Home Novel Komedi/Romantik Komedi kurang asam punya bos!
kurang asam punya bos!
nuroll shazlinda hairul
22/1/2013 14:55:25
398,338
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Bab 18

18

Akhirnya! desis hati kecil Elfira. Dia meletakkan bagasinya di sisi katil. Dia merebahkan tubuhnya ke atas tilam yang empuk. Matanya dipejamkan rapat. Sudah dua minggu dia meninggalkan rumah tersebut. Biliknya masih lagi seperti dua minggu yang lalu.

Niat di hati ingin tidur dalam sejam dua tapi dia perlu siapkan kejutannya untuk Sofea. Tanpa berlengah dia terus sahaja bangkit dari pembaringannya. Jam tangan dikerlingnya. Jarum jam baru menunjukkan angka 3 petang. Lagi dua jam Sofea akan pulang dari pejabat. Dia bercadang mahu membuat kejutan untuk Sofea. Dia teringat barang-barang yang dibelinya tadi masih ada di atas meja. Dia terus berlalu ke dapur. Elfira membelek-belek barang-barang yang telah dibelinya. Hari ini dia bercadang untuk masak makan malam buatnya dan Sofea. Dia mahu tunjukkan kehebatannya pada Sofea yang dia juga boleh memasak seperti Sofea. Dia teringat bagaimana dia memujuk Mak Zah untuk mengajarnya memasak.

“Mak Zah, L nak minta tolong boleh?”

“L nak minta tolong apa?”

“Kalau L cakap Mak Zah jangan gelak tau.”

“Cakap sajalah nak minta tolong apa?”

“Ajar L masak,” laju sahaja Elfira berbicara.

“Biar betul L?” soal Mak Zah seperti tidak percaya.

“Tak betul apanya Mak Zah. L serius ni. Boleh tak Mak Zah tolong L?” soalnya untuk kesekian kali.

Mak Zah menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal.

“Ala Mak Zah ada kutu ke? Asyik tergaru-garu sejak dari tadi,” usik Elfira.

“Bukan ada kutu tapi hairan. L serius ke?” Mak Zah bertanya lagi.

Elfira melepaskan keluhan. Muka dia muka yang tak boleh dipercayai ke? Aduhai Mak Zah! Elfira mencubit pipi Mak Zah. Nasib Mak Zah la.

“Ouchh! Sakitlah pipi Mak Zah L,” adu Mak Zah.

Elfira senyum dan cubitannya dilepaskan. Kasihan pula dia melihat Mak Zah mengadu kesakitan. Kuat sangat agaknya dia cubit. Pipi Mak Zah diusapnya lembut.

“Hem itu maknanya Mak Zah tak bermimpi. L serius.”

“Boleh itu memang boleh. Tapi Mak Zah hairan. Kenapa tiba-tiba aje? Dulu masa Puan Sri suruh macam-macam alasan L bagi. Sekali dengan menangis sedu-sedan sebab tak nak belajar masak. Kenapa sekarang beria-ia nak belajar pula?”

Banyak tanya pula Mak Zah ni. Apa aku nak jawab ya. Takkan lah aku nak cakap yang aku nak buktikan pada mat singa yang aku ni pandai masak. Hem...susah, susah.

“L?”

“Ala Mak Zah, L bosanlah asyik makan di luar aje. Bila dah pandai masak, senang. Tak perlu nak beli makanan kat luar lagi. Bolehlah L jimat duit.”

Fuh, pandai betul aku bagi alasan bijak, bijak. Tak sia-sia aku belajar di luar negara, hehehe. Apa kaitannya pun aku tak tahulah.

“Oooo...” Mak Zah mengangguk-angguk.

“Panjang o tu macam tak nak percaya je?”

“Mak Zah percaya. L nak belajar masak apa?”

“Jadi Mak Zah setujulah ni?” Elfira meminta kepastian.

Mak Zah mengangguk. Elfira melonjak kegembiraan. Dia memeluk erat tubuh Mak Zah. Yahoo! Lepas ni bolehlah aku tunjukkan kehebatan aku pada mat singa itu. Biar dia rasa rindu dengan masakan aku.

“Hish kalau ya pun lepaskanlah Mak Zah ni dulu,” pinta Mak Zah.

Elfira tersengih.

“Maaf.”

***

Elfira ketawa sendiri apabila terkenangkan peristiwa dia belajar memasak dengan Mak Zah. Nasib baiklah Mak Zah penyabar orangnya.

