Bab 10

BAB 10

AKU menutup buku rujukan sebaik saja Prof. Hilman menghabiskan kuliahnya untuk pagi ini. Sekarang adalah waktu subjek Doktor Dennis, seperti biasa aku akan keluar dari kelas dan pergi ke makmal kajian yang biasa menjadi tempat keberadaan Prof. Luqman.

"Abang Luq..." Sunyi sepi saja makmal kajian itu saat aku melangkah masuk. Mata aku mengerling ke arah jam pada pergelangan tangan aku. Sekarang dah pukul 10 pagi, biasanya dia sentiasa ada saja di makmal. Jarang dia keluar ke tempat lain.

BUK!

Aku sempat menahan diri aku pada meja panjang makmal tatkala seseorang melanggar tubuh aku dari tepi.

"Erm. Sorry," ucap si gerangan itu.

Aku meletakkan buku nota dan alat tulis di atas meja kemudian mendongak perlahan memandang gerangan itu yang masih lagi berdiri di tepi aku.

"Awak siapa, eh? Kenapa masuk makmal ni?" soal dia dengan nada lagak sombongnya. Eh! Nak saja aku menjawab dengan jawapan yang mampu memanaskan hati dia tapi memikirkan aku bukanlah sejenis orang yang begitu maka niat itu ditolak jauh-jauh.

"Saya Nur Alyna. Saya ada kelas dengan Prof. Luqman," jawab aku dengan nada biasa. Bibirku melorekkan senyuman kecil sebagai tanda aku ini bukan seorang yang sombong.

"Oh." Hanya sepatah saja perkataan yang keluar dari mulutnya. Tanpa membuang masa, aku duduk di bangku makmal dan mula membuat mengulang kaji dengan buku nota yang diberikan oleh Luqman tempoh hari.

"Alyna, maafkan abang. Abang lambat tadi, tiba-tiba ada mesyuarat mengejut. Dah lama ke Alyna sampai?" soalnya sambil menyingkapkan rambut ke belakang dan membetulkan kot putihnya itu.

"Taklah. Baru sampai dalam lima minit macam tu. Tadi ada orang dalam makmal ni, Aly ingat abang tadi."

"Eh! Maaf... saya ingat tadi Prof." Boleh pula selamba aku saja panggil dia 'abang' dalam kolej. Kalau orang lain dengar mahu tak kena viral aku. Percuma saja aku menjadi terkenal di seluruh kolej ini.

"Tak apa. Saya pun tersilap guna panggilan." Dia tertawa kecil lalu duduk berhadapan dengan aku.

"Kejap. Tadi awak kata ada orang dalam makmal ni? Siapa?" soalnya.

Aku mengangkat bahu.

"Entah. Tengok cari dia macam sombong. Dia langgar saya lepas tu tanya macam-macam. Saya cakap jelah yang saya tunggu Prof," jawab aku dengan panjang lebar. Dia pula sekadar mengangguk-anggukkan kepalanya.

"So we continued our last lessons."

Aku bersemangat mendengar ulasan setiap topik dari mulutnya. Segala yang keluar dari mulutnya, aku catat masuk ke dalam buku nota. Ada maklumat yang tiada ditulis di dalam buku rujukan, jadi aku mengambil peluang untuk menggunakan informasi yang diberi di dalam peperiksaan akan datang. Mana tahu boleh skor markah lebih.

*****

KELAS habis tepat jam 2 petang, aku mengemas buku nota dan alat tulisku ingin menuju ke kelas semula untuk mengambil beg. Luqman pula terkejar-kejar ke bilik mesyuarat semula, katanya ada urusan yang belum diselesaikan lagi.

"Ya, saya Doktor Yazid Aqmar. Doktor yang baru pindah ke sini."

