Home Novel Komedi/Romantik Komedi kurang asam punya bos!
kurang asam punya bos!
nuroll shazlinda hairul
22/1/2013 14:55:25
398,324
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Bab 20

20

“Amboi, jauh termenung?” Sofea menyergah Elfira dari arah belakang.

“Astaghfirullah al adzim. Terkejut aku. Fea, kau kalau tak terkejutkan aku tak boleh ke? Boleh sakit jantung aku kalau hari-hari begini.”

Lamunannya termati. Hish macam manalah dia boleh teringatkan si mat singa itu. Kalau Sofea tahu, malu dia.

“Maaf. Aku tengok kau jauh sangat termenung. Jadi aku pun nak tumpang sekaki jugalah. Kau ingatkan mat singa ke?” tanya Sofea spontan. Keningnya diangkat-angkat sambil tersenyum.

“Tak. Buat apa aku nak ingat dia. Dia itukan tunang orang. Tak baik nak fikirkan hal tunang orang.”

“Kalau kau sedar tentang hal itu baguslah. Aku tak nak nanti kau terjebak dengan cinta tiga segi.”

“Hish ke situ pulak.”

“L, aku kenal kau bukan baru sehari. Dari gaya kau aku rasa kau dah mula menyenangi mat singa. Aku takut kau tak dapat kawal hati kau nanti.”

“In shaa Allah setakat ni aku masih tahu batas aku dengan bos kau itu.”

“Kalau begitu baguslah. Tapi kalau kau cantas pun aku tak hairan. Sebab pada aku, kau lebih layak berbanding minah gedik itu.”

“Hish tak naklah aku. Bos kau tu sewel tahu tak! Dahlah garang dan nak berkuasa macam singa. Kalau singa tu raja rimba, si mat singa tu raja kat Firuz Land dan rumah. Huuu...seram!”

“Seram eh. Tak apa kita tengok nanti siapa yang terukir cinta di hati. Selamat malam.”

“Tengok sahajalah Fea. Selamat malam.”

Sofea dan Elfira menuju ke bilik masing-masing. Elfira merebahkan tubuhnya ke katil. Siling dipandangnya kosong. Tiba-tiba wajah Firuz Eidil menjelma di ruang matanya. Kenangan siang tadi bermain lagi di ruang mindanya.

“L, jom ikut saya,” arah Firuz Eidil.

“Kita nak ke mana?” tanya Elfira hairan.

“Kita nak beli barang dapur dan awak kena masak tengah hari ni.”

Elfira buat muka bosan.

“Ain dengan Dira tolong kemas rumah. Along dengan Kak L nak pergi beli barang dapur.”

“Okey,” jawab Ain Nadia dan Dira Nadia serentak.

“Apa lagi yang awak tercegat tu. Jomlah,” ajak Firuz Eidil.

“Sabarlah!” Elfira dah tarik muka.

Akhirnya mereka tiba di Tesco.

“L sayang, boleh tak awak jalan cepat sikit.”

“Yang awak jalan laju-laju ni kenapa? Apa yang awak nak kejar?”

“Kejar lauk-pauklah. Nanti tak dapat yang segar.”

“Ikan dan sayur tu tak ada kaki untuk berlari. Tak perlu nak kelam kabut.”

“Memanglah mereka tak ada kaki tapi ada pembeli yang membeli. Awak ni banyak cakaplah. Jalanlah cepat.”

Firuz Eidil menarik tangan Elfira. Elfira menolak tangan Firuz Eidil tapi Firuz Eidil buat tak tahu.

“Boleh tak kalau awak lepaskan tangan saya? Saya boleh jalan sendirilah!”

Firuz Eidil tidak mengendahkan permintaan Elfira sebaliknya dia terus memegang kejap pergelangan tangan Elfira. Hati Elfira mendongkol geram.

Sewel betul mat singa ni. Asyik nak ikut kehendak dia aje! getus Elfira dalam diam.

“Tak payahlah awak nak tunjukkan muka tak puas hati tu.”

Elfira menjeling tajam. Firuz Eidil mengukir senyum.

