Home Novel Komedi/Romantik Komedi kurang asam punya bos!
kurang asam punya bos!
nuroll shazlinda hairul
22/1/2013 14:55:25
398,885
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Bab 1

1

Elfira sedang leka menatap Surat Khabar Sinar Harian. Hampir lunyai surat khabar itu dibuatnya. Setiap ruangan kerja kosong yang menarik perhatiannya ditandakan bulat. Tak cukup dengan itu, ada juga tanda pangkah di dada iklan itu.

Sedang Elfira leka mencari ruang kerja kosong dalam akhbar itu, tiba-tiba telefon bimbitya berbunyi.

Hisy ada aje yang kacau! Dengus Elfira kerana konsentrasinya terganggu.

Kemudian dia tesenyum apabila nama Sofea tertera di skrin telefon. Segera dia menekan butang hijau.

“Helo Fea, apa cerita?” tanya Elfira, girang.

“L, aku bosanlah. Temankan aku pergi buat terapi minda boleh tak?” ajak Sofea.

“Bunyi macam menarik tapi kau tak kerja ke?”

“Hari ini aku mc. Aku sakit perut pagi tadi. Tapi sekarang dah okey. Itu yang aku ajak kau keluar,” beritahu Sofea sambil tertawa manja.

“Oh sakit perut. Betul-betul sakit perut ke atau sengaja buat-buat sakit perut, Cik Sofea?”

Sengaja Elfira mengusik rakannya itu.

“Memang tadi aku sakit perut. Buat apa aku nak pura-pura pulak. Kau nak temankan aku ke tak ni?”

Sofea berasa rimas apabila diusik begitu.

“Yalah, aku temankan kau. Kita nak pergi mana?”

“Apa kata, kita ke One Utama?”

“Okey jugak tu, kita jumpa lagi satu jam.”

“Jangan lambat tau!”

“Baiklah, tuan puteri.”

Talian telefon terus dimatikan. Kemudian Elfira bernyanyi-nyanyi kecil. Riang! Niatnya untuk mencari kerja terus dilupakan. Akhbar yang terletak di atas meja ditinggalkan begitu sahaja. Kakinya pantas diatur menuju ke bilik.

Puan Sri Karmila yang baru hendak turun ke ruang tamu berselisih dengan Elfira. Dia memandang hairan ke arah anaknya lalu menegur.

“Amboi bukan main seronok lagi anak mama yang seorang ni. Ada apa-apa rancangan ke?” tanya Puan Sri Karmila.

Langkah Elfira terhenti sebaik sahaja mendengar pertanyaan mamanya.

“Tak ada apalah ma. Fea telefon tadi. Dia ajak L temankan dia shopping,” jawabnya bersahaja.

“Kamu ni L, berjalan aje tahunya. Dah sebulan L balik ke Malaysia tapi tak kerja jugak. Cubalah cari kerja. Sampai bila anak dara mama ni nak tanam anggur? Kalau tanam anggur tu berbuah, tak apalah jugak. Ini poket mama dan papa kena tarah. Itulah, mama, papa dah cakap, daripada L susah-susahkan diri nak cari kerja, lebih baik kerja sahaja dengan papa, along atau angah.”

“Mama tu, dah mulalah nak membebel. Ma, L keluar ni pun nak cari kerja jugak. Sambil menyelam minum air. L dah lambat ni. L naik atas dulu, nak mandi dan bersiap. Okey mama.”

Elfira pantas mencium pipi Puan Sri Karmila kemudian berlalu menuju ke biliknya. Puan Sri Karmila hanya menggeleng.

“Kalau mama cakap, ada aje jawapannya. Ikut sangat perangai papa kau tu,” bebel Puan Sri Karmila.

Dia terus berlalu ke ruang tamu. Buat pening kepalanya memikirkan hal anak bongsunya itu.

Elfira yang mendengar omelan Puan Sri Karmila sekadar tersenyum. Dia memang sengaja mengelak untuk berbicara akan hal kerja. Rimas! Maaf ma.

SOFEA mengerling ke arah jam tangannya. Setia menanti Elfira yang belum nampak batang hidungnya lagi. Kedengaran Sofea mendengus kasar.

