Home Novel Komedi/Romantik Komedi kurang asam punya bos!
kurang asam punya bos!
nuroll shazlinda hairul
22/1/2013 14:55:25
398,841
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
bab 35

35

Elfira merebahkan tubuhnya ke sofa. Jarinya menekan butang remote control. Tiada siaran yang berjaya menarik perhatiannya. Mahu berbual dengan Sofea, gadis itu sudah keluar dengan Airel. Dia kini dihimpit kebosanan. Matanya dipejam celikkan berulangkali dengan harapan akan ada sesuatu yang bisa menarik perhatiannya. Namun hampa.

Dia mengatur langkah ke biliknya. Tubuhnya direbahkan ke tilam empuk. Dia mengambil bantal peluk lalu mengiring ke kanan. Matanya tertancap pada seutas jam tangan Guess. Dia mengambil jam tangan tersebut lalu dipadankan pada pergelangan tangannya. Elfira senyum sendiri. Cantik, padan dengan tangannya. Senyumannya yang tadi manis kian hambar. Timbul pula rasa sesal di hati. Peristiwa siang tadi melayari minda.

Firuz Eidil sendawa kuat.

“Alhamdulillah. Kenyang perut saya hari ini sedap awak masak L terima kasih,” puji Firuz Eidil. Tubuhnya disandarkan ke kerusi.

Elfira tersenyum mendengar pujian yang lahir daripada mulut Firuz Eidil. Dia tahu pujian itu ikhlas daripada Firuz Eidil.

“Selepas ini pasti saya akan merindui masakan awak. Walaupun pada mulanya awak tidaklah pandai sangat tapi lama-lama saya rasa masakan awak semakin sedap,” pujinya lagi.

“Tak perlulah awak nak puji lebih-lebih. Keputusan saya tetap sama. Takkan berubah.”

“Awak kata saya ni jenis perasan. Tapi sebenarnya awak lagi perasan. Siapa yang puji awak? Saya cuma nak uji sejauh mana tahap keperasanan awak itu.” Firuz Eidil mencebikkan bibirnya.

Muka Elfira memerah menahan geram kerana dipermainkan oleh Firuz Eidil. Dia sudah kehabisan idea untuk membidas bicara Firuz Eidil. Akhirnya, dia menarik muka masam sambil tangannya ligat mengemas meja makan. Pinggan kotor dibawanya ke sinki untuk dicuci.

Firuz Eidil yang sekadar memerhati gerak laku Elfira tercuit rasa. Dia sedar yang dia telah menyakiti hati gadis itu secara tidak sengaja. Ekor matanya sahaja yang mengekori langkah Elfira. Dia mendengus perlahan.

Perempuan tak boleh bergurau sikit. Mudah benar tersentuh hatinya, gerutu Firuz Eidil. Dia bingkas bangun. Kunci kereta yang terletak di atas almari hiasan diambilnya.

Firuz Eidil membuka dashboard. Dia mengambil sesuatu dari dashboard. Lalu dibawanya masuk ke dalam rumah. Dia merehatkan diri di ruang tamu sementara menunggu Elfira menyudahkan cucian.

“Saya dah selesai basuh pinggan mangkuk kotor. Jadi sekarang saya nak balik. Sebaik sahaja saya melangkah keluar dari rumah ini bererti saya bukan lagi pemandu peribadi awak dan bukan lagi bibik awak,” telus bicara Elfira.

“L, sebelum awak balik saya nak bincang sesuatu dengan awak. Duduk dulu.” Firuz Eidil mengunjukkan sofa di hadapannya.

Tanpa banyak bicara, Elfira menuruti kehendak Firuz Eidil.

“Saya nak ucapkan terima kasih pada awak kerana telah membantu saya selama setengah tahun ni. Saya tahu saya dah banyak menyakiti hati awak. Saya harap awak tak kisah dengan gurauan saya selama ini. Sesungguhnya saya tidak berniat untuk menyakiti awak.”

Pandai sungguh kau berkata-kata Firuz, bisik Firuz Eidil sendiri.

Amboi manisnya dia berkata-kata. Mana boleh tak kisah, punyalah sakit hati aku ni terhadap gurauan-gurauan gila dia. Tapi tak apa sebab aku ada hadiah istimewa untuk dia.

“Awak dengar tak apa yang saya cakapkan ni?” soal Firuz Eidil bengang.

“Dengar. Saya pun dah lupakan hal yang lalu.”

“Bagus!” jerit Firuz Eidil riang.

“Saya ada sesuatu untuk awak.”

