soal Luqman sambil duduk di hujung meja sambil memeluk tubuh, memakukan pandangannya ke arah aku.

"Erm.. Aly cuma terfikir..." Aku menghelakan nafas seketika sebelum menyambungkan ayat tadi.

"Dalam beberapa hari ni, Aly selalu kena kacau. Aly tak bermaksud nak rahsiakan dari abang... tapi Aly tak nak buat abang risau..." Akhirnya aku terpaksa menceritakan pekara ini kepada dia. Aku takut pekara ini berlarutan dan tiada sesiapa tahu keadaan aku di rumah seorang diri.

"Apa maksud, Aly? Kena kacau macam mana?" soalnya dengan kerutan di dahi. Aura seriusnya sudah terkeluar. Tiada lagi unsur gurauan seperti biasa dia buat.

"Aly selalu dengar macam orang masuk dalam rumah lepas tu ada barang jatuh. Bila Aly periksa semua, tak ada apa-apa pun."

"Nak abang datang rumah malam ni?"

"Eh! Abang ni, tak akanlah nak berdua dalam rumah Aly. Malam pulak tu."

Dia meraup wajahnya, nampak sangat dia risaukan aku sekarang ni.

"Okey baiklah macam ni. Abang datang rumah Aly tapi abang duduk dalam kereta. Abang tak duduk depan rumah Aly, abang perhati dari jauh. Abang nak tengok siapa yang cuba untuk mengacau Aly. Pekara ni buat abang risau. Bahaya, Aly dahlah tinggal seorang..."

"Baiklah. Aly okey je... terima kasih abang... Maaf susahkan abang...," kata aku sambil menganggukkan kepala.

"Tak payah minta maaf, memang tanggungjawab abang untuk pastikan Aly dalam keadaan selamat. Sekarang ni abang yang jaga Aly, apa-apa abang kena tahu. Jangan sembunyikan apa-apa dari abang.. Faham?"

Laju aku menganggukkan kepala.

*****

AMSYAR mengurut-urut kepalanya yang terasa pening. Sudah beberapa hari ini dia berasa badannya tidak berapa sihat. Mungkin kerana terlalu banyak bekerja daripada berehat. Sudah berapa kali dia melepaskan keluhan berat sebaik saja melabuhkan punggung di atas kerusi kerjanya. Dia mengeluarkan telefon bimbit lalu membuka galeri gambar, kelihatan gambar Alyna bersama Luqman sewaktu anak perempuannya itu belajar di kolej. Terbit rasa bersalahnya pada Luqman, lelaki yang banyak membantu anaknya itu.

"Kenapalah bodoh sangat aku ni? Aku langsung tak pandai jaga satu-satunya anak aku. Kenapa aku boleh buat pekara yang boleh menjatuhkan semangat Alyna? Aku rasa tak berguna menjadi ayah kepada dia. Sekarang ni aku yang rasa susah hati saat dia berjauhan dengan aku...," gumam Amsyar sendirian sambil mengusap gambar Alyna ketika kecil. Air matanya berguguran ke pipi.

"Yazid, mana kau? Kenapa kau menghilangkan diri? Aku nak kita tebus semula kesalahan kita dekat Firdan dengan Luqman. Ke mana kau pergi?" keluh Amsyar, rambutnya disingkap ke belakang.

"Aku harap Firdan tak akan balas dendam menggunakan Alyna. Biarlah aku yang mati sekali pun tapi jangan dia sentuh Alyna... Alyna tak bersalah apa-apa. Dia tak tahu apa yang ayah dia yang tak guna ni buat di belakangnya," tangis Amsyar teresak sambil meraup wajah beberapa kali.

Baru dia sedar yang kesalahannya ini membuatkan dirinya tidak tenang. Selalu dibelenggu rasa bersalah. Kalau Alyna tahu, bencikah Alyna pada dia?


Previous: Bab 32
Next: Bab 34

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.