Bab 29

BAB 29

"APA?" soal aku dengan nada suara terketar-ketar sambil memandang wajah Luqman dengan pandangan yang tidak percaya.

"Abang cintakan Alyna sepenuh hati abang." Dia ungkapkan sekali lagi ayat itu, lemah lutut aku mendengarnya tapi aku cuba menggagahkan diri. Tak mahu aku jatuh depan dia! Sendiri yang malu!

"Abang... betul-betul ke abang maksudkannya?" Aku beranikan diri untuk menyoalnya semula. Dia sekadar menganggukkan kepala dan ekspresi wajahnya tetap serius seperti tadi.

"Betul ke? Alyna tak percaya...." Sengaja aku mahu dia menjelaskan dengan ayat yang lebih terperinci supaya aku yakin dengan kata-katanya tadi.

"Alyna nak abang buat apa supaya Alyna percayakan abang dan maafkan abang pada masa yang sama? Beritahu abang...," tanya dia dengan serius. Dari duduk di kerusi, dia bangun lalu duduk di hujung meja sambil merenung aku dengan jarak yang dekat membuatkan aku semakin gugup.

"Tak. Tak perlu buat apa-apa. Aly cuma tak percaya yang abang cintakan Aly, sebab apa? Sejak bila?" tanya aku lagi. Dia melepaskan keluhan kecil lalu meraup wajahnya sekali.

"Perasaan tu muncul masa kita memula pertama kali kenal tapi abang nafikan. Abang cuba abaikan tapi setiap kali abang dengan Aly, perasaan tu semakin lama semakin tak boleh dibelenggu lagi. Abang tak boleh tipu diri abang sendiri yang abang mula sayang pada Alyna. Lama-kelamaan perasaan sayang menjadi kepada cinta. Abang mengaku abang cintakan Alyna. Saat abang tinggalkan Aly, hidup abang tak tenang, Aly. Tak tenang."

Aku mengetap bibir lembut saat mendengar jawapannya itu dan aku yakin, jawapan itu memang betul-betul ikhlas dari lubuk hatinya.

"Maafkan Aly. Aly tak bermaksud nak pinggirkan abang tapi Aly nak abang tahu yang hati dan perasaan Aly sakit sangat bila abang tinggalkan Aly tanpa bagitahu apa-apa. Aly rasa seolah-olah Aly ni bukanlah orang yang penting untuk diberitahu sedangkan kita selalu bersama-sama."

Luqman menganggukkan kepalanya dengan wajah sayu. Kami terdiam seketika sebelum aku kembali bersuara.

"Kenapa abang tak luahkan masa awal-awal? Kitakan selalu keluar sama-sama. Luahkan perasaan sama-sama. Cerita kisah hidup kita, kenapa masa tu abang tak luahkan?"

Dia memandang wajah aku lama sebelum menjawab soalan aku.

"Abang takut cinta abang kena tolak," jawabnya.

"Belum cuba, belum tahu," ujar aku.

"Tak adalah. Muka Alyna kan selalu masam je bila keluar, nak senyum tu bukan main payah tu pun kalau abang buat lawak je. Abang takutlah abang luahkan, terus kena rejek. Malu je, muka handsome macam ni tapi kena rejek."

Membulat mata aku mendengar percakapannya. Ada dia nak salahkan aku? Selama ni muka aku cukup manis, dia tak nampak ke? Memang cari pasal dia ni!

"Eh! Asal pula Aly? Aly senyum okey! Ceria! Gembira setiap kali dengan abang! Abang tu yang muka macam gorila yang awek dia kena rampas! Handsome sangat!" balas aku semula dengan perasaan geram. Dia memandang aku dengan wajah tak percaya.

"Handsome okey! Cuba tilik muka abang ni setiap inci. Ramai perempuan yang nak cuba nasib tapi nasib diaorang semua tak mengena tau! Sebelum tu, Aly pernah tengok ke macam mana muka gorila lepas awek dia kena rampas? Ni mesti Aly pernah duduk sebumbung dengan gorila dulu kan? Sebab tu Aly tahu macam muka-muka gorila tu?"

