Home Novel Komedi/Romantik Komedi kurang asam punya bos!
kurang asam punya bos!
nuroll shazlinda hairul
22/1/2013 14:55:25
398,830
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Bab 28

28

Firuz Eidil merenung keliling pejabatnya.Tiada perkara yang menarik perhatiannya. Gambar tunangnya ditatap sepi. Senyuman yang terhias pada gambar itu tidak mampu membuatkan hatinya tenang.

Hidupnya kini terasa kosong. Dirinya sendiri tidak terurus rapi. Lagaknnya bagai orang kehilangan isteri. Mahu dikatakan dia sudah berkahwin belum lagi tapi jika dilihat keadaannya sekarang memang akan mengundang simpati sesiapa sahaja yang memandangnya. Semuanya kerana Elfira. Dia bertambah sunyi apabila Ain Nadia dan Dira Nadia mengambil keputusan untuk tinggal bersama ibu bapa mereka. Rumah yang dahulunya meriah kini kosong dan sepi.

Elfira yang membuatkan hatinya resah. Dia sendiri tidak sedar bila dia mula menyukai gadis yang selama ini tidak sempurna di matanya. Tetapi sejak Elfira diberhentikan kerja baru dia sedar ada sesuatu dalam hatinya untuk gadis itu. Pemergian Elfira turut membawa separuh dari dirinya.

Dia rindukan gelak tawa Elfira. Dia rindukan wajah cemberut Elfira setiap kali disuruh buat itu dan ini. Dia rindukan pada lantangnya dan keberanian mengutarakan pendapat dan berbalah dengannya. Dia rindukan semua tentang Elfira. Lamunannya terhadap Elfira mati sebaik terdengar pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Sofea disebalik pintu.

“Bos boleh saya masuk?”

“Awak dah masuk pun Fea.”

Sofea tersenyum malu.

“Saya buatkan kopi o untuk bos.”

Sofea meletakkan cawan yang berisi kopi o di atas meja Firuz Eidil. Firuz Eidil melihat sahaja tingkah dan gerak geri Sofea.

“Boleh saya duduk dan cakap sesuatu dengan bos?”

Firuz Eidil menatap wajah Sofea. Firuz Eidil dapat mengagak apa yang mahu diperkatakan oleh Sofea. Pasti tentang dirinya yang tidak terurus itu.

“Saya tahu apa yang awak nak cakap Fea. Kenapa saya ni nampak teruk sangat ke Fea?” soal Firuz Eidil dalam nada yang agak perlahan.

Sofea menghela nafasnya lembut.

“Kalau bos tanya saya, memang saya akan katakan yang rupa bos bukan setakat teruk tetapi terlalu teruk. Saya sendiri macam dah tak kenal dengan bos lagi. Dulu bos bukan begini orangnya. Tapi sejak akhir-akhir ini bos dah seperti tak komited dengan kerja dan diri bos sendiri. Bos ada masalah ke?”

Firuz Eidil mengalihkan pandangannya daripada Sofea. Dia memandang ke arah siling. Hatinya masih berkira-kira sama ada mahu memberitahu Sofea atau tidak. Sofea masih lagi sabar menanti. Dia yakin Firuz Eidil menjadi seperti itu kerana Elfira. Dia masih menunggu reaksi daripada Firuz Eidil. Firuz Eidil melepaskan nafasnya berat.

“Sofea, awak rasa L akan maafkan saya atau tidak?”

“Oh, soal itu ke yang merunsingkan bos. Kalau soal itu tak perlulah bos nak susah hati. L dah lama maafkan bos. Dia itu bukan pendendam orangnya.”

“Fea, kalau saya nak dia bekerja dengan saya semula awak rasa dia nak ke tak?”

“Kalau soal itu saya tak pasti. Tapi mungkin tak agaknya. Kalau saya jadi dia pun saya tak akan kembali bekerja dengan bos,” beritahu Sofea jujur.

“Jujurnya,” balas Firuz Eidil lemah.

“Saya cuma cakap apa yang saya fikir je.”

“Awak ada hak untuk bercakap macam itu. Hem, Fea, L masih tinggal dengan awak ke?”

“Ya. Tapi sekarang dia tak ada.”

“Dia pergi mana?”

“Bercuti.”

“Bercuti ke mana?”

“Yang tu saya tak tahu. Apa yang saya tahu dia nak bercuti untuk rehatkan diri dan tenangkan fikiran dia.”

“Tak akan awak tak tahu. Awakkan kawan baik dia.”

“Ya tak tahu. Dia tak nak cakap. Agaknya dia tahu yang bos nak menyibuk kot.”

Sengaja Sofea membohongi Firuz Eidil. Manakala wajah Firuz Eidil kelihatan keruh.

“Kalau begitu tak apalah.”

“Saya keluar dulu bos.”

“Hem.”

Sofea berlalu dari bilik Firuz Eidil. Sebaik keluar dari bilik Firuz Eidil, Sofea mengeleng kepala sambil tersenyum.

Firuz, Firuz. Akhirnya kau rebah juga dengan penangan si L tu. Baru kau tahu Elfira Tan Sri Lukman Hakim punya kuasa, desis hati kecil Sofea.

Firuz Eidil kembali merenung nasib dirinya.

Previous: bab 27
Next: Bab 29

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.