Home Novel Komedi/Romantik Komedi kurang asam punya bos!
kurang asam punya bos!
nuroll shazlinda hairul
22/1/2013 14:55:25
398,833
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
bab 26

26

Firuz Eidil berteleku di atas sejadah. Dia baru sahaja usai solat isyak. Dia merenung sejadah itu dengan pandangan yang kosong. Dia bangkit dari sejadah. Dilipatnya sejadah itu lalu diletakkan kembali ke tempatnya.

Firuz Eidil menukar pakaian. Dia mengambil kunci keretanya. Keretanya menderum meninggalkan perkarangan rumah. Firuz Eidil membawa keretanya tanpa haluan. Tanpa sedar dia telah pun memandu sehingga ke I-City Shah Alam. Firuz Eidil terpinga-pinga sendirian. Dia menghela nafasnya berat.

Dia keluar dari perut kereta. Pemandangan malam di I-City menarik perhatian. Dia berjalan perlahan. Matanya merenung keindahan cahaya lampu di malam hari. Cantik dan indah sekali. Namun keindahan itu masih belum mampu menerangi hatinya yang malap.

Mindanya menerewang kepada Elfira. Mengapa dia harus mengingati gadis itu lagi? Mengapa hatinya bagai tidak keruan apabila tidak mendengar suara Elfira. Firuz Eidil semakin tidak mengerti akan perasaan hatinya kini.

Kejadian siang tadi benar-benar menikam tangkai hatinya. Elfira dengan angkuhnya menyuruh Sofea pulangkan kembali cek yang diberikan kepada Elfira. Bahkan kata-kata Elfira yang disampaikan Sofea kepadanya membuatkan dia semakin teruji dan tercabar.

“Bos,” sapa Sofea dalam kegusaran.

“Ya Sofea ada apa?”

“Ini...” Sofea menghulurkan cek yang sepatutnya diberikan kepada Elfira dipulangkan kembali kepada Firuz Eidil.

“Kenapa dengan cek ni? Kena tendang atau jumlah yang saya bagi tak cukup?” soal Firuz Eidil angkuh.

“Bukan sebab itu.”

Sofea sedikit gugup. Dia bimbang jika Firuz Eidil naik angin secara tiba-tiba.

“Habis itu sebab apa?”

Wajah Sofea ditatapnya. Rasa kasihan menular ke hatinya. Riak wajah Sofea yang kelihatan takut-takut itu membuatkannya tidak sampai hati untuk memarahi setiausahanya itu. Dia menarik nafas lalu dilepaskannya perlahan. Lega rasanya.

“L suruh saya pulangkan cek ini kepada bos. Katanya setakat duit gaji dan pampasan itu dia tak hairan dan dia tak hadap pun.” Perlahan sahaja tutur bicara Sofea antara dengar dan tidak. Wajahnya ditundukkan.

“Elfira cakap macam itu dengan awak?” Firuz Eidil meminta kepastian.

Sofea menganggukkan kepalanya.

“Kalau dia tak nak bagi sini cek itu. Jimat duit saya tak perlu nak bayar orang gila macam dia, berlagak! Sudah awak boleh keluar.”

“Bos boleh saya tanya satu soalan?”

“Tanyalah.”

“Kenapa L diberhentikan kerja?”

“Itu bukan urusan awak Sofea. Tugas awak hanya menjadi setiausaha saya sahaja. Urusan lain awak tak perlu masuk campur. Nanti tolong iklankan jawatan kosong untuk pemandu peribadi.”

“Maafkan saya bos. Setahu saya L bukanlah...”

“Sofea awak ni tak faham bahasa ke? Dah saya tak nak dengar lagi. Awak boleh keluar sekarang.”

Sofea menghela nafas. Tanpa banyak bicara, Sofea segera keluar dari pejabat Firuz Eidil. Firuz Eidil meraup mukanya. Sakit hatinya apabila mengenangkan kembali apa yang dikatan Elfira kepadanya.

“Argh L!!!” Dia menjerit sekuat hatinya. Banyak mata-mata yang memandang ke arahnya. Firuz Eidil tidak peduli.

“Gila ke?” tegur seorang lelaki.

“Argh, diamlah!” Firuz Eidil terus berlalu. Dia tidak mempedulikan mata-mata yang memandangnya.

Previous: Bab 25
Next: bab 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.