Hish mana L ni? Dah setengah jam aku tunggu! Suka sangat tak tepati masa. Budak ni memang suka buat aku hilang sabar tau! Omelnya di dalam hati.

“Hah!” sergah Elfira dari arah belakang.

“Opocot! Mana L? Aku dah hilang sabar, eh sabar, eh sabar,” ujar Sofea, melatah sambil tangannya ligat memukul tangan Elfira.

Elfira tidak tahan melihat telatah Sofea. Tanpa menghiraukan keadaan sekeliling, Elfira ketawa sekuat hati. Geli hatinya melihat telatah Sofea.

“L! Teruklah kau ni. Terkejut aku! Nasib baik aku ni tak ada penyakit lemah jantung. Kalau tak dah jadi arwah aku tau!”

“Maaflah Fea, aku tengok kau asyik khayal. Apalagi, ni peluang terbaik aku untuk kenakan kau! Jangan marah ya. Aku kan teman baik kau.”

Elfira membuat muka kasihan. Dia berharap agar Sofea termakan pujuk rayunya.

“Tak nak maafkan kau! Dahlah datang lambat, lepas itu buat aku sakit hati pulak. Macam ni ke sahabat?”

Muncung Sofea sudah panjang sedepa. Sikit pun dia tidak memandang ke arah Elfira. Merajuk! Sebenarnya dia hanya pura-pura merajuk. Saja nak suruh Elfira pujuk.

“Eleh nak merajuk konon. Fea, aku nak beritahu kau sesuatu. Kau memang cantik tapi bila kau merajuk tiba-tiba aku tengok muka kau dah macam...” Sengaja Elfira menggantungkan ayatnya. Dia ingin melihat reaksi Sofea.

“Macam apa?”

Elfira mengukir senyum.

Kan aku dah kata, bukan susah sangat nak pujuk sahabat baiknya itu.

“Kau nak tahu ke?”

Sofea mengangguk perlahan.

“Macam teletubbies!”

“Teletubbies? Eee... sampai hati kau samakan aku dengan teletubbies!”

Elfira ketawa terbahak-bahak.

“Comel apa teletubbies tu. Kartun kegemaran aku masa kecil-kecil dulu.”

“Banyaklah kau punya kartun kegemaran. Aku bukannya bulat-bulat macam teletubbies tu.”

Elfira masih lagi ketawa. Muncung Sofea sudah panjang sedepa sambil menyilangkan tangan ke dada. Wajahnya masam mencuka dan dia tidak memandang Elfira.

“Dah, tak payah nak merajuk lagi. Jom, aku belanja kau makan kat Sri Melaka. Aku tahu, kau pun tengah lapar, kan?”

“Betul ni?” tanya Sofea, inginkan kepastian.

Hilang sudah rajuknya. Wajahnya mula berseri-seri.

“Betullah, buat apa aku nak tipu kau pulak.”

“Kau L, bab pujuk memujuk kau memang pakar. Sebab itulah aku sayang sangat kat kau.”

Sofea terus memeluk Elfira.

“Kalau ya pun, janganlah peluk aku. Nanti orang tengok, orang kata apa pulak.”

Cepat-cepat Elfira meleraikan pelukan Sofea.

“Peduli apa orang nak cakap. Yang penting aku gembira sangat sebab kau nak belanja aku makan.”

Itulah Sofea, pantang dengar perkataan belanja. Angin ribut tsunaminya boleh berubah dua ratus peratus. Hilang sudah rasa marahnya kepada Elfira.

“Tengok kakilah kawan. Soal nak pujuk kau ni kacang aje.”

Sofea pantas melihat kaki Elfira. Manakala Elfira pelik melihat Sofea yang benar-benar melihat kakinya!

“Hisy, kenapa pulak kau tenung kaki aku tu? Ada yang tak kena dengan kaki aku ke?”

“Dah kau suruh aku tengok kaki kau, jadi aku tengoklah. Salahkan aku pulak.”

“Fea! Aku gurau ajelah. Yang kau pergi tengok betul-betul itu buat apa? Sudahlah aku malas nak layan kau. Jomlah kita pergi makan. Aku dah lapar ni.”