Aku terdengar suara orang bercakap, segera aku menyorok di sebalik dinding kelas sambil menggalas beg. Salah seorang dari mereka di situ sepertinya ada seorang yang aku pernah nampak. Rasanya lelaki bernama Yazid Aqmar itu yang langgar aku tadi, tengok muka pun dah tahu sebab muka dia paling berlagak sekali di antara mereka.

Segera aku keluar dari kelas dan menuju ke kafe untuk mengisi perut. Dalam hati aku terfikir tentang lelaki tadi. Rasanya Doktor Dennis pernah sebut nama dia sewaktu dalam kelas dulu. Katanya ada pensyarah baru yang akan dipindahkan ke sini kerana prestasi yang semakin meningkat. Mesti dia pandai belaka, sebab tu muka pun berlagak mengalahkan Luqman.

"Alyna!" panggil seseorang. Segera aku berpaling ke belakang dan melihat Luqman melambaikan tangan ke arah aku. Aku tersenyum lebar membalas lambaiannya.

"Tak balik lagi?" soal Luqman sebaik saja dia berdiri di hadapan aku.

"Belum. Lapar. Nak makan." Aku tersengih seperti kerang busuk apabila mengaku diri lapar walhal baru beberapa jam tadi dah makan semasa waktu rehat.

Luqman tertawa kecil.

"Tak mau lah makan dengan kafe. Kita makan dekat luar, nak? Saya pun dah habis kerja ni. Free time...," ujarnya dengan nada ceria. Aku menganggukkan kepala, laju saja apabila diajak makan bersama.

Sewaktu aku mengikut Luqman ke keretanya, aku nampak kelibat Yazid seolah-olah memerhatikan kami dari jauh. Aku tak tahu lah dia perhatikan siapa tapi dekat parking lot ni hanya aku dan Luqman saja. Semestinya dia pandang aku dan Luqman, kan? Tapi kenapa dari air mukanya, dia seperti tidak suka melihat aku dan Luqman?

Pedulikan sajalah. Jangan nak perasan nanti sendiri yang malu. Baik aku lagak seperti biasa saja. Kalau aku risau, nanti dia nampak aku ni beria-ria perhatikan dia semula.

"Nak makan dekat mana?" soal Luqman sebaik saja aku memasang tali pinggang keledar.

"Tak kisah. Kita ikut saja..."

Luqman menganggukkan kepalanya dan memandu masuk ke jalan raya.

"Erm. Abang Luq, ada lecturer baru masuk, eh?" soal aku.

"Ya. Nama dia Yazid Aqmar. Pangkat doktor."

Aku menganggukkan kepala.

"Kenapa berminat ke? Abang tengok masa dia masuk, ramai pelajar perempuan usha dia sambil merah-merah muka masing-masing. Handsome sangat agaknya."

Aku menjulingkan mataku ke atas.

"Handsome? Pada Aly, dia tak handsome. Cara dia bercakap tadi pun berlagak habis. Macam Aly buat salah je masa masuk makmal tu. Nak je Aly berlagak balik cakap yang Aly lagi lama kat situ dari dia."

Mengekek Luqman ketawa mendengar celoteh aku.

"Apa yang kelakar?" soal aku dengan wajah cemberut.

"Comel sangat Alyna berceloteh. Geli hati abang dengar."

Aku ketawa sambil menutup mulut. Tak sangka pula aku ni comel sewaktu berceloteh. Tak pernah lagi sesiapa yang sudi memuji aku.

"Nanti kita sambung pelajaran kita dekat taman kunang-kunang, ya. Abang nak cerita pasal kehidupan spesies kunang-kunang," katanya.

"Wah! Kunang-kunang? Susah nak jumpa kunang-kunang tu!" Dia tersenyum lalu menganggukkan kepala.

"Ya, memang susah sebab banyak dah pupus akibat manusia juga. Manusia yang mengamalkan kepercayaan karut menyebabkan kunang-kunang semakin hampir ke zon kepupusan," beritahunya.

Aku menganggukkan kepala.

"Kesian kunang-kunang tu..." ujar aku.


Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.