Firuz Eidil menghulurkan satu bungkusan yang telah dibalut kemas kepada Elfira. Barang bertukar tangan.

“Apa ni? Bom ke?” seloroh Elfira.

“Saya tak gila nak bagi awak bom.”

“Manalah tahu,” usik Elfira lagi.

“Bukalah hadiah itu dulu baru tahu isinya,” arah Firuz Eidil. Bibirnya menguntum senyum.

“Saya buka ya.”

Firuz Eidil mengangguk perlahan. Elfira membuka balutan itu dengan kemas sekali. Firuz Eidil leka melihat gelagat Elfira.

“Hem cantik. Betul ke ni untuk saya?” duga Elfira.

“Yelah, kalau dah saya bagi awak tentulah untuk awak!”

“Terima kasih.”

“Kasih diterima.”

“Apa?”

“Tak ada apa,” jawab Firuz Eidil selamba.

“Saya pun ada sesuatu untuk awak, Encik Firuz.”

“Untuk saya?” Firuz Eidil bertanya seperti tidak percaya.

“Ya! Tunggu sekejap.”

Elfira mendapatkan barang tersebut di keretanya. Beberapa minit kemudian dia kembali semula ke dalam rumah.

“Nah, untuk awak. Istimewa daripada saya,” ujar Elfira sambil tersenyum penuh makna.

“Terima kasih.”

“Sama-sama.”

“Apa yang awak bagi saya ni?”

“Kalau ya pun bukalah dulu. Nanti barulah awak tahu isinya.”

“Macam kenal je ayat tu,” perli Firuz Eidil. Elfira tersengih seperti kerang busuk.Namun begitu wajahnya tetap comel.

“Mesti cantikkan?” tanya Firuz Eidil lagi.

“Uihhh cantikkkk.”

Elfira menguntum senyum dengan penuh makna. Dengan gelojohnya Firuz Eidil membuka balutan hadiah tu.

“Cantik kotak baldu ni! Mesti ada sesuatu yang menarik di dalamnya kan?”

“Tengok sendirilah!” jawab Elfira malas.

Tanpa lengah dia membuka kotak tersebut. Firuz Eidil menjerit kuat. Tangannya pantas membuang kotak tersebut. Elfira yang melihat gelagat Firuz Eidil lantas ketawa. Dia begitu geli hati. Tawanya berdekah-dekah. Wajah Firuz Eidil sedikit pucat. Dia mengambil kotak yang berisi patung yang menyerupai badut yang sedang menjelirkan lidah.

“Oh, awak nak kenakan saya ya. Nanti awak. Kalau saya dapat saya tak akan lepaskan.”

“Uwekk, kalau berani kejarlah!” cabar Elfira. Dia terus berlari menuju ke belakang Sofa.

“Oh cabar saya ya!”

Firuz Eidil mengejar Elfira. Habis satu ruang tamu dipusingnya. Tidak cukup di ruang tamu mereka berkejaran hingga ke dapur. Kemudian dia berlari semula ke ruang tamu. Elfira yang terlanggar kaki meja terjatuh dan duduk kesakitan.

“L, awak okey tak?” tanya Firuz Eidil cemas.

Firuz Eidil segera melihat keadaan kaki Elfira.

“Itulah awak ni, kalau ya pun nak berlari, berhati-hatilah. Kan dah langgar kaki meja. Dengar awak jatuh dah macam nangka busuk tau!”

“Awak ni nak tolong saya atau nak mengata?”

“Dua-dua. Boleh bangun tak ni?”

“Boleh!”

Elfira cuba untuk bangun namun kakinya terlalu sakit membuatkan dia terduduk kembali.

“Biar saya tolong awaklah!”

“Tapi...”

Firuz Eidil membantu Elfira untuk bangun.

“Ouchh sakitlah! Kalau nak tolong tu biarlah ikhlas.”

“Hish dia ni banyak bunyi pulak. Orang dah nak tolong tu diam sahajalah! Cepatlah bangun.”

“Sabarlah! Kaki saya sakit ni!”

“Lambat betul!”

Firuz Eidil terus mengendong Elfira.

“Awak buat apa ni?”

Firuz Eidil tidak menjawab. Dia diam membisu. Entah mengapa dia merasakan satu perasaan aneh menyelubungi hatinya. Begitu juga dengan Elfira. Dia juga dapat merasai sesuatu. Firuz Eidil membawa Elfira ke sofa. Sewaktu dia hendak meletakkan Elfira ke sofa, tiba-tiba...

“FIRUZ EIDIL!” Julia menjerit kuat.