“Okey saya lepaskan. Dah tak perlu nak buat muka tak puas hati.”

Tangan Firuz Eidil sudah ligat memilih bahan yang mahu dibelinya. Dalam masa yang sama Elfira kagum dengan Firuz Eidil apabila dia melihat lelaki itu begitu teliti dan bijak dalam memilih barang. Elfira tersenyum sendiri. Wah, ciri-ciri suami idaman.

“Awak senyum tu kenapa? Orang yang senyum selalunya atas dua sebab. Pertama dia gila, kedua dia sudah jatuh cinta. Jadi awak pilih yang mana cik L?”

“Huh sengal!”

"Sengal tak ada dalam pilihan jawapan cik L sayang," usik Firuz Eidil.

Elfira buat tak tahu dan dia terus melangkah laju ke hadapan. Firuz Eidil senyum. Hatinya berbunga senang. Dia menolak troli yang penuh dengan barang-barang dapur dan bahan masakan. Dia mengejar langkah Elfira. Mereka menuju ke kaunter.

“L, awak bawa barang-barang ni masuk ke dalam kereta dulu,” arah Firuz Eidil lalu memberikan kunci kereta kepada Elfira.

Elfira sekadar mengangguk. Dia lagi senang jika Firuz Eidil tiada. Kalau ikutkan hatinya ingin sahaja dia meninggalkan Firuz Eidil di Tesco. Mengenangkan dia hanya makan gaji dia turutkan juga kerenah Firuz Eidil.

Sepuluh minit kemudian, Firuz Eidil muncul di kereta.

“Maaf, saya lambat.”

It okay. Awak ada nak ke mana lagi ke?” tanya Elfira.

“Tak. Kita terus balik rumah. L...”

Elfira memandang Firuz Eidil. Firuz Eidil menyuruhnya keluar.

“Ala, buka pintu sendiri tak boleh ke?” rungut Elfira.

Firuz Eidil tidak menjawab sebaliknya dia menarik tangan Elfira dan membawanya ke tempat duduk sebelah. Dia membukakan pintu untuk Elfira. Elfira konfius.

“Pandang saya buat apa. Masuklah!” jerkah Firuz Eidil.

“Awak ni boleh tak jangan asyik nak jerkah saya?” Elfira memasamkan wajahnya.

“Tak boleh!”

Firuz Eidil mengukir senyum. Dia mengambil tempat sebagai pemandu. Perjalanan mereka hanya dihiasi dengan celoteh dj radio.

Sebaik tiba di rumah, Elfira dan Firuz Eidil meletakkan barang-barang yang dibeli mereka di dapur.

“Amboi banyaknya barang dan lauk pauk along beli. Ni nak masak apa?” tanya Ain Nadia.

“Ha’ah. pertama kali ni,” sampuk Dira Nadia.

Firuz Eidil tersengih. Dia menuju ke keretanya. Kemudian dia kembali ke dapur. Dia melihat Elfira, Ain Nadia dan Dira Nadia sedang meletakkan barang-barang yang dibelinya tadi ke tempat yang sepatutnya.

“L,” panggil Firuz Eidil.

“Kenapa?”

“Ini untuk awak.”

Firuz Eidil menghulurkan sebuah bungkusan kepada Elfira.

“Untuk saya?” tanya Elfira buntu. Firuz Eidil mengangguk.

“Tapi hari ini bukan hari jadi saya.”

“Tak kisahlah. Yang penting saya ikhlas. Kalau awak tak banyak tanya tak boleh ke?”

“Kenalah tanya. Manalah tahu awak letak bom ke?”

“Saya tak gila lagi lah. Kalau saya letak bom siapa pulak yang nak jadi driver dengan bibik saya.”

“Oh, jadi dipandangan mata awak selama ini saya hanyalah driver dan orang gaji awaklah. Saya sedar saya ni miskin tapi tak perlulah nak hina saya.” Tiba-tiba Elfira sensitif.

“Saya tak bermaksud macam tu. Tiba-tiba awak emo ni kenapa?”

