Daftar   |      Log Masuk   |   Lupa Kata Laluan
Home Novel Komedi/Romantik Komedi kurang asam punya bos!
kurang asam punya bos!
nuroll shazlinda hairul
22/1/2013 14:55:25
282,606
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
bab 37

37

“Ya ALLAH budak ni, tak bangun lagi?” gerutu Sofea. Dia mendekati Elfira. Selimut Elfira ditariknya. Sofea menggelengkan kepala dan bercekak pinggang apabila melihat Elfira tidur dalam keadaan menonggeng.

“L, L bangun matahari dah terpacak atas kepala. Tak elok anak dara tidur sampai matahari dah meninggi. Nanti tak laku baru tahu,” bebel Sofea.

Namun masih tiada respon daripada Elfira.

“L, bangunlah!” Sofea menggerak-gerakkan tubuh Elfira.

“Fea, janganlah kacau aku. Aku nak tidurlah. Aku mengantuk tahu tak! Malam tadi aku tak boleh tidur,” ujar Elfira yang masih lagi mamai.

“Bangunlah. Tak eloklah anak dara tidur sampai tengah hari begini.”

“Yelah, yelah aku bangunlah ni. Kau ni sejak bila suka berleter macam mak nenek ni?” Elfira menguap sambil menggeliat. Matanya masih terpejam rapat.

“Cepatlah bangun. Aku nak ajak kau pergi terapi ni.”

“Aku bangunlah ni. Kau keluarlah dulu.”

Elfira tergaru-garu. Dia sendiri tidak pasti apa yang gatal diwajahnya. Sekali lagi dia menguap.

“Kau cepat siap. Aku tunggu.”

“Yelah,” jawab Elfira malas.

Matanya dibuka kecil. Dia dapat melihat gerak tubuh Sofea yang sudah meninggalkan biliknya. Elfira tersenyum kecil. Matanya masih terasa berat. Tanpa mengendahkan arahan yang diberikan oleh Sofea tadi, dia lantas merebahkan tubuhnya ke katil semula. Selimutnya ditarik hingga menutupi wajahnya.

Sofea berasa tidak sedap hati. Dia tahu sangat perangai Elfira yang satu itu. Jika dia ada masalah, pasti sahabatnya itu akan tidur tanpa mengira waktu. Seolah-olah tidur itu dapat menghilangkan kekecewaan di hati. Sofea kembali semula ke bilik Elfira. Tombol pintu dipulasnya. Dan seperti yang dijangkakannya!

“Subhanallah budak ni...geramnya aku! Nanti kau. Tak nak bangun ya!”

Sofea lantas ke bilik air. Dia mengambil segayung air. Kali ini apa nak jadi, jadilah! Dia tak kisah. Biar katil sahabatnya itu basah lencun. Kalau basah jemur ajelah. Apa susahnya. Sofea berdiri betul-betul di sisi katil Elfira.

“L sayang, bangunlah.” Lembut tutur bicara Sofea. Namun masih tiada respon daripada Elfira.

“Ala kejap lagilah.”

“Tak nak bangun eh. Nah amik ni.”

Sofea menjiruskan Elfira dengan segayung air. Elfira yang terkejut dengan curahan air tersebut terus bangkit. Matanya terkebil-kebil. Mukanya diraup. Habis basah mukanya. Bukan setakat mukanya sahaja yang basah tapi bantal dan tilamnya juga turut basah. Argh bengangnya!

“Apa ni Fea? Sejuk tahu tak?” Elfira merungut geram.

“Siapa suruh kau tak bangun lagi. Puas aku kejut kau. Dah elok-elok bangun pergi tidur balik itu buat apa?”

“Aku penatlah Fea.”

“Penat? Apa yang kau penatkan? Kau penat fikirkan si mat singa tu? Heloooo tak ada maknanya pun kau nak penatkan otak kau fikirkan hal mat singa itu. Sekarang ni lebih baik kau pergi mandi. Ikut aku pergi shopping.”

“Shopping? Nak buat apa?” tanya Elfira malas.

“L, isnin ni kan kau nak masuk kerja baru. Jadi kau mesti nampak elegan, berkarisma. Barulah nampak macam anak Tan Sri. Takkanlah kau nak pakai seluar jean, T shirt, topi dengan kasut kau ke pejabat. Kau tu PA di Bumi Jaya. Takkan kau nak nampak selekeh pulak. Faham?”

“Ni yang aku malas ni.”

“Dah tak payah nak malas sangat. Sekarang kau pergi mandi dan ikut aku. Tilam kau itu biar aku tolong jemurkan.”

Sofea menghulurkan tuala mandi kepada Elfira. Dia menarik tangan gadis itu lalu di bawa ke bilik air.

“Mandi ya. Kalau tak aku yang akan tolong mandikan kau,” ugut Sofea.

“Eh tak apa. Aku boleh mandi sendiri.”

“Amboi boleh tahan berat juga tilam saiz queen ni. Itulah gatal sangat jirus budak itu dengan air. Aku juga yang susah,” bebel Sofea.

“Fea, buat kerja tak baik merungut. Ikhlaskan hati ya!” jerit Elfira dari dalam bilik air.

“Itu bukan merungut tapi cakap. Cepat sikit mandi itu. Aku tunggu kau.”

“Yelah.”

Pergh dah macam mama aku pulak! Sebut tentang mama membuatkan aku rindu pulak.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.