Home Novel Komedi/Romantik Komedi kurang asam punya bos!
kurang asam punya bos!
nuroll shazlinda hairul
22/1/2013 14:55:25
398,301
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Bab 25

25

“Sambung belajar? Mama tak setuju!” Puan Sri Karmila bersuara lantang dan wajahnya kelihatan serius. Elfira menundukkan kepalanya. Tidak berani untuk dia bertentang mata dengan Puan Sri Karmila.

“Tapi ma,” Elfira cuba untuk menjelaskan kepada Puan Sri Karmila.

“L, tak sampai setengah tahun balik Malaysia. Mama tak puas lagi tatap wajah L. Sekarang L nak ikut angah belajar pulak. Mama tak akan izinkan.” Puan Sri Karmila duduk memeluk tubuh. Elfira melepaskan pandangan ke arah Tan Sri Lukman Hakim memohon pengertian.

“Papa,” Elfira cuba memujuk Tan Sri Lukman Hakim.

“Papa setuju dengan kata-kata mama. Beginilah, papa pun dah tak larat nak jaga syarikat kita. Papa bercadang untuk bagi Bumi Jaya pada L. Papa nak L uruskan syarikat kita. Along dah usahakan Future World. Bagaimana?”

Tan Sri Lukman Hakim mengusulkan cadangannya. Elfira memandang ke arah Zamrin Edril dan Erry Edrian. Mereka bertiga saling berbalas pandang.

“Betul cakap papa itu. Angah dah ada firma guaman sendiri. Along dah usahakan Future World, jadi along rasa sekaranglah masanya untuk L ambil alih Bumi Jaya. Papa bolehlah berehat.” Zamrin Edril menyatakan pendapatnya.

“Bagaimana pula dengan pendapat angah?” Elfira bertanyakan kepada Erry Edrian.

“Kalau L tanya angah, sememangnya angah tak kisah. Tapi betul juga kata papa dan along. Inilah waktunya L usahakan syarikat papa.”

Elfira diam seketika. Mindanya seperti sedang berfikir sesuatu. Wajah ahli keluarganya ditenung satu persatu. Satu keluhan nipis dilepaskan. Akhirnya kata putus diambil.

“Tapi boleh ke L uruskan syarikat papa? L mana ada pengalaman. Nanti tak pasal-pasal bankrup pula syarikat papa itu.”

“Yang itu L jangan risau. Papakan ada. Papa akan bantu L.”

“Along pun boleh tolong L. Kalau L tak belajar uruskan syarikat dari sekarang, bila lagikan? Jadi along rasa sedang elok L uruskannya sekarang,” sampuk Zamrin Edril.

“Terima kasih pa, along atas kepercayaan itu. Tapi L ada satu permintaan.”

“Apa sayang?” tanya Puan Sri Karmila.

“L nak tinggal dengan Sofea.”

“Kenapa tak tinggal saja dengan mama dan papa?” tanya Puan Sri Karmila.

“Mama, L nak berdikari. Dari kecil sampai besar hidup L sentiasa dibantu oleh orang. Jadi kali ini L nak lakukan semua sendiri. L nak rasa bagaimana susahnya hidup sendiri.”

“Abang...” rengek Puan Sri Karmila.

“Biarlah sayang, L dah besar. Dah sampai masanya dia berdikari,” pujuk Tan Sri Lukman Hakim.

Puan Sri Karmila merenung wajah suaminya. Tan Sri Lukman Hakim mengukir senyum. Akhirnya Puan Sri Karmila menyatakan persetujuannya.

“Okey, mama ikut je.”

“Terima kasih mama, papa.” Elfira mendapatkan Puan Sri Karmila dan Tan Sri Lukman Hakim. Dia memeluk keduanya erat.

“Pa...”

“Apa lagi?” tanya Tan Sri Lukman Hakim.

“L ingat nak pergi bercuti untuk rehatkan minda. Boleh tak papa sponsor L?”

“Boleh. L nak pergi mana?”

“L nak pusing satu Malaysia.”

“L bergurau ke?” tanya Zamrin Edril.

“Mana ada bergurau. L serius.”

Elfira bersungguh-sungguh meyakinkan keluarganya.

“Biar betul L ni.” Erry Edrian juga seakan tidak percaya dengan kata-kata Elfira.

“Hish, kenapa semua orang tak nak percaya ni? Percayalah!”

Elfira cuba meyakinkan mereka.

“L nak mulakan di mana?” tanya Tan Sri Lukman Hakim.

Elfira tersenyum.

“Perlis.”

“Bila L nak pergi?” tanya Zamrin Edril.

“Minggu depan.”

“Okey papa akan tanggung semuanya.”

“Terima kasih pa.”

Elfira mencium pipi Tan Sri Lukman Hakim dan Puan Sri Karmila. Dia tersenyum senang. Puan Sri Karmila sekadar menggeleng melihat telatah anak bongsunya. Zamrin Edril dan Erry Edrian sudah tidak terkata apa melihat telatah adik mereka.

Previous: Bab 24
Next: bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.