Julia yang baru sahaja pulang dari Johor Bahru sengaja singgah di rumah Firuz Eidil dengan harapan untuk mengubat rindu pada tunangnya itu. Ditambah pula sudah seminggu Firuz Eidil tidak menjawab panggilannya mahupun membalas mesej yang dihantarnya. Firuz Eidil meletakkan Elfira ke sofa. Dia masih terkejut dan tidak menduga bahawa Julia akan muncul di muka pintu rumahnya. Wajah Julia kelihatan bengis.Tiada seulas senyuman di bibir Julia.

“Julia, bagaimana you ada kat sini?”

“Kenapa you terkejut? Sejak bila pulak I tak boleh datang ke sini?” soal Julia sinis.

“Maaf, saya balik dulu.” Elfira mencelah. Dengan keadaan kaki yang masih terasa sakit dia menguatkan dirinya untuk keluar dari rumah itu. Malangnya sebaik tiba di hadapan Julia, wajahnya ditampar lalu tubuhnya ditolak kuat. Elfira terdorong ke belakang lalu jatuh terduduk. Mereka saling berbalas pandangan.

“L, awak okey?” Firuz Eidil segera mendapatkan Elfira.

“Kau nak ke mana? Urusan kita belum selesai!” Keras nada Julia dipendengaran Elfira. Renungan Julia seakan-akan mahu membunuhnya. Elfira menelan air liur.

“Sayang, biarkanlah dia pergi.”

“Wah, cuba membela nampak?” sinis bicara Julia.

“Siapa dia ni?” Julia menuding jari tepat ke muka Elfira. Wajahnya kelihatan bengis.

“Kekasih gelap you? Patutlah I telefon you tak jawab. I telefon di pejabat, Sofea kata you cuti. Semuanya kerana dia ni?” soal Julia menyinga sambil menunjukkan ke arah Elfira.

Elfira masih cuba mengawal perasaannya. Kalau boleh dia dia tidak mahu bertegang urat dengan Julia. Elfira memandang ke arah Firuz Eidil yang sudah tertunduk layu. Lagak lelaki itu bagai orang yang kalah dalam peperangan. Elfira semakin resah gelisah. Dia ingin segera berlalu dari drama swasta yang baru hendak bermula pengambarannya.

“Sayang, I minta maaf. I dengan L tiada apa-apa hubungan. Tadi dia jatuh. I cuba bantu dia. Itu saja. Tiba-tiba you masuk.”

“Firuz, you ingat I ni buta. I dah lama saksikan gelagat you dengan dia. I nampak you gendung dia. Memang dasar lelaki curang dan you memang perempuan murahan. Ops! you perempuan ke?”

Elfira merenung tajam ke arah Julia. Hatinya semakin membengkak. Diamnya bukan bererti dia boleh dihina sesuka hati.

“Aku tak ada kena mengena dengan masalah ini! Aku tak ada apa-apa hubungan dengan Firuz!” Elfira menyatakan kebenaran.

“Hei, kau ingat aku nak percaya kata-kata kau. Entah-entah kau orang ni dah terlanjur!” Lantang sungguh bicara Julia. Dia sudah tidak mempedulikan hati dan perasaan sesiapa lagi.

Pang!

Satu tamparan kena tepat di muka Julia. Gadis itu terkasima. Dia tidak menyangka Firuz Eidil akan menampar wajahnya. Tangannya mengelus lembut pipi gebunya. Air matanya mula merembes keluar.

“Sampai hati you tampar I hanya kerana perempuan murahan ni. Sekarang baru I tahu mana kedudukan I dalam hati you. Kalau begitu cukup hubungan kita setakat di sini aje. Cincin ini dah tak ada makna buat I lagi. You buatlah sesuka hati you dengan perempuan murahan ni!”

Julia dalam sedu-sedan mencampakkan cincin pertunangan mereka ke arah Firuz Eidil. Elfira tergamam. Begitu juga dengan Firuz Eidil. Rasa sesal menular ke sanubari Elfira. Jika dia keluar lebih awal dari rumah tersebut pasti semua ini takkan berlaku.

Julia membawa diri. Air matanya satu persatu gugur ke pipi. Rasa kecewa menghimpit seluruh urat nadinya. Lelaki yang selama ini dia sanjungi dan percaya akhirnya memusnahkan mimpi- mimpi indahnya.