“Kak L cepatlah buka. Ain tak sabar nak tahu along bagi apa.” Ain Nadia teruja.

Elfira membuka hadiah pemberian Firuz Eidil.

“Apron?” Elfira menunjukkan ke arah Firuz Eidil, Ain Nadia dan Dira Nadia.

“Bagaimana mahal tak hadiah saya?” soal Firuz Eidil sambil ketawa.

Elfira yang bengang dengan Firuz Eidil mencampakkan apron tersebut ke wajah Firuz Eidil. Lalu dia menyambung tugasnya.

“Apalah along. Ada ke bagi apron dekat Kak L. Tak romantik langsung,” bebel Dira Nadia.

Firuz Eidil mendekati Elfira.

“Saya bagi awak apron ni supaya baju awak tak kotor bila memasak. Dan saya nak awak pakai apron ni. Inikan hadiah dari saya. Ambillah,” pujuk Firuz Eidil.

Dia tahu Elfira marah bukan sebab apron tapi sebab dia ketawakan gadis itu tadi.

“Kenapa beli apron gambar pooh?”

“Sebab saya tahu awak suka pooh.”

“Macam mana awak tahu?”

“Macam mana saya tak tahu kalau satu badan awak tu kalau boleh nak ada gambar pooh. Tu kereta awak penuh dengan pooh aje.”

“Terima kasih.”

Elfira mengambil apron ditangan Firuz Eidil.

“Kasih diterima,” jawab Firuz Eidil.

“Amboi...berdrama sampai lupa watak tambahan di sini,” usik Ain Nadia.

“Dah kau orang jangan nak mengarut. Tolong Kak L masak. L...” arah Firuz Eidil.

Elfira memandang Firuz Eidil.

“Masak sedap-sedap tau,” arah Firuz Eidil sambil mencubit pipi Elfira. Kemudian dia berlalu menuju ke biliknya sambil ketawa.

“Sah gila!” rungut Elfira.

“Sabarlah Kak L,” tutur Ain Nadia. Kasihan dia melihat Elfira dibuli oleh Firuz Eidil.

“Sabarlah ni Ain. Kalau tak sabar dah lama Kak L berhenti. Kak L rasa Ain kena bawa along itu pergi jumpa doktor sakit jiwa.”

“Tak perlu Kak L,” sampuk Dira Nadia.

“Kenapa pulak?”

“Doktornya dah ada di depan mata,” beritahu Dira Nadia.

Elfira buntu.

“Siapa?” tanya Elfira.

“Kak L lah,” jawab Dira Nadia.

“Memang tak lah!” jawab Elfira sambil ketawa.

Lamunan Elfira terganggu apabila telefon bimbitnya berbunyi. Elfira mencapai telefon bimbitnya lalu membuka peti mesej. Tertera nama Firuz Eidil sebagai penghantar mesej. Dia membaca pesanan tersebut.

Hye my lovely driver and maid, i just want to say good night. Don’t forget tomorrow. Miss you so much.

“Alahai mat singa. Kau ni memang gila kuasa betullah! Aduhai ada hati nak rindu kat aku. Julia tu kau tak rindu ke?” bebel Elfira seorang diri.

Elfira menaip pantas. Dia membalas pesanan ringkas yang dihantar oleh Firuz Eidil.

I know my job and i’m not miss you. Good night.

Firuz Eidil membaca mesej yang dihantar oleh Elfira. Dia senyum sendiri. Gambar Elfira yang ditangkap secara curi menggunakan telefon bimbitnya direnung.

“Kau memang kasar tapi kau juga tak macam perempuan lain.”

Firuz Eidil berbual dengan gambar tersebut. Dia merasakan seolah-olah dia sedang berhadapan dengan Elfira.

Elfira mengambil apron yang diberikan oleh Firuz Eidil. Dia senyum sendiri. Wajah Firuz Eidil melayari ruang matanya. Hatinya berdebar setiap kali mengenangkan Firuz Eidil.

“Kenapa perasaan halus tu hadir dalam hatiku?”

Elfira segera beristighfar. Dia tidak mahu melayan rasa hatinya.

Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.