Elfira menarik tangan Sofea. Manakala Sofea sudah tersengih-sengih. Sengaja dia nak mengusik Elfira.

Itulah asyik nak kenakan aku aje. Hah! Sekarang kau pula yang bengang. He! He! He!

Elfira dan Sofea sedang asyik menikmati hidangan tengah hari. Suasana sepi seketika.

“L, aku tahulah kau lapar tapi boleh tak, makan tu jangan gelojoh sangat. Buat malu aje. Harap muka cantik tapi perangai, nauzubillah.”

“Aku tak kisah, kau nak cakap apa yang penting perut aku kenyang.”

Elfira meneruskan suapannya. Sofea hanya menggelengkan. Malas dia nak layan sahabatnya itu. Dia memang sudah masak benar dengan perangai Elfira. Jenis suka ikut kepala sendiri! Tapi hati dia baik. Agak-agaknya dalam ramai-ramai anak Tan Sri, dialah yang paling sempoi sekali. Agaknyalah!

“Kenapa kau tenung aku macam tu?” tanya Elfira hairan.

“Saja. Aku suka tengok kawan aku yang cantik ni. Bilalah agaknya kau nak berubah?”

“Berubah? Maksud kau?”

“L, sejak aku kenal kau hinggalah sekarang, aku tengok kau tetap macam dulu. Tak sikit pun berubah. Aku ingatkan bila kau dah tinggal kat UK, adalah perubahan. Ini tak, masih dengan cara kau dulu.”

“Kenapa dengan cara aku. Yelah aku tahu, aku tak macam kau. Pakai dress, pakai mekap. Aku ni asyik-asyik seluar jeans, t-shirt, topi dengan kasut adidas kesayangan aku ni. Jangankan kata nak pakai mekap, pakai bedak pun tidak.”

“Hah, kau tahu pun maksud aku.”

“Fea, kau dah kenal aku sejak sekolah rendah lagi, kan. Aku selesa begini. Malaslah aku nak dress upmacam perempuan-perempuan lain itu. Bukannya lawa pun. Pakai mekap tebal berinci-inci. Dah macam pelakon opera pulak aku tengok.”

“Oh, jadi aku ni dalam kategori pelakon operalah ya?”

“Eh, kau taklah macam itu. Walaupun kau pakai mekap tapi taklah tebal macam pelakon opera. Kau masih dalam kategori cantik lagi.”

“Itulah kau, L. Kalau aku cakap ada aje jawapannya. Sebab itulah aku malas nak nasihatkan kau. Jenis tak dengar nasihat,” bebel Sofea.

Pening kepala Sofea melihat sikap sahabatnya itu. Elfira sekadar tersenyum kambing mendengar celoteh Sofea. Elfira merasakan Sofea sudah seperti Puan Sri Karmila. Rasa-rasanya antara Sofea dan mamanya siapa lagi hebat dalam bab berceloteh ni? Kau orang fikir sendirilah ya.

“L, kau bila lagi nak kerja ni? Berapa lama kau nak tanam anggur. Berbuahnya tak juga!”

Eh macam pernah ku dengar dialog tu? Di mana ya? Bisik hati kecil Elfira.

Hisy kau dengan family aku sama aje. Tak habis-habis tanya bila aku nak kerja. Bukan aku tak nak kerja tapi aku malaslah nak terikat dengan kerja-kerja di pejabat. Bosan tau. Dahlah itu, kena pakai kasual lagi. Rimaslah!”

“Habis itu kau nak kerja yang macam mana? Lagipun memang kerja-kerja pejabat yang sesuai dengan kelulusan kau.”

Berkerut wajah Elfira. Dibiarkan persoalan itu tanpa jawapan. Bibirnya dilap dengan tisu. Air tembikai yang masih berbaki dihabiskannya.

“Kau dah habis makan ke belum ni?” tanya Elfira.

“Sengaja nak tukar topiklah itu.”

“Lah, tanya aje. Janganlah marah. Kalau kau dah sudah, aku nak ajak kau pergi MPH. Dah alang-alang sampai kat sini bolehlah singgah kejap ke MPH.”