Tangannya ligat membasuh sayur sawi. Dia ingat hari ini dia nak masak sawi tumis, ikan kembung masak lemak dan sup ayam. Baru belajar masaklah katakan! Dia ligat mengerjakan tugasnya. Sofea pasti akan terkejut nanti. Elfira sudah membayangkan wajah Sofea.

***

Sofea merebahkan tubuhnya ke sofa. Hidungnya menangkap sesuatu. Bau haruman sup menusuk ke hidungnya. Dia yakin bau sup itu datang dari dapurnya. Perasaannya berasa tidak enak. Dia menuju ke dapur.

“Eh, aku ada letak periuk kat atas dapur ke pagi tadi?” Sofea cuba mengingat kembali.

“Rasa-rasanya sebelum aku keluar rumah pagi tadi aku dah kemaskan dapur. Mana pula datangnya bau sup ini.”

Sofea menuju ke periuk. Dibukanya tudung periuk tersebut. Dia berasa hairan apabila mendapati ada sup ayam di dalamnya.

“Hish siapa pula yang dah masuk ke rumah aku ni. Entah-entah sup beracun tak? Tapi macam mana orang itu boleh masuk ke dalam rumah aku? Sup ini pun masih panas lagi. Ini realiti ke fantasi?” omelnya sendiri.

“Bagaimana? Sedap tak bau sup buatan aku?” sapa Elfira dari arah belakang. Sofea memalingkan wajahnya.

“L! Ya ALLAH...kau punya kerja rupanya. Bila kau balik? Kenapa balik tak beritahu? Rindunya aku pada kau.”

Sofea mendapatkan Elfira lalu memeluk sahabatnya. Pelukan dileraikan.

“Aku nak buat kejutan untuk kau. Kalau aku beritahu awal-awal dah bukan kejutan namanya.”

“Kau memang dah berjaya buat aku terkejut.”

Elfira tersengih.

“Kau masak semua ni L?” tanya Sofea seperti tidak percaya.

“Yup!” Elfira menganggukkan kepalanya.

“Macam tak percaya.”

“Terpulang pada kau sama ada nak percaya atau tak. Tapi ikhlasnya memang aku yang masak.”

“Bukan kau beli?”

“Sampai hati kau. Aku dah penat-penat masak kau tuduh aku beli pulak.”

“Yelah mana tahu kalau kau nak kenakan aku ke?”

“Tak ada maknanya aku nak kenakan kau. Penat tau aku belajar masak dengan Mak Zah. Sikit pun kau tak hargai.” Elfira berlalu ke ruang tamu. Merajuk!

“La, merajuk ke? Aku bergurau jelah. Mesti sedap kau masak. Perut aku ni pun dah berkeroncong bau masakan kau. Jomlah kita makan. Tak payah nak merajuk tu. Cepatlah aku dah lapar ni.”

“Kalau lapar sekali pun, pergilah mandi dulu. Lepas itu baru kita makan sama-sama,” arah Elfira.

“Baik bos.”

Sofea segera berlalu ke biliknya. Dia mencapai tuala dan terus membersihkan dirinya. Sementara menunggu Sofea mandi, Elfira menghidangkan makanan. Tidak lama kemudian, Sofea muncul dengan sengihan lebar. Hidungnya kembang kuncup menghidu bau aroma makanan. Sofea menyambut huluran pinggan yang berisi nasi dari tangan Elfira.

“Terima kasih L. Aku tak sangka yang sahabat aku sekarang ni dah pandai masak. Rupanya ambil cuti dua minggu untuk menuntut ilmu memasak ya. Kau belajar dengan siapa?” soal Sofea sambil mengunyah makanan.

“Tadikan aku dah cakap aku belajar dengan Mak Zah. Itu pun masa mula-mula dulu susah aku nak yakinkan Mak Zah. Cuba kau bayangkan dia boleh tak percaya aku nak belajar memasak,”cerita Elfira.

“Memanglah susah orang nak percaya. Kau itukan semua benda orang yang buat. Bila tiba-tiba kau nak buat itu yang jadi macam pelik.”

“Begitu pulak?”

“Yelah, begitulah!”

“Itu dulu, lagipun umur aku sekarang ni dah 24 tahun. Sampai bila aku nak harapkan orang.”

“Oh, aku ingatkan sebab kau nak tunjukkan kehebatan kau pada mat singa itu.”

Elfira hampir tersedak. Dia tidak sangka Sofea akan dapat menangkap tujuan utama dia belajar memasak.