Aku tercengang mendengar percakapannya yang cukup menyakitkan hati itu. Aku terus berdiri dengan lagak yang tak puas hati.

"Eii! Abang ni memang kan! Suka sakitkan hati orang! Ada saja jawapan abang! Bencilah!"

Luqman mendekatkan jaraknya lagi membuatkan aku terundur setapak.

"Eh! Salahkan abang pula. Aly yang cakap macam tu tadi, betullah abang cakap. Aly pernah duduk dengan gorila sebab tu Aly tahu."

Aku mendengus kuat sambil menyilangkan tangan ke dada. Memang aku tengah panas hati sekarang ni.

"Abang ni memanglah! Eii! Suka sindir orang! Benci benci benci!" marah aku. Dia berdiri menghadap aku kemudian dia mula melangkah untuk keluar dari situ.

"Okey, fine! Benci abang? Abang boleh pergi dari hidup Aly. Itu yang Aly nak kan?"

Terkelip-kelip mata aku mendengar ayatnya itu. Okey sekarang ni, dia main-main atau betul-betul? Sengaja nak buat aku cuak ke?

"Eh! Abang! Nanti!" Dengan beraninya aku menahan kedua-dua belah lengannya sehingga dia terduduk semula di atas meja tadi.

"Eh! Eh!" terkejut Luqman tatkala aku bertindak seperti itu. Masa tu dah tak ada lagi perasaan malu. Aku tak nak dia tinggalkan aku lagi, cukuplah sekali.

"Okey, okey! Aly minta maaf. Aly pun ada benda nak cakap dengan abang."

Luqman diam tidak berkutik dan hanya memandang aku dengan pandangan serius. Seram pula aku nak luahkan, dah macam hadap pengetua sekolah bila buat salah.

"Aly pun cintakan abang. Aly sayang dekat abang. Setiap malam Aly menangis dan tidur peluk gambar kita," jujur aku.

Akhirnya! Dapat aku luahkan perasaan aku selama ini, betapa leganya hati aku.

"Abang?" panggil aku apabila melihat Luqman langsung tidak memberi sebarang respons. Dia hanya merenung aku dari tadi.

"Haa... ya?" Dia seolah-olah tersedar dari lamunannya.

"Aduh. Abang dengar tak apa yang Aly cakap tadi?" Dia tersenyum lalu menganggukkan kepala.

"Terima kasih sebab tak tolak cinta abang. Abang gembira sangat."

Aku mengukirkan senyuman. Dia berdiri menghadap aku lalu kami bertentangan mata lama. Jantung aku kembali berdegup laju. Dia nak buat apa? Kenapa aku rasa lain saja sekarang ni?

"Abang?" soal aku saat dia mendekatkan wajahnya dengan wajahku. Kedua-dua belah lengan aku dipegang.

"Eh?" Dia menolak aku perlahan ke tepi dan melepaskan pegangan. Dia terus melangkah keluar.

"Lain kali jangan berangan sampai ke situ. Ni mesti banyak terpengaruh dengan novel," ujarnya dengan nada mengejek.

Aku terkedu.

"Abang nak pergi mana?" tanya aku sambil mengekori langkahnya dari belakang.

"Abang nak pergi tandas. Nak ikut juga ke?"

Naik merah padam muka aku dibuatnya. Tak pasal-pasal aku kena balik. Memang memalukan!

"Eii! Cakaplah! Ingatkan nak pergi mana!"

Luqman mengekek gelakkan aku, kemudian dia berlari anak ke tandas. Nampak sangat dah tak tahan nak membuang hajat, tu lah ajak meluahkan perasaan lagi. Sakit-sakit hati pun, hati aku gembira sangat! Gila tak happy! Cinta aku selama ni tak bertepuk sebelah tangan!

Cinta aku berbalas! 


Previous: Bab 28
Next: Bab 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.