“Aku bukan marah tapi kau tu pandai betul mengelat. Tahulah, kau pantang tengok kedai buku. Tapi jawab soalan aku dulu. Kau nak kerja yang macam mana?”

“Kalau boleh aku nak kerja yang tak memerlukan aku pakai macam perempuan-perempuan yang kerja kat pejabat. Soal gaji aku tak kisah sangat.”

“Kau ni peliklah. Orang dekat luar itu berlumba-lumba nak kerja kat pejabat. Kerja di pejabat lagi selesa, kerusi empuk, ada pendingin hawa. Tapi kau...tak fahamlah aku dengan kehendak kau.”

“Itu orang lain, bukan aku. Suruh jadi tukang cuci pun aku sanggup asalkan aku boleh pakai sesempoi ini.”

Tiba-tiba Sofea ketawa. Elfira memandang Sofea hairan.

“Kenapa pulak kau ketawa?”

“Lawaklah. Kau nak jadi tukang cuci? Basuh pinggan pun tak pernah, ada hati nak jadi tukang cuci. Hentikanlah niat kau. Carilah kerja yang memang dah sah-sah sesuai dengan kelulusan yang kau ada,” ujar Sofea sambil ketawa kecil.

Bahu Elfira ditepuk lembut.

“Amboi seronoknya kau gelakkan aku. Fea, apa kau ingat aku ni tak layak nak jadi tukang cuci ke? Lebih dari layak tau.”

Sofea sekadar mengukir senyum mendengar pertanyaan Elfira.

Elfira tidak mahu mengalah. Malulah dia kena kutuk depan-depan. Nampak sangat dia memang tidak tahu buat kerja rumah. Namun itulah hakikatnya. Dia memang tak pernah buat kerja rumah walaupun mencuci sebiji pinggan pun.

Segalanya diuruskan oleh pembantu rumahnya. Dia hanya tahu mengarah dan menggoyang kaki. Sehinggakan semasa dia belajar di luar negara dulu pun, papa dia telah menyediakan seorang pembantu rumah untuknya. Senang sungguh hidup Elfira! Kesimpulannya layak ke dia untuk jadi tukang cuci? Hmm...

Elfira laju mengatur langkah kaki apabila dia terpandangkan MPH. Sekali lagi Sofea menggeleng. Dia faham benar dengan perangai Elfira yang satu itu.

Gila membaca. Tak kira apa jua bahan bacaan, Elfira akan tekun dengan bacaannya. Kalau gadis itu sudah dapat membaca, alamatnya dunia yang indah ini boleh dilupakan. Elfira begitu asyik membaca sinopsis di belakang novel. Satu persatu novel dibeleknya dan setiap yang berkenan dihatinya pasti akan dimasukkan ke dalam bakul.

“Banyakya kau ambil novel tu. Larat ke kau nak baca?” tanya Sofea.

No problem. Kalau tak sempat baca hari ini, aku bacalah esok, kalau tak sempat esok, aku bacalah lusa, kalau tak sempat jugak aku baca bulan depan.” Elfira berlelucon.

“Hmm... yalah itu. Bukannya aku tak tahu, kalau dah dapat novel, mana nak ingat makan minum semua. Kalau boleh satu hari itu kau nak habiskan semua sekali novel yang kau beli.”

Elfira tersenyum meleret mendengar kata-kata Sofea.

“Kita lupakan hal novel ni. Jadi kerja apa yang kau nak mohon?” soal Sofea semula kepada topik asal mereka tadi.

Elfira mengeluh perlahan.

“Tak habis lagi ke?” tanya Elfira.

Tangannya masih ralit memilih novel yang berkenan di hati.

“Belum, dengarlah dulu. Tempat kerja aku ada jawatan kosong. Tapi tak tahulah kau berkenan ke tak?” beritahu Sofea.

“Fea, akukan dah beritahu kau yang aku tak minat kerja-kerja kat pejabat.”

“Aku tak cakap pun yang kau kena kerja kat pejabat.”

“Habis itu, kau nak aku kerja apa? Tukang cuci? Aku bergurau aje tadi.”

“Bukan tukang cucilah. Aku tahu kau pun tak nak kerja macam tu. Jadi driver bos aku, boleh?”