Firuz Eidil terjelepuk duduk ke lantai. Kakinya terasa lemah. Cinta yang di bina bertahun-tahun dengan Julia akhirnya musnah tanpa sempat dia membina istana cinta mereka. Cincin pertunangan yang dicampakkan oleh Julia terletak elok di lantai. Jiwanya kosong. Impiannya musnah!

Elfira mendekati Firuz Eidil. Niatnya untuk memohon kemaafan walaupun dia sedar kesilapan itu bukannya seratus peratus datang darinya. Belum sempat Elfira meluahkan bicara Firuz Eidil terlebih dahulu meluahkan bicara.

“Pergi! Pergi kau dari sini!”

“Tapi...”

“Apa lagi? Kerana kau aku kehilangan Julia. Kau ingat kau tu siapa yang dapat pujuk aku. Antara kau dengan Julia macam langit dengan bumi. Benar kata Julia kau itu perempuan murahan. Kau ingat bila aku dah putus dengan Julia aku nak sukakan kau. Jangan haraplah!”

“Tapi awak yang angkat saya dulu. Salah saya ke? Buka mata awak besar-besar dan fikir adakah salah saya ke semua ni?” jerkah Elfira. Sakit hatinya diperlakukan seperti itu.

“Kau nak salahkan aku? Kau yang bodoh kerana membiarkan aku angkat kau! Pergi dari sini! Aku benci tengok muka kau. Mulai hari ini jangan kau jejakkan lagi kaki kau kat rumah aku!”

Elfira semakin hilang sabar. Satu tamparan melayang ke wajah milik Firuz Eidil. Lelaki itu terpempan. Matanya merenung Elfira. Menikam. Tanpa sepatah bicara, Elfira meninggalkan Firuz Eidil berseorangan. Kaca-kaca jernih yang cuba ditahan sedari tadi akhirnya pecah berderai juga. Hatinya terluka pedih. Terasa seperti sedang dihiris dengan pisau.

Keretanya menderum laju meninggalkan perkarangan rumah Firuz Eidil. Dia menangis sepuas-puasnya. Elfira hilang tujuan. Dia tidak tahu arah mana yang harus dituju. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke rumah. Itulah yang terbaik buat masa ini. Fikirnya.

Elfira mendengus kasar. Air mata yang bertakung ditubir matanya diseka perlahan. Dia merasakan bahunya disentuh seseorang.

“L, kau okey ke?” tanya Sofea yang tiba-tiba muncul.

“Astaghfirullah al adzim, jauh benar ingatan aku melayang.” Elfira kembali ke dunia nyata. Air mata yang mengalir dikesatnya.

“Bila kau balik dah pukul berapa sekarang ni?”

“Dah pukul 10. Aku baru sampai rumah. Puas aku panggil kau tapi kau langsung tak jawab. Itu yang aku masuk bilik kau ni,” terang Sofea panjang lebar.

“Kenapa kau menangis?” soal Sofea lagi.

Tanpa menjawab soalan Sofea dia lantas memeluk sahabat baiknya itu. Dia mengongoi seperti anak kecil. Sofea terpempan. Belakang Elfira diusapnya lembut penuh pengertian dan kasih sayang.

“Kau ada masalah ke? Ceritalah pada aku.”

Elfira memandang tepat ke anak mata Sofea. Matanya yang sudah memerah dan bengkak. Mukanya sudah kelihatan sembab.

“L...”

Akhirnya Elfira menceritakan apa yang telah berlaku siang tadi kepada Sofea. Tiada satu pun yang tinggal. Sofea beristighfar.

“Aku tak sangka Firuz akan cakap begitu dengan kau.”

“Tak apalah Fea. Mungkin salah aku.”

“Sabarlah L. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian. Lupakan soal dia. Bukankah kau dah nak bekerja minggu depan.” Sofea cuba memujuk Elfira.

“Mungkin benar kata kau.” Elfira akhirnya menguntum secangkir senyuman walaupun kelihatan perit.

“Dah jam 10 malam. Aku tak solat isyak lagi ni.” Elfira baru teringat yang dia masih belum bersolat isyak.

“Ya ALLAH, aku pun belum solat lagilah. Aku nak pergi mandi dululah. Kemudian nak solat dan tidur. L, sabar okey dan berdoalah padaNya agar kau diberikan ketenangan.”

“Terima kasih Fea.”

Sofea mengangguk lalu keluar dari bilik Elfira.

Elfira mengatur langkah kakinya menuju ke bilik air. Dia mengambil wudhuk. Sejadah dibentang. Telekung disarung ke tubuhnya. Dia menyerahkan dirinya kini pada penciptaNya.

Previous: bab 34
Next: bab 36

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.