“Nak buat apa aku belajar masak untuk dia. Siapa dia pada aku.”

“Hem, dah alang-alang aku sebut tentang dia, aku nak kongsi cerita dengan kau.”

“Apa dia?”

“Aku rasa dia suka kat kaulah.”

“Ha?”

“Tak payah kau nak buat muka terkejut dan blur kau tu.”

“Terkejutlah. Amboi sejak bila pula kau jadi doktor cinta ni? Boleh pulak tahu apa isi hati dia.”

“Aku cakap berdasarkan pemerhatian aku.”

“Wah dah jadi mata-mata pulak.”

“L aku serius ni.”

“Hiii tak kuasa aku nak layan cerita mengarut kau.”

“Mengarut apanya. Betullah! Sejak kau tak ada, dia asyik murung je. Lepas itu suka marah-marah. Hal kecil pun dia nak melenting.”

“Dah memang sikap dia macam itu. Kalau tak bukan mat singalah namanya.”

“Tak ini lain. Dulu dia mana pernah macam ni. Kemudian, hari-hari dia tengok telefon. Ada satu hari itu, dia tanya aku bila kau nak balik. Aku jawab tak tahu. Lepas itu aku pun cakap yang kau nak berhenti kerja...”

“Lepas itu dia kata apa?” tanya Elfira teruja.

“Terdiam dia. Aku tengok muka dia resah semacam. Sejak kau hilang, mat singa itu dah macam orang tak betul. Tunang dia sendiri pun dia tak layan. Aku ni sampai dah naik muak dengar si minah gedik itu merungut pasal si mat singa itu.” Cerita Sofea panjang lebar.

“Biarlah dia Fea. Aku bukannya orang penting dalam hidup dia. Aku ni cuma pemandu peribadi merangkap bibik dia aje. Termasuklah despatch dia.”

Hem, baru kau tahu penangan aku mat singa! Hish apa pulak yang aku merepek ni? Elfira senyum sendiri.

“Hai senyum sorang-sorang nampak?”

“Tak ada apa.”

“Aku ingatkan L, kalau esok dia tengok kau dah terpacak kat rumah dia, mesti dia senyum sampai ke telinga. Aku gerentilah.

“Pandailah kau. Silap hari bulan dia bawa penyapu lepas itu dia halau aku guna penyapu. Siapa nak jawab waktu tu?”

“Aku tak yakin si mat singa itu nak buat begitu. Silap hari bulan dia peluk kau dan tak nak lepaskan kau. Baru kau tahu! Tak pun dia sanggup ambil cuti untuk bersama dengan kau.”

“Kau ni cakap macam ahli nujum. Dah boleh ramal apa yang nak berlaku esok. Kau menuntut ilmu dengan Pak Belalang ke?” Elfira menyindir Sofea lalu melepaskan tawa.

“Hai kerja kau asyik menyindir aku je. Lepas tu ketawa. Ketawalah puas-puas. Kalau masinlah mulut aku ni, kau kena masak sedap-sedap untuk aku selama seminggu. Ada berani?” cabar Sofea. Keningnya diangkat.

“Okey, tak ada masalah.”

“Betul ni? Tak menyesal?” tanya Sofea inginkan kepastian.

“Tak akan menyesal.”

“Okey.”

“Tapi kalau kau kalah, kau pulak kena basuh baju aku dan kemas rumah selama seminggu,” cabar Elfira.

“Okey, beres!”

“Dan kau kena ingat L, tak mustahil suatu hari nanti cinta si mat singa itu akan beralih kepada kau.”

“Dah mula dah! Mulalah itu kau nak mengarutkan. Malas aku nak layan cerita dongeng kau. Sebelum aku kena panggang dengan si Julia itu lebih baik aku hindarkan diri daripada mat singa.”

“L, kau jangan lupa jodoh itu ditangan ALLAH. Kalau dah tertulis jodoh kau dengan si mat singa tu, larilah hingga ke hujung dunia sekali pun kau dengan dia tetap akan bersatu.”

“Bersatulah sangat!”

“Kau kena ingat L, cinta tak selalu bersama dengan jodoh tapi...jodoh akan selalu bersama cinta.”

“Wah dah pandai berfalsafah sekarang.”

“Aku bukan nak berfalsafah tapi itulah realitinya.”

“Suka hati kaulah Fea. Makin dilayan makin menjadi-jadi kau giat aku.”

Sofea senyum sambil mengangkat keningnya. Elfira buat muka bosan.

Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.