“Oh driver...” Elfira berkata perlahan sambil matanya asyik merenung sinopsis novel di tangan. Tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu.

What? Driver?” jerit Elfira kuat.

Dia bagaikan terlupa yang dia berada di mana pada waktu itu. Beberapa orang yang berdekatan dengan mereka memandang ke arah mereka.

“Syy...kalau ya pun, perlahanlah sikit suara kau tu. Malu orang tengok.”

Sofea memandang sekeliling. Dia mengukir senyuman pahit. Pandangannya kembali ke arah Elfira. Elfira memandang Sofea dan dia mengharapkan agar dia tidak salah dengar sebentar tadi.

Driver? Kau biar betul Fea?”

“Aku cadangkan aje. Lagipun kerja sebagai pemandu tak memerlukan kau berpakaian kasual. Setakat baju macam kau ni pun dah boleh. Cuma kau kena pakai kemas sikitlah.”

Elfira kembali menghadap novel-novel yang tersusun di rak. Rambang mata dibuatnya. Otaknya masih ligat berfikir.

“Macam mana L, kau nak ke tak?”

“Jadi driver siapa tadi?” soal Elfira tanpa memandang ke arah Sofea.

“Bos aku, Firuz Eidil. Pengarah di Firuz Land. Dia ni anak Tan Sri jugak. Mungkin papa kau kenal dengan papa dia. Manalah tahu kalau ada jodoh kau dengan dia, bolehlah aku tumpang bahagia.”

Sofea sengaja menggiat sekadar mengusik sahabatnya itu. Lagipun dia memang sudah sedia maklum yang bosnya itu sudah bertunang dengan minah over. Siapa dia itu, nanti baru cerita.

“Eh kau ni over pulak. Aku cuma nak kerja bukan nak cari suami,” bidas Elfira.

“Aku cakap aje. Tapi aku rasa kau bukan taste dialah. Bos aku tu pun dah bertunang. Tunang dia memang cun, memang meletup tapi aku menyampah sampai tahap gila dengan tunang dia tu.”

“Kenapa pulak?”

“Tunang dia itu gedik. Kalau kau tengok pun, mesti kau jadi gila.”

“Ada-ada aje kau ni. Tapi bos kau tak kisah ke ambil pemandu perempuan?” tanya Elfira sambil membawa bakul yang telah diisi novel-novel ke kaunter bayaran.

“La... kau sedar rupanya yang kau tu perempuan. Aku ingatkan kau dah lupa yang kau tu perempuan.”

Sofea semakin galak mengusik.

Elfira merenung Sofea tajam. Sofea pula hanya tersenyum mengejek. Harga novel dibayarnya. Wang yang bernilai tiga ratus ringgit diserahkan kepada petugas di kaunter.

“Hei kawan, mulut tu jaga sikit. Nanti tak pasal-pasal kau makan novel yang aku beli ni.”

Elfira menunjukkan plastik yang dipenuhi dengan novel.

“Janganlah marah. Aku gurau je,” ujar Sofea sambil ketawa.

Elfira mencebik. Geram dia dengan tingkah-laku sahabatnya itu.

“Tak ada hal punyalah. Nanti aku cakap dengan bos aku. Kalau okey aku akan beritahu kau. Tapi kau betul-betul nak kerja ni ke?” Sofea bertanya untuk mendapatkan kepastian.

“Hmm... bolehlah daripada tak ada kerja. Sekurang-kurangnya dapat jugak aku tutup mulut papa dengan mama aku,” Akhirnya Elfira memberi kata putus.

“Bolehlah daripada tak ada kerja. Sekurang-kurangnya dapat juga aku tutup mulut papa dengan mama aku.” Akhirnya Elfira memberi kata putus.

“Okey lepas ni bolehlah kau belanja aku selalu,” usik Sofea.

“Tengoklah dulu macam mana.”

“Kedekut punya kawan!”

“Suka hati akulah. Duit aku.”

“Belum apa-apa dah kedekut dengan aku. Teruklah kau ini, L.”

Elfira ketawa mengekek. Geli hatinya melihat telatah Sofea. Sofea memuncungkan bibirnya. Geram dengan tingkah Elfira yang mentertawakannya.

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.